" Aku jatuh hati padamu, suamiku. Selamanya aku milikmu, hanya kamu" - Vienna Vannesa
Vienna memasukkan Sour + Assorted Flavoured Gummy ke dalam mulutnya untuk menghilangkan rasa mualnya. Di sebelahnya Isaac Brien kelihatan risau. Sejak bangun pagi tadi, isterinya mengadu mual dan pening hingga akhirnya Isaac Brien memutuskan untuk menghantar dan menjemput isterinya hari itu.
"Sayang, kalau tak sihat, kenapa tak minta cuti sehari lagi," pujuk suaminya. Tetapi Vienna menggeleng.
"Mana boleh hari-hari minta CRK Brien," katanya mengingat baru seminggu dia dipindahkan ke sekolah barunya atas alasan keperluan perkhidmatan. Sebenarnya, dia memohon perpindahan secara cross transfer untuk kebaikan dirinya dan ibu mertuanya.
"Baby kuat kan, sayang. Baby akan jaga mummy, kan?" dia mengelus perutnya. Isaac Brien senyum melihat tingkah isterinya.
"Ya, mummy. Baby akan jaga mummy," dia menjawab bagi pihak anaknya. Tangannya turut mengelus perut isterinya. Ketika Vienna mengangkat wajah, dia mendapati wajah suaminya begitu dekat dengan wajahnya hingga hidung mancung suaminya menyentuh dahinya.
"I love you, Nessa. Habis mengajar nanti tunggu saja di dalam bilik guru hingga aku sampai," pesannya. Sebenarnya hatinya berasa tidak tenang meninggalkan isterinya. Sewaktu meninggalkan rumah mertuanya pagi ini, dia perasan kereta Delton mengekori mereka. Tetapi kereta lelaki itu tidak ikut membelok lain tika mereka memasuki simpang sekolah tempat Vienna mengajar.
"Dengar, Nessa. Tunggu di dalam bilik guru," pesannya lagi tika isterinya sudah ingin melangkah keluar dari kereta.
"Okey, nuan kelalu irau , Brien ( kamu terlalu risau, Brien)," sahut Vienna dalam bahasa suaminya yang hanya difahaminya sedikit. Terkadang dia rimas dengan sikap suaminya kebelakangan ini. Suaminya bersikap overprotective meski dia sedar apa yang dilakukan suaminya adalah untuk kebaikannya.
"Take care, Nessa," Isaac Brien tetap tidak dapat menyingkirkan perasaan risau akan kemungkinan Delton mengganggu isterinya. Saat ini tanggungjawabnya bukan sekadar terhadap isterinya, tetapi juga terhadap anak yang berada di dalam rahim isterinya. Mereka dua nyawa yang perlu dilindunginya.
💠💠💠💠💠
"Jumpa aku, Brien. Happy Garden Cafe, sekarang. Penting. Berkaitan keselamatan Vienna. " Itu pesanan singkat yang diterimanya daripada bekas tunangnya.
Isaac Brien melihat jam di tangannya. Sudah pukul dua belas tengah hari. Pukul satu nanti dia perlu menjemput isterinya. Masih ada waktu, fikirnya sebelum memecut keretanya menuju ke Happy Garden Cafe yang kebetulan satu arah dengan tempat kerja isterinya.
Tidak mengambil masa yang lama untuk Isaac Brien sampai di tempat yang dijanjikan. Happy Garden Cafe, tempat yang selalu mereka kunjungi ketika mereka masih bertunangan dulu.
"Brien.." Suzie meluru ke arahnya dan memeluk erat bekas tunangnya itu sambil pura-pura menangis. Isaac Brien dalam keadaan serba salah, tetapi mahu tidak mahu akhirnya dia terpaksa membalas pelukan Suzie.
"Tahan dia. Lakukan apa saja agar dia lambat menjemput isterinya," itu arahan Delton kepadanya sebentar tadi.
"Jika rancangan ini gagal, kita akan bercerai, Suzie," suara tegas Delton masih terngiang-ngiang dalam telinganya.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...