"Kesilapanku yang tidak termaafkan. Haruskah aku pergi? Mestikah aku melepaskan bahagia yang ternyata sudah bukan milikku?" - Isaac Brien
Isaac Brien berbaring di atas katil. Katil yang selama ini ditempati bersama isterinya. Katil yang menjadi saksi penyatuan dirinya dan isterinya. Dia memandang tempat di sebelahnya.
Bayangan Vienna muncul, berbaring di situ dan tersenyum memandangnya. Isaac Brien menghulurkan tangan untuk menyentuh isterinya, tetapi sekelip mata bayangan isterinya menghilang. Apa yang disentuhnya hanyalah tilam empuk yang kosong dan dingin.
Isaac Brien melepaskan keluhan kecewa. Betapa dia ingin melewati waktu sebegini bersama Vienna di sampingnya. Dia ingin merasakan isterinya itu menyusup dengan manja ke dalam pelukannya.
"Nessa, don't you know how much I love you!" rintihnya dengan nada sedih. Apa yang dirasakannya kini hanyalah rasa rindu yang tidak bertepi.
Isaac Brien bangun dan menukar pakaiannya. Jaket hitam jenama Supreme disarungkan ke tubuhnya. Dia memerhati sejenak wajahnya di hadapan cermin. Keadaannya tidak dapat dikatakan baik. Matanya tampak cekung, seolah-olah sudah berhari-hari dia tidak mendapatkan tidur nyenyaknya.
Isaac Brien mencapai kunci keretanya yang tergeletak di atas meja rias Vienna dan bergegas menuju ke pintu utama rumah mertuanya.
"Mahu ke mana, nak Brien?" sapa Darius yang baru balik dari hospital.
"Brien mahu ke hospital, yah," dia menjawab dengan dada masih dibebani rasa bersalah. Darius cukup tahu beban yang sedang ditanggung menantunya itu.
"Tidak usah, nak. Mama ada menjaga Vienna," kata Darius.
"Dia isteri Brien, yah. Brien yang patut menjaganya," bantah Isaac Brien. Tangannya sudah memusing tombol pintu.
"Dengar nasihat ayah, nak Brien," tegas bapa mertuanya hingga memaksa Isaac Brien melepaskan pegangannya pada tombol pintu. Darius menghampiri menantunya. Ditepuknya beberapa kali bahu menantunya itu.
"Hari sudah malam, nak. Esok saja nak Brien menjenguk Vi. Malam ni tidur saja, berehat dengan cukup," nasihat bapa mertuanya. Mahu tidak mahu Isaac Brien menganggukkan kepalanya.
"Baik, yah. Tapi malam ni Brien akan tidur di rumah mama," katanya. Darius mengangguk faham. Mana mungkin Isaac Brien mahu bermalam di rumahnya tanpa kehadiran Vienna di situ.
Isaac Brien memandu keretanya meninggalkan rumah mertuanya. Tetapi haluannya bukan rumah ibunya melainkan hospital tempat isterinya di rawat.
Memandangkan waktu melawat sudah tamat, pengawal yang mengawal pintu masuk ke wad tidak mengizinkan Isaac Brien masuk. Sepanjang malam Isaac Brien duduk di kerusi yang diletakkan di ruang menunggu di luar wad. Isaac Brien tidak peduli dengan kedinginan dan nyamuk yang menyapa kulitnya. Apa yang ada di benaknya hanya ingin merasa dekat dengan isterinya.
💠💠💠💠💠
"Nessa," Isaac Brien memanggil nama isterinya yang masih terlelap. Beberapa helai rambut yang menutupi wajah isterinya ditolak dengan jarinya.
Dara sedari tadi sudah minta izin untuk ke kantin. Bukan semata-mata untuk menghirup kopi panas, tetapi dia ingin memberi ruang kepada anak dan menantunya itu untuk berbicara secara empat mata.
"Nessa sayang. Aku datang," bisiknya. Diciumnya bibir isterinya dengan rasa rindu yang tidak tertahankan. Beberapa butir air matanya jatuh menimpa pipi isterinya hingga wanita itu membuka kelopak matanya.
"Brien.." suara Vienna masih lemah.
"Aku datang, sayang."
"Pergi, Brien. Jangan pernah datang menjengukku lagi," kedengaran suara lemah Vienna. Tetapi suara yang lemah itu sudah cukup menghancurkan hati Isaac Brien.
