[ ~ 24 ~ ]

229 19 2
                                    

W-what ?

Rosè nampak Jimin peluk aku tadi ? Heh. Baguslah. Aku dah suruh dia lepaskan aku tapi dia yang tak nak. Padan muka.

Tapi.. nanti tak ke Rosè akan balas dendam dekat aku ?

Ah, lantak dialah !

" Kenapa Jimin peluk kau ? Dia cakap apa dekat kau ? " soal Yuju dengan wajah yang penuh curiga.

Oh, tak sangka pula aku yang Yuju ni pun kaki bawang. Tapi maaf Yuju, aku tak nak cerita pasal tu dekat sesiapa pun.

" Adalah. " balasku dengan senyuman kemudian aku mengeluarkan buku fizik lalu letak di atas meja.

Belajar ! Belajar !

•♡•♡•♡•

Aku mengguis-guis kaki aku pada tanah. Dekat 20 minit jugalah aku tunggu Yoongi dekat depan pagar ni tapi dia tak datang-datang.

Takkanlah dia lupa ? Dia yang ajak aku, mustahil dia lupa.

Sekali lagi aku menjengukkan kepala dengan harapan dapat tengok batang hidung dia. Bayang-bayang dia pun jadilah.

Tapi tiada. Aku melepaskan keluhan kecil. Aku mula mengatur langkah menuju ke kelas Yoongi. Manalah tau dia tertidur ke apa kan ? Dia tu dahlah kuat tidur.

Sedang aku berjalan, aku terserempak dengan Yunhyeong. Classmate Yoongi.
" Sunbae ! Ada nampak Yoongi tak ? " soalku sambil mataku melilau melihat sekeliling. Manalah tau kalau-kalau Yoongi menyorok dekat mana-mana kan ?

" Ah, Yoongi ada dalam kelas. Ada budak perempuan tengah borak dengan dia. Rasanya junior kot. Maybe budak kelas awak. " balasnya sambil menggosok-gosok rambutnya.

Aku terdiam sejenak. Budak kelas aku ? Siapa ?

" Thanks. " balasku lalu aku terus memecut lari menuju ke kelas Yoongi. Siapa perempuan yang tengah borak dengan dia sampai dia terlupa pasal aku ?

Aku jeles ? Ya, aku memang jeles sangat ! Yoongi bukan jenis yang suka flirt dengan perempuan. Kecuali kalau dia dah selesa dengan perempuan tu. Macam.. aku dan Jisoo.

No ! Aku tak maksudkan yang dia flirt dengan aku ! Tapi dia layan aku baik. Dan bukannya acap kali dapat tengok dia layan perempuan dengan baik.

Aku terhenti sebaik sahaja aku tiba di hadapan pintu kelasnya. Aku menapak selangkah ke belakang dengan tanganku menekup mulutku.

" Jennie. "

Aku menggeleng perlahan. Air mata mula bergenang.

Kau tau apa aku nampak ? Aku nampak depan mata aku yang Yoongi berpeluk dengan.. Rosè.

Ah ! Apa masalah perempuan ni ? Jimin dia nak, jangan kata Yoongi pun dia nak.

" Tak, Jennie. Kau salah faham. "

Aku menggelengkan kepala aku lagi. Yoongi melangkah setapak cuba menghampiri aku tapi pantas aku memecut lari dari situ.

Air mata aku mula tumpas. Takkanlah Yoongi pun sudah masuk dalam perangkap Rosè ?

Kenapa Rosè buat aku macam ni ? Apa yang dia nak dari aku sebenarnya ? Dia nak balas dendam dekat aku ke sebab Jimin peluk aku tadi ?

#5 your smile  [ C ]Where stories live. Discover now