"Siapa aku di hatimu... mengapa aku yang tersingkir di saat ada dia. Meski aku yang dulu singgah di hatimu, ternyata dia pilihanmu" - Vienna Vannesa
Sudah hampir lima minit Delton duduk mematung di ruang tamu rumah Vienna. Semalaman dia mengarang kata-kata yang paling tepat untuk memberitahu Vienna satu kenyataan pahit yang pasti akan melukakan hati gadis yang amat dicintainya itu. Tetap detik ini, tika berada di depan Vienna, ternyata kata-kata itu terlalu payah untuk diucapkan.
Vienna yang sedari tadi memerhatikan gelagat Delton sudah mula merasa tidak sedap hati. Akhirnya dia bangun dan duduk di sebelah tunangnya itu. Diraihnya tangan tunangnya. Saat itu Vienna perasan tangan itu terasa sejuk dan gementar.
"Kenapa, Del? Kamu gementar menanti hari kita esok?" tanya Vienna lembut. Tetapi Delton menggelengkan kepalanya. Matanya sayu menatap Vienna.
"Maafkan aku, Vi," ucapnya.
"Maaf untuk apa, Del? Kamu tidak bersalah apa-apa pada aku," balas Vienna cuba tersenyum untuk menenangkan hati tunangnya itu. Padahal jantungnya sudah mula berdebar hebat. Dalam fikirannya sudah mula memikirkan yang tidak-tidak.
" Aku tidak dapat meneruskan hubungan kita,Vi. Aku datang untuk memberitahumu pernikahan kita batal." Akhirnya dengan berat, kata-kata itu meluncur laju dari bibir Delton.
"Kamu ingin mengujiku?" tanya Vienna masih berharap kata-kata yang baru saja didengarnya hanyalah sekadar ujian daripada si buah hati.
"Aku serius, Vi." Dan Vienna sedar wajah tunangnya itu memang serius. Vienna melarikan matanya. Tidak sanggup lagi dia menatap wajah Delton. Esok hari pernikahannya dan hari ini tunangnya datang memberitahu pernikahan mereka akan dibatalkan. Dalam waktu yang hanya tinggal beberapa jam lagi bagaimana keluarganya akan memaklumkan kepada para jemputan? Bukankah ini sangat kejam?
Memikirkan semua itu, Vienna merasakan nafasnya seakan terhenti. Berkali-kali dia cuba menarik nafasnya, tetapi dadanya tetap terasa sesak. Udara seakan menolak untuk masuk ke dalam paru-parunya.
"Aku harus kuat. Aku tidak boleh terlihat lemah di hadapannya." Vienna cuba berdiri. Tetapi...dia tidak kuat dan akhirnya terkulai dalam pelukan tunangnya.
Ketika tersedar, Vienna mendapati dirinya terbaring di atas katil pengantin di kamar tidurnya. Keadaan di rumahnya terasa begitu sunyi. Vienna memerhati di sekelilingnya. Ada adik perempuannya sedang duduk menghadapnya. Di sebelah adiknya kelihatan Delton tunangnya, yang memandangnya dengan wajah resah.
"Vi..." Delton memanggilnya. Lelaki itu cuba menyentuh wajah Vienna tetapi Vienna cepat memalingkan wajahnya hingga tangan lelaki itu hanya menyentuh rambut Vienna. Delton merasa hatinya pedih, malah sebelumnya tidak pernah dia merasa sesedih ini. Dia tahu setelah detik ini dia tidak akan dapat menyentuh wajah itu lagi. Jangan ditanya tentang cintanya pada Vienna, tidak pernah luak sedikitpun. Namun kerana kesilapan yang hanya terjadi sekali, Suzy mengandung dan menagihnya untuk bertanggungjawab.
"Kenapa, Del? Adakah kerana Suzy?" tanya Vienna teringat gadis yang pernah ditemuinya ketika dia dan Delton fitting gaun pengantin beberapa hari lalu. Tika itu Suzy juga fitting gaun pengantin bersama tunangnya, Brien .
"Ya, Vi."
" Tapi dia juga sudah punya tunang dan bakal menikah tiga hari setelah kita.""Dia sudah mengandung dua bulan, Vi. Aku yang menghamilinya. Jadi aku yang harus menikah dengannya." Maknanya kamu sudah menjamah tubuh wanita lain, sudah menyerahkan perjakamu kepada dia yang belum halal untukmu.
"Dia sudah mengandung dua bulan... maksudnya hubungan kalian sudah cukup jauh. Sedangkan aku baru tahu hubungan kalian beberapa hari yang lalu. " Mata Vienna mula berkaca-kaca kerana merasa betapa lama tunangnya telah mengkhianatinya.
