"Aku tidak sempurna. Tetapi hadirmu telah membuat hidupku lengkap. Kamu menjadikan aku sempurna " - Isaac Brien
Isaac Brien menunggu khabar yang sebentar lagi akan mengubah statusnya. Baby.. mengingat itu, Isaac Brien senyum sendiri. Terlalu bahagia hatinya memikirkan nanti dia akan bermain dengan anaknya.
"Aku sangat happy sayang. Aku harap baby kita sudah ada di dalam rahimmu," dia menautkan jemari mereka. Vienna cuba tersipu malu. Dia tidak pernah membayangkan dirinya akan menjadi ibu secepat ini. Tetapi jika benar, maknanya Tuhan memberi mereka rezeki yang tidak terduga. Itu pasti lebih baik. Cara yang paling kukuh untuk mengikat suaminya. Bukankah Isaac Brien sudah pernah berjanji akan menukar kerjayanya bila mereka sudah punya anak?
Setelah setengah jam menunggu di luar, akhirnya mereka dipanggil masuk kembali ke bilik doktor. Isaac Brien dan Vienna masih tidak melepaskan tautan jemari mereka.
"Tahniah, puan. Puan positif mengandung." Senyuman Isaac Brien melebar. Tidak dapat ditahan lagi, dia memeluk isterinya dengan erat.
"Terima kasih, sayang," ucapnya. Suaranya bergetar kerana terlebih gembira. Vienna nembalas pelukan suaminya. Air mata menitis tidak tertahan.
"Thank you, husband. This is the beautiful gift for us," bisiknya.
Doktor Mila memerhatikan pasangan itu. Mereka kelihatan begitu bahagia. Dia teringat sepupu jauhnya, Delton yang baru semalam ditemuinya. Berbeza dengan Vienna, sepupunya itu sedang dalam keadaan patah hati.
"Kandungannya baru mencecah empat minggu. Biasanya pada peringkat awal ni, janin masih belum kuat. Jadi, puan dinasihatkan agar banyak berehat. Elakkan melakukan pekerjaan yang berat. Hubungan suami isteri juga seharusnya dikurangkan dahulu," nasihat doktor Mila.
Pulang dari klinik, Isaac Brien membawa isterinya menuju ke sebuah kawasan perumahan yang baru siap dibina.
" Buat apa kita ke sini? " tanya Vienna. Matanya melihat ke luar tingkap. Beberapa buah rumah sudah berdiri dengan megah. Vienna menelan liur, jauh di sudut hati dia teringin memiliki salah satunya.
Isaac Brien membiarkan isterinya dibuai perasaannya sendiri. Dia terus mengenderai keretanya hingga akhirnya berhenti di hadapan sebuah rumah ala banglo. Vienna terlalu asyik memandang rumah tersebut hingga tidak menyedari suaminya mencium pipi kanannya.
"Mari turun, sayang," katanya sambil melepaskan seatbelt yang dipakai isterinya.
"Ini rumah siapa?" Vienna memandang suaminya dengan bingung.
"Cup!" Sekali lagi dia mengucup pipi isterinya.
"Aku tidak akan membawa isteriku ke tempat yang bukan rumahnya," dia menjawab masih berteka-teki. Melihat dahi isterinya masih berkerut, dia tertawa kecil.
"Ini rumah kita, sayang. Anak-anak kita akan membesar di sini," jelasnya kemudian. Dia menarik tangan kanan isterinya dan meletakkan seberkas kunci di atas tapak tangan itu.
"Ini kunci rumah kita. Mulai saat ini, kamu nyonya di rumah ini." Mata Vienna berkaca-kaca. Bukan kerana sedih, tetapi dia merasa sangat bahagia.
"Ini hadiah buat isteriku kerana sudah cemerlang," dia berbisik di telinga isterinya.
"Cemerlang?"
"Ya, cemerlang. Baru sebulan menjadi isteri, sudah berhasil menjadikan aku bakal ayah," lagi-lagi dia terkekeh melihat pipi isterinya yang sudah bagaikan udang kena celur kerana malu diusik.
Isaac Brien mengajak isterinya masuk ke dalam rumah. Mereka melihat-lihat bahagian rumah. Bermula dari ruang tamu, ruang bilik hinggalah ke ruang dapur. Rumah ini begitu luas, tetapi masih kosong tanpa perabot.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
РомантикаAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...