KICYN 10

1.7K 83 8
                                    

"Aku akan mencintaimu lagi dan lagi dengan setiap denyutan jantungku, hingga ke titik akhir hidupku, hingga ke saat jantungku berhenti berdegup" - Isaac Brien

Tempat pertama yang dituju oleh Isaac Brien adalah rumah mertuanya. Perkiraannya, dalam keadaan marah padanya tidak mungkin isterinya mahu menginap di rumahnya. Dugaannya tepat. Viannie yang membukakan pintu untuk Isaac Brien memandang abang iparnya itu dengan riak curiga.

"Apa terjadi dengan Kak Vi?" soalnya sambil memberi ruang abang iparnya masuk.

" Cemburu," ringkas sahaja jawapan Isaac Brien. Langkahnya diatur menuju ke bilik tidur mereka. Dia berhenti di hadapan pintu dan menarik nafas panjang.

"Semoga marahmu sudah reda, sayang,"doanya  dalam hati. Dia risau juga seandainya rajuk isterinya berlarutan. Sudah pasti cutinya yang hanya seminggu ini akan menjadi sia-sia. Peluangnya untuk bersama isteri tercintanya pasti hanya tinggal angan.

Sebaik Isaac Brien menolak daun pintu, matanya tertuju pada sekujur tubuh isterinya yang baring mengiring membelakanginya. Gaun tidur yang dipakai isterinya tersingkap hingga menampakkan paha putih isterinya. Isaac Brien menelan air liurnya. Isterinya benar-benar kelihatan menggoda dan  membuatnya berghairah.

Dengan senyum terukir di bibirnya, dia melepaskan pakaiannya dan naik ke atas tempat tidur. Tangannya mengusap paha isterinya dan menjalar ke atas hingga menyentuh dada isterinya. Tubuh Vienna mengeliat. Ada desahan kecil lolos dari bibirnya. Tubuh yang tadinya mengiring, kini sudah terlentang dan menjemput. Senyuman Isaac Brien kian lebar.

Isaac Brien merangkak di atas tubuh isterinya. Mata isterinya masih terpejam tetapi Isaac Brien sudah tidak dapat menunggu. Tangan dan mulutnya menjelajah setiap inci tubuh isterinya. Tubuh Vienna terangkat. Nafasnya semakin kencang bersatu dengan nafas suaminya. Tetapi tangannya tidak mampu memeluk tubuh suaminya meski itu perkara yang paling ingin dilakukannya.

"Hold me tight, Nessa," bisiknya di celah nafas ghairahnya.

"Sentuh aku, sayang. Aku merindukan sentuhanmu, " godanya. Tetapi di luar dugaannya, isterinya menangis terisak.

"Nessa?" dia memandang ke wajah isterinya.

" Ambil saja apa yang menjadi hakmu, Brien. Miliki tubuhku sepuasmu. Perlakukan aku seperti pelacurmu. Tetapi setelah kamu puas, bebaskan aku." Mendengar kata-kata itu, Isaac Brien beranjak dari tubuh isterinya. Dia duduk di sisi isterinya yang masih berbaring sambil menatap kosong ke arah wanita yang selama tiga minggu ini membuatnya hampir gila kerana merindukannya.

" Brien.. "Vienna meraih tangan lelaki itu tetapi Isaac Brien menepis tangannya.

" Brien.. " matanya masih berkaca-kaca menatap suaminya yang turun dari katil. Isaac Brien memakai kembali pakaiannya tanpa menoleh ke arah isterinya. Dia memandang seketika cincin kahwin di jari manisnya. Kemudian dengan berat hati dia melurutkan cincin itu dari jarinya dan meletakkannya di atas meja rias Vienna.

Dia mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya. Kemudian dia menghampiri isterinya. Dikucupnya dahi isterinya.

"Brien.. kamu mahu ke mana?" tanya Vienna yang mula rasa curiga dengan perlakuan suaminya saat ini.

"Jika kamu rasa dengan lepas dariku kamu akan bahagia, maka aku akan melepaskanmu, Vannesa," ucapnya.

"Maafkan aku kerana belum mampu membuatmu merasa benar-benar dimuliakan sebagai seorang isteri."

"Brien.." Vienna memanggilnya.

"Selamat tinggal, Nessa. Semoga kamu bahagia," ucap Isaac Brien dengan berat. Dadanya terasa dipukul dengan besi. Rasa sesak, sakit dan kecewa. Isterinya yang tiga minggu lalu menangis kerana tidak mahu ditinggalkan, malam ini minta untuk dilepaskan.

