" Pandang aku dengan matamu dan hatimu. Katakan, hanya aku bidadarimu" - Vienna Vannesa
Tiga minggu menahan rindu, akhirnya Isaac Brien kembali kepada isterinya. Semalam, Isaac Brien sengaja meminta ibunya mengajak Vienna bermalam di rumahnya. Kepulangannya yang tidak dimaklumkan kepada Vienna pasti akan menjadi satu kejutan indah buat isterinya itu.
Seperti yang telah dirancang, Isaac Brien sampai di rumah ketika hari sudah malam dan isterinya sudah tidur begitu nyenyak. Perlahan dia naik ke atas tilam dan berbaring di samping isterinya. Tubuh kecil isterinya dipeluk dan dicium bertubi-tubi.
"Siapa?" suara isterinya kedengaran serak ketika dia menghisap lembut leher isterinya. Tangan isterinya cuba menolak tubuhnya tetapi dia menahannya.
"Jangan! Tolong, jangan!" Vienna tetap berusaha meronta. Isaac Brien masih terus menggoda tubuh isterinya tanpa bersuara.
" Mama, tolong Vi, ma!" Vienna menjerit dan mula terisak ketakutan.
"Mama tidak akan menolongmu, sayang," akhirnya Isaac Brien bersuara sambil tergelak kecil kerana berhasil mengerjai isterinya.
"Brien?" Vienna mendudukkan tubuhnya. Mata basahnya menatap suaminya. Bukan dengan tatapan marah tetapi tatapan itu penuh dengan kerinduan dan cinta meskipun sebentar tadi suaminya sempat membuatnya takut dan menangis.
"Sudah tidak sudi ku sentuh, hmm?" Isaac Brien menyeka air mata di pipi isterinya. Vienna memegang tangan suaminya, mengalihkan kedua tangan itu ke sampingnya dan menyembamkan wajah ke dada suaminya.
"Brien..mama tidak memberitahuku kamu akan pulang," bisiknya manja.
"Jadi siang tadi kamu tidak nampak kesulai berterbangan?" dia terus mengusik isterinya. Dahi Vienna berkerut memikirkan kata-kata suaminya. Dia tidak dapat meneka apa hubungan kesulai dengan kepulangan suaminya. Melihat kebingungan yang tercetak pada wajah isterinya, Isaac Brien berbisik nakal.
" Sudah, jangan difikirkan tentang kesulai. Right now, I need to touch you, darling. Aku mahu kamu melunaskan semua hutangmu pada suamimu ini," Isaac Brien membaringkan isterinya dan menindih tubuh isterinya. Vienna menyerah dengan pasrah.
"Setiap saatku di menua tasik aku membayangkan menyentuhmu begini, sayang. Kamu tidak tahu betapa tubuhku terbakar, menderita dengan hanya mengingat bagaimana rasanya menyentuhmu." Vienna tidak dapat mendengar jelas kata-kata suaminya kerana suaminya sudah membuatnya terbakar dan mengelinjang dengan nafas yang menderu keras.
💕💕💕💕💕💕
Di kamar tidur mereka, Isaac Brien menunggu isterinya keluar dari bilik mandi. Gaun untuk dipakai isterinya sudah dibentangkan di atas tilam. Gaun labuh berwarna ungu yang dibelinya sehari yang lalu pasti sangat cantik di tubuh isterinya.
Hari ini, mereka akan menghadiri majlis resepsi pernikahan Delton Dies dan Suzie. Akhirnya Delton tetap berkahwin dengan Suzie walaupun sebelumnya beberapa kali meminta untuk membatalkan pernikahan tersebut. Vienna sebenarnya begitu keberatan untuk hadir ke majlis tersebut tetapi Isaac Brien tetap memujuknya untuk pergi.
Setelah hampir sepuluh minit berada di dalam bilik mandi, akhirnya Vienna keluar . Dia terjerit kecil kerana tubuhnya hampir terlanggar suaminya yang menunggunya di muka pintu.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...