" Tiga rasa yang mengikat hatiku seutuhnya padamu.. Rindu, sayang dan cinta" - Vienna Vannesa
Vienna sedang dalam keadaan cuba menahan air matanya. Mata, pipi dan hidungnya kelihatan merah. Sedari tadi, tangannya tidak lepas dari genggaman suaminya. Sungguh, Isaac Brien begitu keberatan untuk meninggalkan isterinya dalam keadaan begini. Dia sendiri masih sukar untuk percaya, betapa dalam perasaan isterinya terhadapnya walaupun kebersamaan mereka masih terlalu baru.
Ditatapnya wajah isterinya dengan teliti. Wajah bentuk bujur sirih yang dimiliki isterinya kelihatan putih bersih dengan kulit halus tanpa cela. Bibir tipis isterinya berwarna kemerahan, merah yang asli tanpa lipstick. Kecantikan isterinya begitu asli, membuat Isaac Brien bersyukur berkali-kali kerana bertemu jodoh dengannya.
"Bawa saja fotonya, Igat," tegur ibunya. Kedua mertua Isaac Brien hanya tersenyum. Jauh di sudut hati mereka bersyukur kerana rupanya dua insan yang jodohnya tidak dirancang itu ternyata begitu cepat punya rasa.
"Igat rasa ingin membawa orangnya, ma. Agar bukan saja boleh dilihat, tetapi juga boleh disentuh, " gurau Isaac Brien. Mereka tertawa kecil sambil memandang ke arah orang yang diusik. Tetapi Vienna bukannya tertawa. Mata dan hidungnya kian merah hingga dalam beberapa detik kemudian, beberapa titis air mata mengalir dari kedua pelupuk matanya.
" Sudah, sayang. Jangan menangis." Isaac Brien menarik isterinya menjauh dari keluarga mereka. Ditariknya isterinya ke dalam dakapannya.
"Aku juga rasa berat mahu pergi. Aku pasti akan merindui isteriku yang cantik ini,"katanya.
" Aku juga akan merindui bibir yang seksi ini, " dia mengucup bibir isterinya agak lama hingga mereka hampir kehabisan nafas.
" Sekarang kamu harus senyum. Iringi perjalananku dengan cinta dan doa. Setiap kali kamu merinduiku, ingat semua moment indah yang kita lalui," Vienna mengangguk perlahan meski perasaan sedih masih mengisi hatinya. Keduanya saling berpelukan.
Penumpang bagi penerbangan MH....
Pengumuman itu memaksa mereka meleraikan pelukan. Vienna mengiringi suaminya hingga sampai ke pintu balai berlepas. Di situ, mereka saling berpandangan sebelum sekali lagi tenggelam dalam pelukan yang begitu erat. Ibu bapa Vienna dan ibu Isaac Brien sengaja tidak ikut menghantar Isaac Brien hingga ke pintu balai berlepas kerana ingin memberi privasi kepada anak-anak mereka.Dalam perjalanan pulang, Vienna tidak banyak berbicara. Fikirannya melayang pada kisah cintanya bersama Delton yang kandas sebelum sampai ke penghujungnya. Kemudian fikirannya melayang pada petang di mana Isaac Brien datang ke rumahnya dan menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Tanpa sedar, dicapainya telefon bimbitnya dan ditulisnya sesuatu.
"Kamu hadir sebagai pengantin pengganti. Tetapi saat ini, entah kenapa.. rinduku begitu dalam, rasa sayangku kepadamu begitu kuat. Rindu dan sayang itu bersatu menjadi cinta yang begitu kukuh. Tiga rasa ini seakan mengikat hatiku seutuhnya bersatu dengan hatimu. " Kemudian butang send ditekan.
Beberapa minit berlalu, ada mesej masuk ke telefon bimbitnya. Pantas sahaja dibukanya pesanan tersebut.
" Sayangku Vienna Vannesa, aku hadir sebagai pengantin pengganti. Tetapi entah kenapa, saat pertama memintamu menjadi isteriku, rinduku padamu begitu dalam, rasa sayangku kepadamu melebihi rasa sayangmu kepadaku,. Rindu dan sayang itu bersatu menjadi cinta. CINTA. CINTA mengikat hatiku bersatu seutuhnya dengan hatimu. I love you, my Nessa. " Mata Vienna berkaca-kaca membacanya.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...