" Aku tidak memilih kesempurnaan dalam dirimu. Sekali hatiku berlabuh di pelabuhan hatimu, maka di situ aku bersemadi selamanya" - Isaac Brien
Isaac Brien termenung memandang laut yang bergelora. Sesekali ombak menghempas kuat hingga kapal tempat mereka menginap terasa bergoyang. Dua bulan tidak kembali, tidak ada satu pesanpun yang diterimanya daripada Vienna.
"Hei, brother. Kau nampak tak okey. Selalu termenung. Lihat, kau makin kurus,"tegur Usop Anyi, rakan karibnya di atas kapal.
" Baliklah, bro. Rindu tak baik dipendam lama-lama, " Franklin Lusat pula menyampuk seraya menepuk-nepuk bahunya.
" Dia tak rindukan aku, bro. Dua bulan, bro, tak pernah pun dia contact aku. "
" Kau lelaki, bro. Kau yang kena pujuk bini kau. Mengalah tak rugi, bro. Makin lama kau tinggalkan dia, makin jauh dia dari kau nanti," Usop Anyi terus memujuk. Dia juga lelaki beristeri, sudah cukup arif dengan rajuk seorang isteri.
" Lagi-lagi nanti kalau mantan tunang bini kau tu sudah keluar dari Hospital Sakit Jiwa. Silap-silap dikebasnya lagi bini kau, bro. "
Isaac Brien sudah memikirkan semuanya, semasak-masaknya. Apapun yang terjadi, dia akan kembali kepada isterinya. Vienna cinta hatinya dan di dalam rahim Vienna ada buah cinta mereka. Keduanya begitu bermakna baginya.
💠💠💠💠💠
24 Disember, Christmas Eve. Isaac Brien telah memutuskan malam ini dia akan menjadi Santa Clause. Cuma bezanya Santa Clause akan menghantar hadiah buat kanak-kanak yang terpilih. Sedangkan dirinya akan menghantar tubuh dan jiwanya buat isterinya.
Memang benar malam itu Isaac Brien berlagak seperti Santa Clause. Tepat jam dua belas malam, dengan bantuan Darius dan Dara, dia berjengket memasuki bilik tidur isterinya.
Ketika berada di ambang pintu, langkahnya terhenti. Matanya terpaku pada isterinya, wanita yang selama ini mengisi mimpi dan malam-malam sepinya. Wanita bergelar isteri yang sangat dirinduinya.
Isaac Brien yang lengkap berpakaian Santa Clause berjalan perlahan menghampiri isterinya. Begitu nyenyak wanita itu tidur hingga tidak menyedari kehadirannya.
Isaac Brien duduk di birai katil. Diperhatinya wajah isterinya. Semakin cantik dengan pipi yang semakin tembam. Kemudian matanya beralih pada dada isterinya. Dia tersenyum. Kedua dada isterinya semakin membesar, mungkin persiapan untuk menyusukan anak mereka kelak.
Akhir sekali, mata nakalnya singgah pada perut Vienna. Perut isterinya sudah semakin besar. Senyumnya melebar seketika sebelum wajahnya bertukar muram. Hampir dua bulan dia meninggalkan isterinya. Betapa dia menyesal telah melepaskan banyak waktu bersama isteri dan anaknya yang sedang tumbuh dengan sihat di dalam rahim isterinya.
"Nessa.." dia berbisik sambil melabuhkan badan berbaring di samping isterinya. Tangannya dilingkarkan pada perut isterinya. Ada rasa tenang dan bahagia tika tangannya berada di situ.
"Sayang ayah. Buah hati ayah," dia seolah-olah berbicara pada anaknya.
"Ayah pulang, nak," hidungnya mencium haruman dari rambut isterinya. Vienna mengeliat sambil perlahan membuka mata.
"Nessa sayang, aku pulang. Meski kamu meminta aku pergi. Tetapi aku tetap pulang. Aku bukan sesiapa tanpamu dan anak kita, Nessa," rintihnya.
" Brien.. kamu?" Vienna hampir saja ketawa melihat penampilan suaminya. Lengkap berpakaian ala Santa.
" Apa terjadi, Brien? Kamu berpakaian begini? " Vienna menahan tawanya.
" Tidak ada orang akan mengusir Santa, sayang, " tuturnya. Vienna menghulurkan tangan, menyentuh pipi suaminya yang sedikit cengkung. Tubuh suaminya nampak kurus berbanding dua bulan yang lalu.
