KICYN 20

1.4K 62 14
                                    

"Tiada apa yang mampu membunuh rasa cintaku terhadapmu. Jika ditakdirkan mentari mati, cintaku akan terus bersinar buatmu" - Isaac Brien

Isaac Brien  mengendong isterinya memasuki bilik kecemasan. Dadanya kelihatan berombak dengan kencang.

"Tolong, nurse. Isteri saya tidak sedarkan diri," katanya ketika tubuh isterinya yang hanya berbalut selimut hotel sudah di letakkan di atas katil pesakit di dalam bilik kecemasan.

"Apa yang terjadi? Kenapa muka dan tubuhnya penuh dengan kesan lebam?" tanya pembantu pegawai perubatan yang bertugas ketika dia memeriksa keadaan Vienna.

" Berikan rawatan pada isteri saya. Saya akan menjelaskan semuanya nanti. Sekarang, saya mohon, tolong segera periksa keadaannya. Dia sedang mengandung," Isaac Brien merayu. Nafasnya masih terlalu kencang. Betapa dia takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada isteri dan bayi di dalam kandungan isterinya.

"Encik tunggu di luar. Biar kami memeriksa isteri encik," kata jururawat bertugas dengan lembut. Isaac Brien mengangguk dan keluar menuju ke ruangan menunggu.

Isaac Brien memejamkan matanya. Beribu penyesalan timbul dalam dirinya. Andai saja dia tidak terpedaya dengan tipu muslihat Suzie, pasti Delton tidak akan dapat menghampiri isterinya dan mencederakannya. Isaac Brien menitiskan air matanya. Dia benar-benar menyesal.

"Nya meh nuan, Igat. Bebini nemu tang enda nemu nyaga bini (Itulah kamu, Igat. Pandai nak beristeri, tapi tak pandai jaga isteri )," begitu pedas teguran neneknya.

"Nasit endar Eddie bisi dia.. enti nda, nadai kitai nemu nama penusah nundung  bini nuan nya, Igat ( Nasib baik Eddie kebetulan ada di sana . Kalau tidak, apa akan terjadi pada isteri kamu, Igat?) " Nenek Isaac Brien belum puas meleteri cucunya. Wanita itu kelihatan marah dengan kelalaian cucunya.

Isaac Brien tidak mampu menyangkal kata-kata neneknya itu. Semua yang dikatakan neneknya benar. Nasib baik Eddie kelmarin malam tidak ikut pulang ke Sekuyat bersama sepupu-sepupunya yang lain. Nasib baik juga kebetulan  seorang kenalan Eddie menginap di Inn tersebut sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Atas alasan inilah Eddie ke The Palace Inn dan terserempak dengan Vienna yang baru sekali ditemuinya ketika di rumah Jessica. Jika tidak, sudah tentu Brien tidak akan tahu bahawa Delton sudah membawa isterinya ke The Palace Inn.

"Sabar, Igat," pujuk Jessica. Belakang Isaac Brien diusap lembut. Bagai anak kecil, Isaac Brien menyembamkan wajah ke dalam pelukan ibunya dan menangis terisak.

"Maafkan Igat, ma. Igat tak mampu menjaga isteri Igat," katanya tersedu-sedan. Neneknya yang duduk di sebelah Jessica masih mempamerkan wajah marah.

"Ini ujian Tuhan, Igat. Ujian Tuhan agar kita lebih tahu bersyukur, lebih berhati-hati di lain kali," kata ibunya.

" Lemai lagi ini enggau Eddie ka mulai kediri ke Sekuyat. Jaga manah ka bini nuan nya. Nti bisi nama-nama nyadi gai bini nuan, anang sesekali nuan nganjung mua nuan pulai ke menua ( Petang ini nenek dan Eddie sudah mahu pulang ke Sekuyat. Jangan sekali-kali kamu tidak menjaga isteri kamu elok-elok . Kalau apa-apa terjadi pada isteri kamu tu, jangan pernah kamu pulang ke Sekuyat)," neneknya terus membebel.

Isaac Brien tidak berani memandang muka neneknya. Bukan sekadar menyesal, Isaac Brien merasa malu sudah diperbodohkan Suzie dan Delton. Dia malu  menjadi seorang suami yang gagal menjaga isterinya hingga maruah isterinya ternoda.

"Brien.." sapa satu suara diikuti sentuhan pada bahunya. Isaac Brien mengangkat wajah. Kali ini, wajahnya bertambah sedih tatkala berhadapan dengan ayah dan ibu mertuanya.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now