"Bagiku cinta untukmu seluas laut biru yang selalu membuai tidurku. Tidak akan pernah tandus meski semusim kemarau melanda" - Isaac Brien
Isaac Brien duduk di sofa yang ada di kamar hotel. Perlahan dihirupnya kopi tiga dalam satu yang baru sebentar tadi dibancuhnya. Matanya terpaku pada sekujur tubuh isterinya. Dia senyum membayangkan dalam beberapa bulan lagi perut isterinya akan kelihatan semakin besar. Entah bagaimana nanti tubuh kecil isterinya membawa kandungannya yang besar.
Isaac Brien menghabiskan hirupan terakhir dan meletakkan mug yang sudah kosong di atas meja. Kakinya melangkah perlahan menghampiri isterinya. Dielusnya lembut pipi isterinya.
"Aku bertuah mendapatmu, Nessa. Kamu cantik, lembut dan paling penting kamu sudah nengandungkan anakku. I love you, Nessa," dia berbaring di sebelah isterinya. Tubuh isteri yang membelakanginya dipeluk erat.
" Tahu apa yang sering aku bayangkan, Nessa?" dia berhenti sejenak. Hidungnya menghirup wangian dari rambut isterinya.
" Aku sering membayangkan kita dikelilingi anak-anak yang comel, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Tetapi yang ada di sini, aku mengharapkan dia princess.. yang cantik seperti ibunya," katanya. Tangannya diletakkan di atas perut isterinya seolah-olah cuba merasakan kehadiran bayinya di sana.
" Selalu ingat sayangku, cintaku pada kalian seluas laut biru. Dalam dan tidak akan tandus meski semusim kemarau melanda. Aku akan selalu berjuang untuk keutuhan keluarga kita, " dia membisikkannya tepat di telinga isterinya.
Vienna merasakan matanya panas. Kata-kata yang dibisikkan suaminya terasa menyentuh dasar hatinya. Cinta suaminya kepadanya begitu dalam. Jauh di sudut hati, dia merasa bersalah kerana sempat meragukan cinta suaminya. Tidak dapat menahan perasaannya lebih lama, Vienna berpaling menghadap suaminya.
"Aku mendengar semuanya, Brien," Vienna merapatkan tubuhnya ke dalam pelukan suaminya. Di dalam pelukan itu, dia merasa nyaman, hangat dan rasa dilindungi.
"Jangan pernah berhenti mencintai aku, Brien. Because you are my sulu and I love you so much, " kata Vienna diiringi matanya yang mula tertutup kerana diserang rasa mengantuk yang tidak dapat ditahannya lagi.
Isaac Brien belum dapat melelapkan matanya meski malam sudah begitu tua. Terlalu banyak kerisauan yang menyeruak ke dalam dirinya. Bukan dia tidak tahu beberapa hari kebelakangan ini dia sering melihat kereta Delton tidak jauh dari rumah isterinya. Bagaimana nanti jika lelaki itu mengganggu isterinya sedangkan saat itu dia sudah kembali ke tengah laut, jauh beribu batu dari isterinya.
"Lindungi isteri dan anakku, Tuhan," dia berdoa dalam hati. Dia tidak faham dengan Delton. Setelah mengambil Suzie darinya ternyata lelaki itu belum juga puas. Tetapi dia sudah memutuskan. Vienna sudah menjadi isterinya dan akan kekal menjadi miliknya sampai bila-bila. Apapun akan dilakukannya untuk mempertahankan Vienna di sampingnya.
💠💠💠💠💠
Di dalam keretanya Delton mendengus marah. Sepanjang malam dilihatnya bilik tidur Vienna gelap tanpa cahaya. Ke mana kau membawa kekasihku, setan! Dia berteriak di dalam keretanya sambil memandu keretanya pada kelajuan tinggi menuju ke rumahnya yang kini dihuni bersama Suzie.Sepuluh tin Heineken yang sudah kosong tergeletak di atas meja di ruang kerjanya . Badannya terasa panas terbakar. Pipinya sudah kelihatan merah. Dia sudah separuh mabuk, tetapi rasa mabuk itu belum dapat menghilangkan keinginannya untuk memiliki Vienna. Malah keinginannya untuk memiliki tubuh Vienna semakin menggebu. Tubuhnya kian berdenyut dan tegang.