"Jangan lagi menyuruh aku pergi, Nessa. Kalau kamu meminta aku pergi lagi, aku selamanya tidak akan pernah kembali," ucapnya. Matanya benar-benar basah. Suaranya bergetar.
"Brien..." Vienna mengamati wajah suaminya.
"Aku tidak bergurau, Nessa. Jika kamu meminta aku pergi lagi seperti dua bulan lalu, aku pasti tidak akan pernah kembali lagi," dia mengulang kata-katanya.
"Aku tidak mahu kita berpisah, Nessa. Dalam suka dan duka, aku mahu kita bersama," jemarinya masih berada di atas perut isterinya.
"Aku menyayangimu sebagaimana aku menyayangi dia. Kamu dan dia.... bagaimana aku mahu meneruskan hidup sendirian, jika kamu memintaku pergi," dia terisak, menyembamkan wajah pada perut isterinya.
"Maafkan aku, Nessa. Sekelumit pun rasa cintaku tiada untuk Suzie atau mana-mana wanita selain kamu. Kamu yang pertama dan terakhir, aku bersumpah, Nessa." Basah baju Vienna kerana air mata suaminya. Malah rasa basah itu terasa membasahi kulit perutnya.
"Bajuku basah, Brien. Mereka akan kesejukan," kata Vienna setelah isakan suaminya agak reda. Dibelainya rambut suaminya yang kelihatan tidak terurus.
"Nessa.. kamu sudah memaafkan aku?" Isaac Brien mengangkat wajahnya.
"Aku tidak pernah memarahimu, Brien," kali ini air mata Vienna yang menitis.
"Aku malu pada diriku sendiri. Aku rasa bersalah kerana hampir saja semua milikmu disentuh Delton," katanya. Segera Isaac Brien memeluk isterinya.
"Aku rasa bersalah kerana tidak menjaga diriku dan bayi kita. Kamu sudah mengingatkan aku agar menunggumu di dalam bilik guru, tetapi aku..."
"Jangan menangis, sayang. Fikirkan baby kita. Dia belum kuat di dalam sana."
"Babies, Brien," Vienna membetulkan kata-kata suaminya. Terukir senyum di wajahnya.
"What? Babies?" Vienna mengangguk.
"Aku baru tahu kelmarin, Brien,"jelasnya.
"Thanks,god. Doa dan impianku jadi kenyataan," dia tertawa kecil. Vienna mengerutkan dahi tidak mengerti.
"Aku selalu berdoa, Nessa. Setiap kali kita ML, aku berdoa semoga kita mendapat anak kembar kerana aku terlalu ingin punya anak kembar," katanya dengan senyum yang masih melebar.
"Jangan pernah memintaku pergi lagi, Nessa. Dua bulan saja aku pergi rasanya sudah begitu sakit di sini," Isaac Brien membawa jemari Vienna menyentuh dadanya.
"Kalau sakit, kenapa kamu pergi?" duga Vienna.
"Kamu yang memintaku pergi, Nessa. Beberapa kali kamu memintaku pergi," katanya.
"Sulu atiku sudah lupa. Jangan pernah pergi meski aku memintamu pergi, kamu lupa, Brien?" Isaac Brien mengucup dahi dan pipi isterinya sebelum bibirnya berpindah menyentuh bibir isterinya.
"Aku lupa, sayang. Lain kali, aku tidak akan berganjak meski kamu memukulku dengan batang penyapu. Aku akan tetap bertahan." Saat ini Isaac Brien kelihatan sangat kebudak-budakan, tetapi bagi Vienna inilah suami kesayangannya. Sentiasa hadir dengan kelembutan, kasih sayang dan cinta.
" I missed you, Brien," Vienna memeluk suaminya.
" Setiap saat aku rindu, " luahnya.
" Kenapa tidak hubungi aku, sayang?"
"Aku takut kamu tidak mahu menerima aku lagi, Brien," dia menatap rindu pada suaminya.
"Sini," dia menarik isterinya dan membiarkan kepala isterinya berbaring di atas dadanya.
"Selagi degupan ini ada, selagi itu kamu hidup di sini. Aku akan melepaskanmu jika degupan ini sudah berhenti," katanya membuat Vienna tidak lagi dapat menahan isakannya.
"Selagi kepercayaan belum ada, bagaimana kita akan memiliki cinta yang nyata, Nessa?" Vienna menelan ludah pada tekaknya yang terasa kering mendengar kata-kata suaminya. Kepercayaan? Dia menyesal kerana selalu sangsi pada ketulusan suaminya.
Just vote and comment.
Happy reading.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...