KICYN 16

1.5K 60 77
                                    

"Aku memilihmu. Dan selamanya akan memilihmu, tanpa henti, tanpa ragu, dalam setiap degupan jantung, aku kan tetap memilihmu"
-Vienna Vannesa

Mereka meninggalkan Damai Puri Resort ketika hari masih terlalu pagi. Isaac Brien bercadang mengajak isterinya bersarapan di Sepinang Sari Cafe & Restaurant yang terletak tidak jauh dari Sarawak Museum. Sepinang Sari Cafe terkenal dengan mee kolo/mee sapi yang sangat lazat. Sejak semalam isterinya menyatakan keinginannya untuk makan mee sapi.

Dari Damai Puri Resort menuju ke Sepinang Sari Cafe, Vienna tidak banyak berbicara. Ingatannya menerawang pada hari di mana Delton datang dan memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Pada masa itu dia sampai pengsan. Hinggalah Isaac Brien muncul menawarkan diri sebagai pengganti Delton. Lelaki yang sebelumnya hanya dikenali sepintas lalu ketika kebetulan bersama-sama hadir untuk fitting gaun pengantin, akhirnya menjadi suaminya.

Perasaannya memang pernah sedikit ragu untuk menerima Isaac Brien sebagai pendamping hidup. Tetapi lihatlah kini, dia seakan tidak mampu untuk berpisah dengan  suaminya itu walaupun cuma sesaat. Teringat acara Isaac Brien membelah durian , pipinya bersemu merah. Sungguh, itu saat memalukan yang manis baginya. Vienna tersenyum malu. Kedua telapak tangan diletakkan pada kedua belah pipinya.

"Nuan tuchum-tuchum belama, (kamu asyik tersenyum sahaja)," tegur suaminya. Hatinya tertanya-tanya juga apa yang sedang menggeletek hati wanita di sebelahnya itu.

" Mungkin aku sudah kena jayau ( ilmu pengasih), Vienna tertawa manja. Kepalanya disandarkan sejenak pada bahu suaminya. Mendengarnya, Isaac Brien mengerutkan dahi.

"I love you so much. Itu yang aku rasakan sejak kita melafazkan solem vows," Vienna mengakui perasaannya. Pipinya yang putih kelihatan semakin berwarna merah jambu.

" Maksudnya kamu sudah terkena jayau bujang sigat ari Sekuyat," Isaac Brien tersenyum bangga. Kembang hidungnya bila isterinya mengaku jatuh cinta padanya pada saat mereka melafazkan sumpah pernikahan. Dengan gamal sigat yang dimilikinya mana mungkin seorang gadis tidak terpikat padanya.

Isaac Brien memarkirkan keretanya  di hadapan Sepinang Sari Cafe & Restaurant. Belum begitu ramai pelanggan tika itu kerana hari masih awal. Kalau tidak, terpaksalah mereka menunggu sebentar untuk mendapatkan tempat duduk.

Tika kakinya melangkah memasuki kedai makan itu, Vienna spontan menutup hidung dan mulutnya. Bau masakan dari kedai makan itu membuatnya mual.

"Uweek! Uweek!" Nasib baik hanya muntah angin. Isaac Brien mengurut-urut belakang isterinya dengan telapak tangannya. Setelah mual Vienna agak reda, Isaac Brien segera membawanya duduk.

"Sudah okey?" tanyanya dengan wajah risau. Wajah isterinya yang agak pucat ditatapnya. Tetapi Vienna meredakan kerisauan suaminya dengan senyuman bahagia. Di dalam rahimnya kini sedang tumbuh bayi mereka. Rasa mual, rasa pening yang dialaminya kini, itu semua kerana pembawaan anak di dalam kandungannya.

" Jangan risau, Brien. Cuma morning sickness, " jelas Vienna.  Di bawah meja, dia mencari tangan suaminya. Jemarinya diselitkan pada jemari suaminya.

" Selesai fasa morning sickness nanti, kamu boleh mengidam apa saja, Nessa. Aku akan memasaknya, " ucap Isaac Brien walaupun dia sebenarnya tidak pernah memasak. Malah menghiris bawang pun dia tidak pernah. Tetapi demi isteri tersayang.. apapun...

Belum lama mereka duduk, pesanan mereka sampai. Dua mangkuk mee sapi dan dua gelas besar milo panas. Isaac Brien menelan liur tatkala pelayan meletakkan mee sapi di hadapannya. Tak pernah pula dia begitu bersemangat melihat makanan. Tetapi saat ini seleranya seolah menggebu-gebu.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now