" Apapun akan ku lakukan untuk mempertahankanmu, agar kamu tahu betapa besar cinta di hatiku untukmu" - Isaac Brien
Delton tidak dapat melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul empat pagi. Seluruh badannya terasa sakit akibat dibelasah oleh Isaac Brien. Bukan sahaja badannya yang sakit, tetapi juga hatinya. Malam ini, pasti Vienna sudah menjadi milik Isaac Brien sepenuhnya, bisik hati kecilnya.
Mengingat itu, dada Delton terasa sesak. Semalam seharusnya dia yang berada di samping Vienna, melafazkan wedding vows dan bersanding di pelaminan. Seharusnya semalam dia yang menikmati malam pengantin bersama Vienna.
"Vi, aku mencintaimu, Vi. Aku akan menerimamu apa adanya, sekalipun statusmu janda, sekalipun kamu tidak perawan lagi," Delton mengusap foto Vienna yang ada di kamar tidurnya. Dalam hatinya dia bertekad, dia akan mendapatkan Vienna semula. Kisah cintanya dan Vienna bukan hanya kisah yang terjalin sehari dua. Sudah hampir sepuluh tahun mereka menjalin hubungan cinta. Sepuluh tahun dia menjaga Vienna, menahan untuk tidak menyentuh gadis itu hingga ke malam pertama mereka.
Sayangnya, kehadiran Suzie telah mengubah segalanya. Dia tidak pernah mencintai Suzie. Tetapi kerana godaan gadis itu, akhirnya pertahanan Delton roboh. Janji untuk saling menjaga kesucian diri akhirnya gagal dia pertahankan. Lebih sial lagi, keterlanjuran yang hanya sekali itu membuat Suzy mengandung. Dia tidak punya pilihan lain ketika Suzy memintanya bertanggungjawab. Hanya setelah pernikahan Vienna dan Isaac Brien mendesaknya untuk mempertimbangkan keputusan untuk menikahi Suzy. Delton mula sedar, dengan hanya sekali dia menyentuh Suzy, mustahil gadis itu mengandung. Lagipun, saat dia menyentuh gadis itu, gadis itu ternyata bukan gadis lagi.
Di kamar pengantin yang terletak agak terpisah dari bilik tidur yang lain, Vienna telah terjaga dari tidurnya. Matanya kini mengamati wajah damai suaminya. Wajah putih dengan kumis nipis itu ditenungnya lama. Perlahan, Vienna mengangkat tangan dan memberanikan diri menyentuh wajah suaminya. Dia menyentuh bermula dari alis, hidung dan tangannya terhenti pada bibir suaminya.
Dia teringat bagaimana rasanya tika bibir itu menyentuh bibirnya. Dia ingin sekali suaminya menciumnya lagi. Tetapi mungkinkah? Bahkan di malam pengantin mereka ini suaminya tidak meminta untuk menciumnya apatah lagi memintanya untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri. Apakah suaminya tidak mahu menyentuhnya kerana percaya tuduhan Delton bahawa dirinya bekas lelaki itu?
Air matanya menitis tanpa suara isakannya. Perlahan Vienna menarik kembali tangannya. Dia menyibak selimut yang menutupi badannya dan menjulurkan kakinya untuk bangun meninggalkan ranjang mereka. Tetapi belum sempat kakinya menyentuh lantai, sepasang tangan kekar memaut pinggangnya hingga dia kembali terbaring.
"Mahu ke mana, Nessa?" dia bertanya dengan suara parau.
Tangannya menarik Vienna merapat ke tubuhnya. Vienna tidak menjawab, tetapi kini isakannya sudah kedengaran. Isaac Brien melebarkan mata menatap isterinya.
"Kamu menangis? Kenapa?" Dia bertanya bingung. Dia takut isterinya sakit akibat perbuatan Delton semalam.
"Kenapa, Nessa? Kamu sakit?" dia bertanya. Dia kini sudah duduk di samping isterinya yang sudah terisak.
"Kamu tidak benar-benar mencintai aku walau kamu kata I love you," tuduh Vienna yang mula ber 'aku' dan 'kamu' dengan suaminya sesuai permintaan suaminya. Suaminya melarang Vienna menggunakan 'saya' 'awak' ketika mereka berbicara.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...