"Aku dan Suzy baru kenal enam bulan, Vi. Tetapi malangnya kami sudah terlanjur. "
"Enam bulan... masa itu kita sudah bertunangan, Delton. Kita sudah ada ikatan. Kamu tergamak membohongiku."
"Aku benar-benar minta maaf, Vi.
Suzy menerobos masuk ke dalam hubungan kita. Aku lalai, aku tidak sedar aku mengizinkannya masuk ke dalam hatiku. ""Kamu membiarkannya masuk sedangkan sudah ada aku di dalam sana, Del." Vienna merasa menyesal berkali-kali. Dia menyesal kerana telah membiarkan hatinya berlabuh pada lelaki yang salah.
"Maafkan aku, Vi. Aku pasti kamu akan menemui lelaki yang kebih baik daripada aku. Aku doakan kamu bahagia, Vi. " Itu hanya kata-katamu untuk menyedapkan hatiku. Padahal yang akan bahagia kamu. Air mata Vienna hanya menunggu untuk jatuh.
"Apa salahku, Delton? Beritahu aku di mana silapku," Vienna sudah tidak dapat menahan sebak. Meski dia cuba bersifat kuat di hadapan Delton, tetap sahaja dia gadis yang lemah.
"Kamu tidak bersalah, Vi. Kamu cukup sempurna. Aku yang bersalah, Aku yang tidak setia. Aku masih mencintaimu tetapi ruang hatiku hanya untuk satu cinta, Vi." Air mata Vienna jatuh. Air mata lelaki Delton juga jatuh tidak disedarinya. Vienna cinta pertamanya, cinta yang berputik ketika mereka masih di zaman persekolahan. Vienna, gadis bermata coklat yang menjadi idaman ramai pelajar lelaki di sekolahnya dulu akhirnya hatinya berlabuh pada Delton.
"Dan kamu memilih dia,Del? Mengapa bukan aku yang kamu pilih ?"
"Suzy mengandung anakku, Vi. Aku tidak mahu anakku lahir tanpa ayah." Vienna tidak terkata apa-apa lagi. Alasan Delton cukup kukuh untuk melepaskannya dan memilih Suzy. Vienna hanya memandang bibir yang baru sahaja mengucapkan kata-kata yang mengakhiri mimpi indahnya. Beberapa bulan lalu, bibir itu juga yang telah mengucapkan janji, memujuknya agar mereka segera bertunangan.
"Pulanglah, Del. Jangan pernah menemuiku lagi."
"Vi, aku akan pergi jika kamu berjanji kamu akan baik-baik saja."
" Berhenti berpura-pura mengkhuatirkan aku. Bila kamu memutuskan hubungan kita, aku bukan siapa-siapa lagi bagimu, Del. Pergi!"
"Baiklah. Aku pergi, Vi. Tetapi janji padaku. Teruskan hidupmu walaupun tanpa aku. Aku tetap mahu kamu bahagia." Delton memandang Vienna lama sedangkan gadis itu langsung tidak mahu memandangnya.
Dengan duka yang cuba disembunyikan, Vienna menuju ke ruang tamu rumahnya yang kelihatan sepi. Seminggu ini, seingat Vienna ruang tamu ini dipenuhi gelak tawa jiran-jiran serta sanak saudaranya yang datang membantu menyiapkan majlis perkahwinannya. Tetapi hari ini semuanya kelihatan sepi.
"Mereka semua sudah pulang, kak," jelas adiknya, Viannie seakan mengerti kepedihan si kakak. Vienna hanya memandang wajah adiknya. Vienna melangkah menuju ruang tamu kecil tempat mereka sekeluarga sering berkumpul dan menonton televisyen. Di situ kelihatan ibunya yang sudah agak berusia terduduk lesu di atas sofa dengan wajah sugul. Vienna menghampiri ibunya.
"Maafkan Vi, ma," Vienna menangis memeluk ibunya. Sungguh dia merasa bersalah kepada ibu dan ayahnya. Setelah ini pasti berbulan-bulan tragedi ini akan menjadi berita sensasi di kampungnya.
"Ini semua bukan salah Vi. Ini takdir, nak."
"Nanti bantu ayah call semua tetamu, Viannie. Katakan saja majlis kakakmu batal," ayahnya yang baru muncul entah dari mana menyodorkan senarai nama tetamu yang sudah diberikan kad undangan kepada adiknya.
"Tidak perlu, dibatalkan. Semuanya akan diteruskan . Pernikahan dan majlis resepsi akan diteruskan. Saya akan menjadi pengantin lelakinya." Semua mata tertumpu ke arah suara itu.
"Kamu?" Vienna terkejut tatkala matanya bertembung dengan mata lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi pengganti pengantin lelakinya.
Sudah baca, jangan lupa tekan ⭐.
Tbc.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...