KICYN 14

1.6K 76 22
                                    

"Untuk menggapai cinta sejati tidak akan mudah. Tetapi percaya dan setia akan menjadikannya nyata" - Isaac Brien

" Good morning. Happy Saturday, honey. I love you more than yesterday, Nessa, " Isaac Brien mengecup kedua belah mata isterinya yang masih terlelap di atas tilam. Vienna membuka matanya dengan malas.

"Please, Brien. Aku lagi mengantuk," Vienna memejamkan semula matanya. Sekali lagi pula suaminya mengucup matanya.

"Bangun, sayang. Hari ini aku mahu membawa bakal ibu ini berjalan-jalan. Bayiku di dalam sini juga mungkin ingin berjalan-jalan bersama ayahnya," dia mengangkat baju tidur isterinya hingga terlihat jelas perut isterinya. Isaac Brien menunduk dan mencium lama perut isterinya membuat Vienna mengelinjang geli dan mengeluarkan rengekan manja.

" Brien... " tangannya menahan kepala Brien agar tidak terus mencumbui perutnya.

"Brien, Brien. Kenapa kamu suka memanggilku Brien, hmm?" dia terus mendera isterinya dengan ciuman - ciuman nakal bukan setakat di perut malah ciumannya menjalar ke seluruh tubuh isterinya itu. Vienna terkekeh semakin galak.

"Brien..." desah Vienna disela tawanya.

"Masih Brien? Bila mahu memanggilku hubby.. or honey.. or sweetheart?"

"Or should I call you Igat?" Tawa Vienna belum berhenti.

"Hanya mama boleh memanggilku Igat."

"Kalau aku memanggilmu Igat?" duga Vienna.

"Aku akan menutup mulutmu dengan bibirku, sayang.. hingga kamu... tidak dapat mengucapkannya," Isaac Brien  mendekatkan mulutnya pada bibir isterinya.

"Kalau begini, aku akan selalu memanggilmu Igat," usik Vienna mencabar suaminya.

"Jadi kamu suka dicium, hmm?" dia mengulum bibir isterinya dalam dan begitu lama. Suara desahan Vienna semakin menggalakkan dia beraksi.

"Kalau boleh, hubungan suami isteri juga harus dikurangkan," kata-kata doktor sebelum ini terngiang di telinganya. Isaac Brien mengakhiri ciuman mereka dan bingkas berdiri.

"Oh, my god! Kamu menyiksaku, Nessa," Isaac Brien melepaskan keluhan berat sambil menoleh ke bahagian bawah tubuhnya. Mata Vienna juga mengikut arah pandangan suaminya. Bukannya kasihan, malah dia makin bersemangat untuk menggoda suaminya itu.

"Igat.. Igat.." panggilnya manja sambil menyembunyikan wajah disebalik selimut.

"Tunggu, Nessa. Sedikit masa  lagi. Aku akan bersabar dalam beberapa waktu ini. Tapi nanti, aku akan menderamu. Ingat, Nessa.. aku akan menderamu," dia meninggalkan isterinya menuju ke bilik mandi. Di dalam selimut, Vienna tersenyum sendiri membayangkan deraan yang akan diberikan suaminya.

💠💠💠💠💠

Vienna tidak tahu ke mana suaminya ingin membawanya. Dia tidak peduli, ke mana sahaja asalkan bersama suami tersayangnya. Wajah suaminya yang ada iras DJ Daniel Stephen itu ditatapnya lembut. Semakin hari, semakin membuak-buak perasaan sayangnya pada lelaki itu. Dia sendiri tidak faham mengapa perasaannya seperti ini. Perasaannya pada Isaac Brien jauh melebihi rasa sayangnya pada Delton Dies ketika dia masih menjadi kekasih dan tunang lelaki itu.

Akhirnya mereka sudah sampai di tempat yang dituju, Damai Puri Beach Resort. Setelah menanggalkan seatbelt, Isaac Brien menoleh ke arah Vienna. Dia tersenyum lebar. Isteri kesayangannya rupanya tertidur padahal baru sebentar tadi isterinya itu masih memandang wajahnya.

" Kita sudah sampai, sayang," Isaac Brien menyentuh pipi isterinya. Vienna membuka matanya dan mengamati sekelilingnya.

"Mari turun, sayang," Isaac Brien membukakan pintu untuk Vienna. Tangan Isaac Brien pantas mencapai beg tangan isterinya dan menyangkutkannya di bahunya.

"Brien.." Vienna membantah. Tidak dapat dia membayangkan suaminya dengan beg tangan berwarna pink itu.