"Kenapa, Nessa? Aku minta maaf atas semua yang terjadi. Tetapi, aku mahu di sini. Aku mahu menjagamu dan anak kita," Isaac Brien menggenggam erat tangan Vienna seakan tidak mahu dilepaskannya.
"Aku mahu sendiri, Brien,"Vienna menyentap tangannya hingga terlepas daripada genggaman Isaac Brien.
Tanpa berkata apa-apa, Isaac Brien bangun dan berjalan keluar dari wad isterinya. Di luar bilik Vienna, ada dua pasang telinga yang mendengar semuanya. Jessica dan Dara masing-masing ternganga hingga tidak sedar Isaac Brien berdiri di hadapan mereka dengan mata basah.
" Tolong jaga mereka, ma," Isaac Brien menyalami ibu mertuanya.
"Igat.." panggil Jessica. Bukan begini akhiran yang diingininya untuk anak dan menantunya.
"Dia tidak perlukan Igat, ma," jawab Isaac Brien tanpa menoleh lagi.
Di atas katilnya, air mata Vienna mengalir deras. Siapa yang berani mengatakan hatinya tidak sakit. Siapa yang berani mengatakan dia tidak mahu ditemani suaminya dalam keadaannya begini.
" Mereka tidak akan dapat merasakan apa yang mama rasakan, . Rasa malu, rasa terhina, rasa bersalah," Vienna mengusap perutnya.
"Ayah sudah pergi. Hanya tinggal kita berdua. Maafkan mama, mama tidak pernah membenci ayah, tidak pernah menyalahkan ayah," Vienna berhenti seketika. Matanya dipejamkan rapat hingga cecair yang keluar dari matanya semakin deras.
"Ayah tidak tahu.. sukar untuk mama memandangnya, kerana mama tidak dapat menjaga diri mana untuk ayah. Malah kerana mama bodoh, mama hampir kehilangan kamu, nak," dia menangis terisak.
"Vi seharusnya memberi peluang pada Brien untuk menjaga Vi. Kasihan dia, nak. Dia terluka. Sekarang dia akan pergi jauh ke tengah laut. Bagaimana kalau dia tidak pernah pulang lagi? Vi tidak menyesal?" Dara sengaja mengucapkan kata-kata itu kerana dia mahu anaknya sedar bahawa tidak ada masalah yang selesai jika diakhiri dengan perpisahan.
" Ma.. " Sepatah kata itu yang diucapkan oleh Vienna sudah cukup menjelaskan bahawa Vienna masih mengharapkan suaminya kembali. Dara tertawa dalam hati.
"Dasar anak muda, lain di mulut, lain di hati," dia berkata dalam hati.
💠💠💠💠💠
"Hanya secebis maaf, apakah itu terlalu sukar, Nessa?" Isaac Brien merintih sambil memasukkan barang-barangnya ke dalam beg. Hari ini dia akan berangkat menuju ke Miri dan seterusnya ke pelantar minyak tempat dia ditugaskan. Ternyata cuti tambahan selama seminggu yang dipohonnya tidak berguna kerana keengganan Vienna menerimanya.
"Igat.. Igat mahu ke mana?" tanya Jessica.
"Kembali ke tempat kerja, ma," dia menjawab singkat. Jessica merampas beg Isaac Brien dan melontarkan keluar isi yang ada di dalamnya.
"Isterimu sedang sakit, Igat. Jangan ikutkan hati," Jessica meninggalkan anak tunggalnya itu sambil menghempaskan pintu di belakangnya.
"Maaf, ma. Ini yang terbaik untuk kami," Isaac Brien memasukkan kembali pakaiannya ke dalam beg dan melangkah gontai meninggalkan rumahnya memasuki grab yang akan menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
"Selamat tinggal, My Nessa. Andai aku tidak pernah kembali lagi, jaga buah hati kita. Nanti saat pertama dia melihat dunia dan aku tidak ada di sisinya, sampaikan dalam maaf dan sayangku untuknya." Begitu pesanan yang dikirimkannya ke telefon isterinya.
"Jangan pernah tidak kembali, Isaac Brien. Kamu sudah berjanji akan selalu kembali kerana rumahmu adalah di pelabuhan hatiku," Vienna mencium skrin telefon bimbitnya kerana pada skrin telefon bimbitnya itu terpampang jelas gambar Isaac Brien.
Press ⭐ and comment.
Happy reading.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...