[ ~ 25 ~ ]

219 15 1
                                    

Semua pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas memandangkan sekarang merupakan waktu rehat.

Aku mula menggeliat sambil menguap. Ah ! Kau tak tau betapa susahnya aku tahan mata aku dari tertidur masa sejarah tadi.

Aku biasanya tak mengantuk dalam kelas tapi semalam aku kerja overtime pastu kerja sekolah pula banyak so aku tidur lambat.

Lebih kurang tiga jam je aku tidur semalam. Aku tak kira, balik sekolah nanti aku nak terus naik katil dan tidur. Aku nak siapkan kerja sekolah sekarang juga !

Aku mengambil beg sekolah aku yang aku letak atas lantai kemudian aku buka zip. Nak cari buku latihan sejarah dan siapkan kerja yang cikgu bagi tadi. Nasib baik dua mukasurat je dia bagi.

Sedang aku mencari buku latihan sejarah, aku ternampak sekeping surat berwarna merah jambu. Aku melepaskan keluhan kecil.

Macam manalah aku boleh terlupa nak bagi mende ni dekat Yoongi ? Dah dekat dua hari jugalah mende ni terperuk je dalam beg aku.

Aku nak je buka dan baca apa yang Jisoo tulis tapi aku kenalah hormat privacy dorang.

Aku mengambil surat itu keluar dari beg aku lalu aku terus mengatur langkah menuju ke kelas Yoongi.

Aku yakinlah yang dia akan tidur dalam kelas dia sekarang. Yoongi jaranglah turun makan dekat kantin waktu rehat sebab biasanya time ni dia akan tertidur.

Langkah aku terhenti sebaik sahaja aku tiba di hadapan pintu kelas Yoongi. Surat itu aku genggam kuat kemudian aku gagahkan diri berhadapan dengan Yoongi.

Dah lama aku tak jumpa dia. Tak bercakap dengan dia. Jujur aku katakan, aku rindukan dia. Tapi aku still tak boleh lupa masa dia dan Rosè berpelukkan hari tu.

Tok ! Tok !

Aku mengetuk permukaan meja Yoongi lalu Yoongi perlahan-lahan mengangkat wajahnya sambil menenyeh-nenyeh matanya.

Seketika kemudian matanya membulat kerana menampakkan aku yang berdiri di hadapan dia. Terkejutlah tu.

" Sorry kacau awak. Ni surat Jisoo bagi pada awak dan saya lupa nak bagi hari tu. Okay tu je, bye. " ujarku lalu aku meletakkan surat itu di atas meja Yoongi.

Aku mula mengatur langkah semula untuk keluar dari kelas Yoongi tapi tiba-tiba je dia rentap pergelangan tangan aku membuatkan langkah aku terhenti lalu aku pusing pandang dia dengan pandangan tajam.

" Ka-kau marahkan aku lagi ke ? " soalnya perlahan sambil merenung dalam anak mata aku.

Aku hanya diam membisu. Eh, kalau saya tak marah awakkan, takdenya saya bersikap dingin dengan awak sekarang. Awak tau tak betapa saya rindukan awak sekarang ?

" Jennie.. cakapla something. "

Aku masih diam seribu bahasa. Aku tak tau nak balas apa sebenarnya. Memang aku marahkan dia tapi dalam masa yang sama, aku sangat-sangat rindukan dia.

Tiba-tiba dia menarik tangan aku dan memeluk aku di dakapannya. Dapat aku rasakan tangannya mengusap lembut rambut aku yang tidak berikat.

" Yoongi, lepaslah. " ujarku sambil cuba menolak dada Yoongi tetapi dia terlalu kuat. Semakin lama dia memeluk aku semakin kuat.

Oh, aku rindu sangat nak ada dalam dakapan dia tapi aku ego. Ya, ego aku tinggi. Sebab tu aku tak sesuai untuk sesiapa.

" Yoongi, lepaskan saya. Pergilah peluk Rosè awak tu. " ujarku dalam nada cemburu sambil aku menjeling wajah Yoongi.

Yoongi menggeleng laju. Dia memegang dagu aku lalu dia menolak dagu aku agar aku mendongak memandang dia.

Gulp.

#5 your smile  [ C ]Where stories live. Discover now