"Biar aku membawanya, Nessa. Kamu sudah membawa anak kita," katanya. Vienna terpaksa mengalah malah tidak dapat menolak tika suaminya menarik tangannya dan menggenggamnya erat. Banyak mata yang memandang mereka. Ada yang tersenyum sumbing melihat Isaac Brien mengendong beg tangan pink milik isterinya. Malah Vienna sendiri tidak dapat menahan tawanya.

"Brien, maaf. Tapi kamu kelihatan pelik dan lucu," Vienna menekup mulutnya menahan tawanya.

" Kamu menambah hutangmu, Nessa. Pastikan kamu mampu membayarnya nanti," katanya cuba mempamerkan wajah serius. Tetapi memandangkan isterinya masih terus tersenyum, dia menambah.

" Mungkin aku tidak mahu menunggu lebih lama . Rasanya kamu perlu membayarnya malam ini, Nessa. " Tetapi tetap sahaja senyum Vienna melebar.

" Lihat sahaja, sulu," dia merangkul pinggang isterinya menuju ke tepi pantai. Vienna tidak menjawab apa-apa tetapi tangannya turut merangkul pinggang suaminya. Berada di samping Isaac Brien, tiada apa lagi yang dirisaukannya. Semuanya terlihat sempurna.

Mereka duduk menghadap Laut Cina Selatan  yang terbentang luas. Deburan ombak sesekali menghempas ke dada pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menjamah wajah pasangan suami isteri itu.

" Banyak yang ingin aku ceritakan, Nessa. Tentang   harapanku terhadap hubungan kita dan tentang kisahku dan Suzie.. " kata Isaac Brien setelah agak lama hanya membiarkan geseran air laut dan pantai yang berbicara. Mendengar nama Suzie, pantas air muka Vienna berubah. Dia  ingin bangun dari duduknya tetapi Brien segera menarik tangannya.

"Aku mahukan cinta antara kita kekal, Nessa. Sampai kita tua, sampai kita menutup mata untuk kali terakhir. Aku tahu, untuk mengekalkan rasa cinta tidak akan mudah. Tetapi kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran akan menjadikan cinta itu nyata," ujarnya membuat Vienna terdiam. Maksud kata-kata suaminya terlalu dalam.

" Tentang kisahku dan Suzie.. emm.. aku mengenali Suzie ketika kami sama-sama bekerja di sebuah restoran ketika aku selesai SPM. Suzie memang agak liar, jadi aku fikir dengan mengikatnya sikapnya akan berubah jadi lebih baik. Kami bertunang walaupun mama tidak menyukai Suzie."

"Kamu pernah benar-benar mencintainya, Brien?" tanya Vienna. Agak lama Isaac Brien berfikir. Matanya tidak lepas dari menatap wajah isterinya.

"Mungkin apa yang aku rasakan pada Suzie cuma suka. Apa yang aku rasakan pada Suzie tidak sama seperti apa yang aku rasakan padamu, Nessa,"

" Maksudnya?"

" Setiap kali berada di sampingmu, aku merasa ingin menyentuhmu. Bila kamu jauh dariku, aku merasa sangat rindu. Rasa ingin segera pulang ke pangkuanmu. Aku tidak pernah merasakannya tika bersama Suzie, " jelasnya.

" Benar? " tanya Vienna. Isaac Brien menarik isterinya lebih rapat padanya. Kepala isterinya disandarkan pada dadanya.

" Dengar degup jantungku, Nessa, " katanya. Keduanya senyap seketika. Hanya bunyi dag! dig! dug! dari dada suaminya yang begitu jelas didengar Vienna. Kemudian dia mendongak dan bertemu dengan muka suaminya yang begitu hampir dengan mukanya.

"Percaya?" tanya suaminya. Vienna mengangguk tanpa ragu lagi.

"Tahu apa yang ingin aku lakukan saat ini?" Vienna tahu, tetapi sengaja dia mengangkat bahu. Keinginan suaminya jelas terpancar pada mata suaminya itu.

"Mungkin kamu tidak tahu apa yang aku inginkan. Tetapi kamu perlu tahu kamu berhutang denganku, Nessa. Dan ingat, hutang perlu dibayar, sayang."

"Kita pulang?" tanya Vienna ketika mereka meninggalkan pantai. Isaac Brien tersengih. Dia mengambil kunci bilik hotel dari saku seluarnya dan menunjukkannya pada isterinya. Vienna membulatkan mata. Dia pasti suaminya sudah merancang semuanya.

Read next part.
Press ⭐ and leave your comment.
Happy reading.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now