Aku memandang tepat ke arah anak mata Rosè bagaikan sedang memberi dia pandangan maut.
Rosè pula sudah memulakan drama tidak berbayarnya dengan membuat wajah bagaikan tersangatlah innocent gitu.
Eh please la, aku hidup ni bukan untuk tengok muka cemberut kambing kau tu.
" M-mana ada ! Kau takde hak eh nak tuduh-tuduh aku macam ni. " balas Rosè sambil menundingkan jarinya pada aku.
Aku berdecit sambil mengukir senyum senget. Dia pikir aku bodoh sangat ke ?
" Aku bukan tuduh kau tapi I'm stating the fact. Memang kau yang pukul aku. Kau kononnya nak jumpa aku tapi last-last kau pukul aku. Kan ?! "
Rosè terhinjut sedikit ke belakang kemudian dia terus berlari ke arah Jimin yang berdiri berhampiran aku. Aku hanya mengawasi tingkah-lakunya yang semakin menggedik itu.
Jimin menyeka air matanya menggunakan hujung lengan bajunya. Rosè di belakangnya dia pandang sekilas kemudian dia kembali memandang aku.
" Jangan tuduh Rosè macam tu. Kau tak ada bukti atau saksi. " ujar Jimin membuatkan aku bagai nak menjerit satu dunia.
Memang aku takde bukti atau saksi tapi yang kenanya aku ! Aku taula apa yang jadi pada aku ! Tak perlukan pernyataan sesiapa !
" Ha-habis tu selama ni kau boleh pula tuduh aku ? Kau pun takde bukti atau saksi. " balasku dengan tangan yang mula menggeletar.
Jimin berdehem kecil kemudian dia mula memandang aku dengan wajah serius. Ma-mana Jimin yang tadi ?
" Mimi ada sebagai saksi tentang apa yang kau dah buat pada Rosè. Kau tak payah nak mengelaklah Jennie. Sepatutnya kau tau yang minta maaf pada aku dan Rosè tapi aku pula yang minta maaf pada kau. Lepastu kau angkuh bagaikan anak raja sampai aku kena minta maaf banyak kali. Kau fikir kau siapa ? "
Aku terkedu mendengarkan kata-kata Jimin.
Dia kata aku yang patut minta maaf ? Dia kata aku yang angkuh sekarang ? Weh, tolong cakap dekat aku yang dia sebenarnya dah gila. Tolonglah cakap dekat aku macam tu.
" Park Jimin ! Sampai macam tu sekali kau tuduh Jennie ? Weh kau sedar tak dia yang berkawan dengan kau selama 8 tahun ni ? Kau sedar tak woi ?! "
Kedengaran satu suara menjerit memarahi Jimin. Aku mengangkat wajahku memandang manusia yang sedang 'protect' aku di hadapanku.
Jackson.
Aku memegang lengan Jackson membuatkan dia menoleh memandang aku. Aku menggelengkan kepalaku perlahan padanya agar dia berhenti memarahi Jimin.
Aku tak nak hal ni dibesarkan lagi.
" Kalau kau tak habis-habis nak salahkan aku lagi, takpe. Aku akan ambil langkah mengundur dari korang. Hope korang bahagiala. " ujarku lalu aku terus mengemas barang sekolah ku.
Aku biarkan sahaja mata-mata di sekeliling memerhati tingkah laku aku. Aku nak balik rumah. Tak kisahlah kena marah ke apa ke. Aku dah tak larat nak hadap muka dorang lama-lama.
Beg sekolah aku ambil lalu aku terus melangkah menuju ke bilik guru untuk memberitahu bahwa aku sakit dan mahu balik.
Tipu tu perkara biasa. Jangan cakap kau tak pernah menipu.
Sedang aku menyusun langkah menuju ke perhentian bas, aku terserempak dengan Yoongi. Yoongi memandangku pelik sambil melangkah mendekati aku.
Tangannya elok mengusap kepalaku perlahan.
" Asal kau nangis ni ? Ni kau nak pergi mana ? " soalnya perlahan membuatkan aku lagi mahu meraung.
Tanpa segan silu, aku terus mendepakan tanganku lalu memeluk Yoongi sekuat hati dan menangis dalam pelukkan.
YOU ARE READING
#5 your smile [ C ]
FanfictionHe's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Since I knew he already had a girlfriend But.. I still love him Start [ 4 . 8 . 2019 ] End [ 11 . 8 . 20...