KICYN 5

2K 94 21
                                    

"Kerana kamu tidak memperjuangkan aku, maka jangan menangis bila aku pergi dari hidupmu" - Vienna Vannessa

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Para tetamu sudah beransur pulang. Khemah besar di halaman rumah yang tadinya dipenuhi para undangan, kini sudah hampir kelihatan kosong.

Vienna memerhati sekelilingnya. Suaminya sudah hampir sepuluh minit menghilang dari sisinya tanpa pamit. Vienna mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu suaminya. Vienna berjalan menuju ke kamar pengantin. Gaun labuh yang dipakainya diangkat agak tinggi hingga menampakkan betisnya yang putih.

"Kamu benar-benar kelihatan menawan, Vi." suara itu menghentikan langkah Vienna ketika dia melalui anjung  rumah yang sepi untuk menuju ke bahagian rumah yang menempatkan kamar tidur. Vienna menoleh ke arah suara itu.

"Delton.." suaranya mati di situ ketika dia melihat lelaki itu bergerak menghampirinya. Mata lelaki itu menjamah betis yang terdedah.

"Aku ingin memilikimu, Vi. Serahkan daramu padaku." Delton bergerak kian hampir dengannya. Vienna cuba berundur, tetapi tangan Delton pantas mengurungnya. Lelaki itu merangkul tubuh kecilnya hingga dia tidak mampu bergerak lagi. Mulut Delton pantas mencari bibirnya dan melumar bibirnya dengan kasar hingga dia merasa bibirnya pedih.

Vienna cuba menjerit, tetapi bagaimana dia mampu kerana mulut Delton telah membekap mulutnya. Sebelah tangan Delton berhasil menurunkan zip gaunnya. Vienna hanya mampu berdoa. Dia berdoa agar suaminya segera menyusulnya dan menemukan keberadaannya di sini.

"Kalau kau sentuh aku, esok kau tidak akan menemukan aku lagi. Aku akan memilih untuk mengakhiri hidupku," rintih Vienna ketika Delton melepaskan bibirnya. Air matanya mengalir deras.

"Aku tidak peduli. Yang pasti, aku tidak akan membiarkan suamimu itu menjadi yang pertama buatmu," katanya berusaha melepaskan gaun yang dipakai Vienna. Nafasnya yang berbau alkohol menyapu wajah Vienna.

"Jangan, aku mohon.." Vienna cuba menepis tangan Delton.

Plak! Plak!
Dua tamparan keras mengena pipi Vienna hingga dia tersungkur.

"Jangan halang aku. Serahkan tubuhmu untukku malam ini. Dan aku berjanji setelah itu, aku akan pergi. Aku tidak akan mengganggumu lagi," katanya sambil mula menindih tubuh Vienna.

"Lihat, tubuh yang indah ini seharusnya menjadi milikku," dia meraba gunung kembar milik Vienna yang sudah terpampang di depan matanya. Vienna cuba menolak tangan kasar itu, tetapi tenaganya tidak sebanding tenaga Delton.

"Jangan!" Vienna terus menjerit walaupun dalam keadaan lemah dan kesakitan pada bahagian pipinya. Air matanya mengalir membasahi pipi pucatnya. Dia tidak pernah membayangkan hal sebegini, dipaksa menyerahkan kehormatan diri kepada lelaki yang bukan suaminya. Vienna tidak mampu melawan lagi. Dia memejamkan matanya, terus menangis. Delton terus melorotkan gaun malam berwarna hijau muda itu dari tubuh Vienna.

"Maafkan aku, suamiku. Jika ketakutanku malam ini menjadi kenyataan, esok aku pasti tiada lagi di dunia ini." Vienna nekad, jika Delton memperkosanya, dia akan menamatkan hidupnya kerana dia tidak akan sanggup meneruskan hidup dengan dibayangi kisah hitam ini.

Bruk! Sepantas itu Vienna merasakan beban di atas tubuhnya tersingkir.

" Sudah saya katakan, saudara. Jangan dekati isteri saya apatah lagi menyentuhnya. Saya tidak akan membiarkan anda mengambilnya dari saya," itu suara seorang lelaki yang dikenalnya. Vienna membuka matanya.

Bruk! Bruk! Dia melihat suaminya menendang lelaki itu beberapa kali. Lelaki yang dulu pernah sangat dicintainya. Lelaki yang sudah membatalkan pernikahannya. Dan dia lelaki yang telah hampir memperkosanya.

"Brien.." dia memanggil suaminya dengan suara yang lemah.

"Tunggu, sayang. Biar aku ajar lelaki ini cukup-cukup," jawabnya tanpa menoleh ke arah Vienna.

"Brien.. Cukup!"