"Please, Vi. Come back to me! Come back to me, Vi! I need to touch you. Just give me a chance to make you mine Vi! " Delton berteriak sambil menangis. Tin-tin kosong itu ditolak dengan tangannya hingga kini bertaburan di lantai.
"Delton, stop!" Suzie berlari dari kamar mereka. Dia berdiri dengan wajah cemas melihat keadaan suaminya. Bibirnya pucat. Semakin hari keadaan Delton semakin tidak terurus. Emosi lelaki itu kian sukar diramal, jauh berbeza dengan Delton yang dulu pernah dikenalnya.
"Please, stop, Delton!" rayunya. Dia cuba menyentuh lengan suaminya tetapi renungan bengis Delton menghalangnya.
"Hei, isteri murahanku. Kau tidak berhak menyentuhku. Kau siapa, hmm? Kau bukan Viennaku. Hanya Vi yang boleh menyentuhku," dia ketawa sinis sambil jarinya menunding ke arah Suzie.
"Stop, Delton. Aku isterimu yang sah!" teriak Suzie.
"Kau yang mendesakku, ingat? Kau sengaja menggodaku agar aku berpisah dengan Vienna. Atau.. mungkin kau dan Brien berpakat untuk memisahkan aku dan Vi."
"Jaga mulutmu, Brien!"
"Kau mahu mengatakan semuanya kebetulan? Wauuu.. Kau menggodaku, kemudian tunangmu menikah dengan tunangku. So sweet, Suzie. Tapi kau fikir aku percaya?" Delton menumbuk kaca almari hingga kaca almari itu pecah dan kacanya bertaburan di lantai. Kelihatan darah membasahi tangan Delton.
"Cukup, Delton! Jangan menyakiti dirimu lagi," Suzie memberanikan diri mendekat pada suaminya. Tetapi dia cuma mampu memandang darah menitis dari tangan suaminya. Hendak menyentuhnya, dia rasa kecut.
Saat ini Suzie merasakan dirinya benar-benar remuk. Dia ikhlas mencintai Delton, tetapi lelaki itu belum dapat menerimanya. Apa kurangnya dia dibandingkan Vienna. Malah dari segi rupa paras, dia lebih cantik dan lebih seksi.
" Aku akan menceraikanmu, Suzie.." kalimat yang mengejutkan Suzie. Air matanya menitis laju. Sumpah, dia tidak mahu menjadi janda pada usianya yang masih terlalu muda.
"Please, Delton. Katakan apa yang harus aku lakukan.. agar... agar kamu tidak menceraikan aku?" Suzie kini berlutut di lantai. Kedua tangannya memeluk kaki suaminya.
" Bantu aku mendapatkan Vienna!" kata Delton separuh menjerit.
"Tidak.." jawab Suzie. Dia mendongak memandang suaminya dengan tangan masih memeluk kaki suaminya.
"Kalau begitu, kita bercerai!" Putus Delton. Ditariknya tubuh isterinya hingga wanita itu berdiri. Kemudian tubuh itu ditolaknya hingga tersandar pada almari buku di belakangnya.
"Keluar dari rumahku, Suzie!" Delton meninggalkan Suzie menangis senggugukan di situ. Dia menuju ke bilik air, membasuh tangannya yang luka.
"Ahh!" dia mengaduh kesakitan. Luka di tangannya terasa amat pedih meski darah yang mengalir dari luka itu tidak sebanyak tadi.
"Sial kau, Brien!" dia menarik tuala kecil yang tergantung di belakang pintu bilik mandi dan melilitkannya pada tangannya yang luka. Lama dia merenung bayang dirinya pada cermin. Dia meramas wajah kusutnya. Kumis dan misai tipis yang suatu ketika dulu kerap dikagumi Vienna, kini kelihatan tidak terurus.
"I will do anything for you, Delton. Anything," Suzie menyusulnya ke dalam bilik mandi. Dipeluknya tubuh suaminya. Pipinya yang basah menyentuh belakang suaminya.
"Aku akan melakukan apa saja untuk mendapatkan cinta suamiku, Vienna. Apa kehebatanmu hingga Delton tidak dapat melupakanmu? Berlagaklah seperti kau bidadari yang menjadi rebutan. Tetapi ingat, Vienna. Suatu saat nanti, aku akan menjadikan kau hanya tinggal kenangan, " Suzie bermonolog.
Read next part.
Please vote ⭐ and comment.Happy Reading.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...