KICNY 12

1.7K 74 10
                                    

" Maaf, tidak dapat kuberikan hatiku untukmu, kerana hatiku milik dia" - Delton Dies

Benar kata orang, antara jasad dan hati... lebih baik tidak memiliki keduanya, daripada hanya memiliki jasad tetapi tidak hatinya. Inilah yang dirasakan Suzie. Dalam jeritan kemenangan kerana berjaya merampas Delton daripada Vienna, tanpa disedarinya dia telah menggali kolam air mata untuk dirinya sendiri.

Delton tidak mencintainya sebagaimana yang diharapkannya. Lelaki itu masih mencintai bekas tunangnya meskipun bekas tunangnya itu sudah menjadi milik lelaki lain.

Suzie memerhati dirinya di hadapan cermin. Dirinya cantik. Tubuhnya masih terlihat seksi. Tetapi mengapa Delton tidak lagi tertarik padanya. Lelaki itu hanya sekali menyentuhnya, itupun ketika dia berhasil membuat lelaki itu mabuk dan menyeretnya ke dalam bilik sewanya.

Setelah itu, timbul ideanya yang lebih gila. Dia mengaku dirinya hamil dan meminta Delton bertanggungjawab. Demi anak, Delton sanggup membatalkan pernikahannya dengan Vienna. Tetapi sayang, ternyata kehamilan yang dikhabarkan hanyalah satu kebohongan. Sejak tahu Suzie sebenarnya tidak mengandung, sikap Delton terus berubah.

"Jangan rosakkan dirimu, Delton" Suzie merayu suaminya sambil terisak. Lengan suaminya dielusnya lembut. Suaminya sudah berpakaian rapi. Pasti suaminya ingin ke kelab malam lagi.

"Jika aku rosak, apa tubuhmu yang sakit?" tanya Delton sinis. Tangan isterinya ditepis kasar.

"Apa yang boleh aku lakukan agar kamu dapat menerima aku?" tanya Suzie memandang sedih ke wajah suaminya.

"Bantu aku mendapatkan Vienna. Lakukan apa saja agar Vienna kembali padaku," katanya. Mendengarnya, Suzie menggelengkan kepalanya berulang kali.

"Tidak. Dia hanya masa lalumu, Delton. Lupakan dia. Lepaskan dia." Delton mengangkat dagu isterinya sambil mencengkamnya kuat.

"Jadi.. Siapa masa depanku? Kamu?" Delton tertawa keras. Suzie merasa kecut bila mata suaminya menjelajah tubuhnya.

"Tubuh ini.. berapa orang lelaki sudah menjamahnya? Aku lelaki yang ke berapa?" Delton mengangkat hujung gaun yang dipakai Suzie hingga tersingkap ke atas.

"Aku tidak mahu lagi menjamahnya. Sudah disentuh banyak orang, nikmatnya sudah hilang," katanya sambil menurunkan gaun Suzie dengan kasar. Air mata Suzie tidak dapat ditahan lagi.

"Aku isterimu, Delton. Jangan hina aku," suara Suzie terketar-ketar menahan segala perasaan yang berbaur di dalam hatinya.

"Apa yang kamu harapkan Suzie? Hatiku? Cintaku? Maaf. Semuanya sudah keberikan pada Vienna. Tiada lagi sisanya yang tertinggal untuk kuberikan pada wanita lain, termasuk kamu, Suzie," katanya sambil mencapai kunci keretanya.

"Please, Delton!" Suzie memeluk tubuh suaminya.

"Jangan halang aku, Suzie!" Ditolaknya tubuh isterinya hingga wanita itu jatuh terduduk di lantai.

"Hiduplah sebagai wanita yang bermaruah, Suzie." Dia melangkah meninggalkan isterinya yang menangis histeria.

Delton mengenderai keretanya menuju ke satu destinasi. Di sini dia berada, di tepi jalan yang tidak jauh rumah Vienna, di satu tempat di mana dia dapat melihat ke arah bilik tidur Vienna. Biarpun tidak dapat menjangkau Vienna tetapi dengan mengetahui dia ada, sudah cukup bagi Delton.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now