"Belum cukup, sayang. Bila dia menjamahmu dengan matanya, aku masih boleh bersabar. Tetapi bila dia menjamahmu dengan tangannya, kesabaranku sudah hilang," dia terus menendang dan memukul Delton hingga lelaki itu berguling tidak berdaya.

"Brien.. cukup. Tolong, saya sakit!" Kali ini Isaac Brien menoleh ke arah isterinya. Dilihatnya isterinya meringis kesakitan. Diangkatnya tubuh kecil isterinya itu. Gaun yang sudah sedikit terkoyak disarungkan semula ke tubuh isterinya.

"Maafkan aku, sayang. Aku terlambat," katanya sambil mendakap tubuh isterinya. Vienna terisak dalam pelukan suaminya. Sayang? Berulang kali suaminya memanggilnya sayang. Benarkah suaminya ini menyayanginya? Vienna semakin terisak.

"Pergi anda dari sini. Dan ingat, jangan cuba mendekati isteri saya lagi," dia menoleh ke arah Delton yang mengerang memegang tubuhnya.

"Aku masih mencintaimu, Vi. Melepaskanmu untuk menikah dengan dia adalah kesalahan dan penyesalanku yang terbesar." Delton terisak, bukan kerana rasa sakit pukulan Issac Brien ditubuhnya. Tetapi tangisan itu kerana rasa sakit hatinya kerana satu-satunya gadis yang dicintainya tidak akan pernah lagi menjadi miliknya.

" Kata-kata itu tidak seharusnya anda ucapkan. Dia sudah menjadi milik saya yang sah!" Suara Isaac Brien kedengaran keras. Jauh di sudut hatinya dia takut seandainya isterinya akan menerima lelaki itu kembali. Dan dia tidak akan pernah mahu melepaskan Vienna Vannessa kerana dia sudah mula mencintai isterinya itu.

" Aku menyesal, Vi. Dan aku sangsi jika Suzie mengandungkan anakku. Aku bukan orang yang pertama baginya," Delton bangun dan berjalan menghampiri Vienna dan Isaac Brien.

"Mungkin Suzie mengandungkan anak suamimu," tuduh Delton. Delton berharap Vienna akan meninggalkan suaminya tetapi dugaannya salah. Vienna melingkarkan kedua tangannya pada leher suaminya.

"Badan saya sakit, Brien," katanya perlahan. Tetapi yang lebih sakit sudah pasti hatinya.

"Sabar, sayang. Aku akan membawamu ke kamar," dia mengendong isterinya menuju ke kamar pengantin mereka. Delton mengetapkan bibirnya keras hingga bibirnya luka dan darah mengalir. Dia tidak dapat membayangkan hal yang akan terjadi di dalam bilik pengantin itu malam ini. Miliknya, apa yang seharusnya menjadi miliknya, malam ini akan menjadi milik mutlak lelaki lain.

"Jangan terlalu percayakan dia, Vi. Suamimu itu, dia lelaki yang pertama buat Suzie," Delton berteriak. Vienna mendengarnya, tetapi dia tidak bereaksi apa-apa. Isaac Brien tersenyum lebar sambil menuju kamar pengantin mereka. Tuduhlah aku, Delton. Tuhan tahu tuduhanmu tidak benar. Aku tidak pernah meniduri mana-mana perempuan yang belum menjadi isteriku. Jika Suzie benar sudah tidak perawan saat kamu menjamahnya, maka aku harus berterima kasih kerana aku tidak menikahinya.

Isaac Brien membaringkan isterinya di atas tilam. Dia membuka pakaian isterinya walaupun cuba ditegah oleh Vienna.

"Kamu isteriku. Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan dariku," katanya. Ketika pakaian isterinya sudah ditanggalkan, Isaac Brien mengetapkan bibirnya. Kesal dan marah. Tubuh isterinya dipenuhi kesan biru akibat cengkaman kasar Delton. Dia menyentuh pipi isterinya, juga ada kesan biru di situ.

" Sakit.. "keluh Vienna sambil menyentuh hujung dadanya.

" Biar aku lihat, " pujuk suaminya menahan tangan Vienna dari menutupi dadanya.

" Sial! "gerutu Isaac Brien. Ada kesan lecet pada hujung dada isterinya.

" Sepatutnya tadi aku memukulnya hingga dia tidak bernyawa lagi, "Isaac Brien berguman marah.

" Maaf, Brien. Malam pertama kita.. "

" Shhh.. Kamu sakit. Aku akan menyapu krim. Setelah itu, kita tidur. Kita masih punya banyak malam untuk malam pertama kita, "katanya membuat Vienna tersipu malu hanya dengan membayangkan malam pertama mereka.

Read next part.
Press ⭐ and leave your comment.
Happy reading.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now