KICYN 7

2.1K 83 13
                                    

" Kamu adalah mentari yang membuat siangku lebih cerah. Kamu adalah rembulan yang membuat malamku bersinar terang. Apapun akan ku lakukan demimu, isteriku" - Isaac Brien

Isaac Brien tersenyum menatap wajah isterinya yang kelelahan. Mana tidaknya, semalam beberapa kali dia meminta haknya. Bukan kerana dia rakus. Tetapi dia lelaki normal dan muda. Pertama kali dalam sepanjang dua puluh lima tahun usianya dia disodorkan dengan sesuatu yang paling nikmat. Dan sesuatu yang nikmat itu sudah menjadi miliknya yang halal.

"Aku mahu lagi, Nessa. Bolehkah aku.." Vienna tidak membenarkan suaminya meneruskan bicara. Kedua tangannya telah memaut tengkuk suaminya agar wajah suaminya lebih mendekat.

"Aku milikmu yang sah, Brien. Milikmu. Perlukah masih meminta sesuatu yang sudah menjadi milikmu?" Vienna bertanya dengan suara menggoda. Isaac Brien menelan ludah sebelum menyambar bibir isterinya, melumatnya dan melanjutkan percintaan mereka hingga ke pagi.

"I love you, my wife," Isaac Brien mengucup bibir isterinya. Vienna mengeliatkan tubuh dan berusaha membuka matanya. Tika matanya terbuka, wajah pertama yang dilihatnya ialah wajah tampan suaminya. Vienna tersenyum malu dan berusaha menarik selimut untuk menutupi wajahnya.

" Malu?" Isaac Brien menahan tangannya dan menyibak  selimut hingga menampakkan tubuh polos isterinya. Mata nakal Isaac Brien menjamah setiap inci tubuh polos itu. Wajah Vienna bersemu merah menahan malu. Tiada daya untuk menutupi tubuhnya.

"Ingat katamu, Nessa. Semua yang ada pada tubuhmu milikku. Dan aku tidak perlu meminta izin untuk melihatnya, menyentuhnya dan memilikinya bila-bila sahaja aku mahu." Isaac Brien semakin mendekat. Vienna tahu apa yang ingin dilakukan suaminya. Dia memejamkan matanya erat. Dia menunggu suaminya beraksi, tetapi..

" Pergi mandi, sayang," Isaac Brien hanya mengecup pipinya sambil tangannya melingkarkan tuala mandi pada tubuh isterinya.

" Brien.. " Isaac Brien tertawa kecil melihat wajah isterinya yang merona kerana usikannya.

" Mandi, sayang. Aku mahu mengajakmu jalan-jalan.
Dua hari lagi aku harus kembali ke menua tasek," katanya.

"Menua tasek?" mata Vienna membulat tidak mengerti. Isaac Brien menarik isterinya ke dalam pelukannya dan memeluk tubuh kecil isterinya dengan erat.

"Kamu tidak pernah bertanya pekerjaanku, Nessa. Suamimu ini bukan lelaki yang kerjanya di pejabat. Yang turun pagi dan balik tika senja. Bukan setiap hari kita akan bersama, Nessa. Mungkin ada waktunya aku harus meninggalkanmu berbulan atau paling singkat berminggu lamanya, "ujar Isaac Brien panjang lebar. Di dalam pelukannya, dia merasa tubuh isterinya bergetar. Dia menolak sedikit tubuh isterinya.

" Kamu menangis? Isteriku yang manja menangis? " ibu jarinya mengelus air mata yang mengalir deras melewati pipi isterinya.

" Bagaimana kalau aku rindu?"  Pertanyaan isterinya membuat Isaac Brien tertawa kecil.

" Bagaimana ya, kalau isteriku rindu?" Isaac Brien sengaja mengusiknya. Matanya menatap wajah basah isterinya. Perempuan yang baru dikenali beberapa hari yang lalu dan baru dinikahinya kelmarin.

" Benar akan merindukanku ?" duganya. Vienna mengangguk perlahan.

" Aku sudah meninggalkan diriku di sini," disentuhnya perut isterinya. Vienna yang merasa suaminya mengusiknya segera memuncungkan bibir sebelum berganjak ke kamar mandi.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now