💠💠💠💠💠

Jessica memerhatikan Isaac Brien yang mula memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Setahunya cuti anaknya itu masih berbaki empat hari lagi.

"Bukankah cuti Igat masih ada beberapa hari lagi?" tanya Jessica. Sedari pagi tadi dilihatnya kelakuan anaknya itu tidak seperti biasanya. Wajahnya kelihatan muram dan lebih pendiam.

" Ada panggilan dari company  meminta kami segera turun, ma," bohong Isaac Brien. Dia tidak memandang ibunya. Dalam diam Jessica tahu anaknya berbohong. Begitulah perangai Isaac Brien. Setiap kali dia berbohong, dia tidak akan melihat wajah lawannya bercakap.

" Vienna tidak ikut menghantar Igat?"ibunya terus bertanya.

" Dia sibuk, ma, " Isaac Brien menjawab singkat. Jessica tersenyum, mula menduga mesti ada sesuatu yang terjadi antara anak dan menantunya itu.

" Ada apa-apa Igat nak cerita pada mama? " Jessica bersimpuh di sebelah anaknya. Isaac Brien menggelengkan kepalanya.

" Igat mahu berangkat jauh ke tengah laut. Mungkin lama baru Igat akan balik ke sini lagi. Apa-apa masalah Igat dan Vi, Igat perlu selesaikan dulu. Bincang baik-baik. Igat jangan pergi dalam keadaan marah atau patah hati," nasihat ibunya panjang lebar.

"Tiada apa lagi yang mahu dibincangkan, ma. Igat sudah mengatakannya semalam. Dia perlu bahagia, ma. Orang yang dia tunggu untuk membahagiakannya hanya bekas tunangnya itu dan bukannya Igat," jelasnya. Ibunya menggelengkan kepala. Disangkanya Vienna dan anaknya sudah saling mencintai. Tetapi ternyata dia silap. Jadi, apa yang dilihatnya selama ini apa? Kemesraan, kerinduan.. adakah itu cuma lakonan semata?

Pagi itu, ketika Vienna masih lagi tidur di rumahnya, Isaac Brien sudah berada di dalam pesawat menuju bandar Miri. Dalam pemergiannya kali ini, dia tidak membawa bersama gambar isterinya. Dia hanya membawa hatinya yang retak. Sepanjang perjalanan dia memarahi kebodohannya.

Andai saja semalam dia tidak membawa isterinya menghadiri perkahwinan Suzie dan Delton, pasti isterinya tidak terpaut hati lagi pada bekas tunangnya itu.

"Andai aku tahu kamu masih menyimpan rasa padanya, mati hidup semula pun aku tidak akan mengizinkanmu bertemu semula dengannya," rintih hati Isaac Brien yang penuh dengan penyesalan.

Dia masih sangat menyayangi Vienna, malah perasaan itu baru tumbuh dan tengah hidup dengan subur dalam hatinya.

" Aku pergi, my Nessa. Tetapi maaf, aku tidak akan dapat berhenti mencintaimu. Aku akan terus mencintaimu, lagi dan lagi, setiap hari, dengan setiap denyutan jantungku, hingga ke hari aku mati, hingga saat jantungku berhenti berdegup," begitu dia menulis luahan perasaannya ketika dia menunggu grab menjemput dan membawanya ke hotel.

Dia tidak bermaksud untuk menekan butang send. Apa yang ditulisnya itu hanya sebagai satu bentuk luahan perasaannya pada isterinya. Fikirnya sekejap lagi dia akan memadam semua yang ditulisnya itu. Tetapi saat telefonnya hampir tejatuh, dia berusaha menyambutnya dan tanpa sedar jarinya tertekan butang keramat itu.

Alunan lagu Dealove pada telefon bimbitnya menandakan ada mesej masuk. Vienna berusaha membuka matanya dan mencapai telefon bimbitnya di atas kepala katil. Dibacanya mesej tersebut berulang kali. Apa maksudnya? Dia memejamkan matanya, berusaha memutar kembali semua yang terjadi antara dia dan suaminya malam tadi.

"Brien, apa maksudmu kamu pergi?" Tangan Vienna terketar-ketar mendail nombor suaminya. Tetapi jawapan yang diterimanya hanyalah Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Air mata Vienna menitis laju.

Read next part.
Vote ⭐ and comment.
Happy reading


Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now