"Tidakkah kau tahu bahawa aku mencintaimu begitu dalam. How I love you! How I love you!" - Isaac Brien
Dua minggu sudah berlalu sejak kemalangan itu. Sudah dua minggu juga Isaac Brien menjadikan ruang menunggu di luar bilik ICU sebagai rumah keduanya. Hanya sekali sekali dia pulang ke rumah mertuanya untuk menjenguk anak-anaknya.
" Anak-anak daddy tinggal dengan nenek, ya. Daddy terpaksa pergi lagi untuk menemani mummy di hospital. Kasihan mummy sendirian di sana," dia mencium pipi kedua anaknya bersilih ganti. Air mata yang cuba ditahan mengalir tanpa disedari.
Dia kasihan sekali melihat anak-anaknya. Sudah dua minggu lahir ke dunia, tetapi belum sempat merasa dakapan seorang ibu. Anak-anaknya belum berkesempatan menyusu susu ibu mereka.
"Bagaimana keadaan Vienna?" tanya ayah mertuanya yang sudah beberapa hari tidak menjenguk Vienna kerana sibuk membantu Dara mengurus cucu kembar mereka.
"Masih begitu, yah," Isaac Brien menjawab lemah. Bayangan isterinya yang terbaring lemah terasa mengoyak tangkai hatinya.
Sudah dua minggu tubuh isterinya hanya bagaikan mayat, sejuk dan kaku. Hanya nafasnya yang masih turun naik, itupun kerana dibantu oleh alat sokongan hayat.
Isaac Brien sampai di sisi katil Vienna. Seperti hari-hari sebelumnya, dia datang, menarik kerusi dan duduk memandang isterinya. Kemudian pipi yang pucat dan sejuk itu dikucupnya lembut.
"Apa khabar, sayang? Hari ini 15 Jun. Hari ini genap hari ke tiga belas kamu tidak bangun," setiap hari begitulah Isaac Brien memulakan bicara dengab isterinya. Dia bertanya khabar tidak lupa menyebut tarikh dan mengingatkan isterinya sudah berapa hari wanita itu tidak sedarkan diri.
" Tiga belas hari kamu tidak bangun, tiga belas hari aku kesepian. Tiga belas hari juga aku terasa tiada lagi udara untukku bernafas," Isaac Brien berhenti seketika. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya, seakan menahan beban berat di dadanya.
"Sayang, setiap hari, selama kamu tidak bangun, aku meminta mama memasak Udang Masak Kari Nanas Kapitan. Kerana setiap hari aku berharap kamu akan bangun dan meminta untuk memakannya." Hatinya rasa disayat mengingat hasrat isterinya yang mengidam ingin makan Udang Masak Kari Nanas Kapitan tidak kesampaian.
"Aku rindu, Nessa. Aku benar-benar merinduimu." Dia menunduk. Tangan isterinya ditarik dan didekatkan ke dadanya.
"Rasakan, Nessa. Jantungku masih lagi berdegup. Aku sudah berjanji, selagi jantungku masih berdegup, aku tidak akan melepaskanmu. Jadi, jangan pergi, Nessa. Berjanji kamu akan kembali kepadaku, kerana aku menunggumu," beberapa titis air matanya jatuh menimpa lengan isterinya.
" Anak-anak kita lelaki, Nessa. Tampan seperti aku. Bertambah dua lagi bujang sigat Sekuyat, " dia tidak tahu entah berapa kali sudah dia mengucapkan kata-kata yang sama di hadapan isterinya.
"Aku menunggumu bangun, Nessa. Untuk memberikan nama pada anak-anak kita. Tapi kamu tidak bangun. Aku memutuskan memberikan mereka nama... Dennis Vyner dan Daniel Rush. Aku tidak tahu kamu suka atau tidak. Itu salahmu, Nessa. Kamu yang enggan bangun dari tidur panjangmu."
Masa melawat cuma tinggal sepuluh minit. Begitu cepat masa berlalu sedangkan dia belum puas berada di sisi isterinya. Masih begitu banyak yang ingin diceritakannya pada isterinya itu. Tentang rumah baru mereka yang cuma menunggu untuk dihuni, tentang anak-anak mereka yang kian hari kian comel dan bertambah ragamnya.
Seperti kelmarin-kelmarin, Isaac Brien mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku seluarnya. Dimainkannya lagu, lagu yang sama, lagu yang kelmarin-kelmarin dimainkan untuk isterinya. Meski dengan nada yang begitu perlahan, tetapi dia tahu isterinya dapat mendengarnya.
"How I love you, Nessa. I love you. Wake up, honey, " dia mengucup bibir isterinya sebelum melangkah berat neninggalkan isterinya.Di luar bilik ICU, Isaac Brien terduduk lesu. Kedua tangannya menangkup kepalanya yang berdenyut. Isaac Brien menangis memikirkan keadaan isterinya. Penjelasan doktor dua hari lalu lebih lagi membuatnya sesak.
"Besar kemungkinan dia tidak akan sedar. Keadaannya tidak bertambah baik. Mungkin bila-bila masa saja dia akan pergi." Terduduk Isaac Brien mendengar penjelasan doktor tika itu. Dan pernyataan itu hanya dia yang tahu, tidak dikhabarkannya kepada ibu atau keluarga mertuanya.
Dalam menungan panjangnya, tiba-tiba Isaac Brien teringat mimpinya. Dua malam berturut dia bermimpi perkara yang sama. Dia bermimpi Vienna bersama Delton, di dalam sebuah bilik berwarna putih. Bilik berdinding putih itu dipenuhi ribuan kuntuman mawar putih. Jelas dilihatnya isterinya berpimpin tangan dengan Delton.
" Di sini tempat kita, Vi. Kamu dan aku, berdua," kata Delton. Vienna tersenyum dan seketika dia langsung berpaling dan memandang Isaac Brien yang memanggilnya.
"Brien.." dia melirik Isaac Brien dengan wajah sedih.
"Mari pulang, sayang," Isaac Brien menghulurkan tangannya. Tetapi Delton pantas menarik tangan Vienna sebelum Isaac Brien sempat menggapainya.
"Tempatmu di sini, Vi. Bersamaku," bantah Delton. Vienna memandang Isaac Brien tetapi sekali lagi Delton menariknya hingga Vienna berada di dalam pelukannya.
"Maafkan aku, Brien," bibir Vienna bergetar mengucapkannya.
Isaac Brien mengusap kasar rambutnya. Agak lama dia duduk di situ, berusaha nemikirkan maksud mimpinya. Akhirnya dia memutuskan untuk menjenguk Delton Dies yang juga dimasukkan ke ICU.
Langkahnya terhenti ketika sudah hampir dengan katil lelaki itu. Fikirannya berbelah bahagi, antara ingin mendekat atau tidak. Franky Jon yang terkejut dengan kehadiran Isaac Brien bangun dan menghampirinya.
"Bercakaplah dengannya, bro. Mana tahu boleh membantu," tutur Franky Jon penuh makna.
Isaac Brien duduk di hadapan Delton. Tangannya membetulkan selimut yang menutupi tubuh lelaki itu. Tubuh sasa yang sudah tidak berdaya, keluhnya dengan rasa kasihan.
"Maaf, Delton. Kita bukan sesiapa, mungkin aku tidak layak berada di sini," Isaac Brien memulakan bicara.
"Aku memang benci kau, Delton kerana cuba merampas isteriku. Tetapi aku juga berterima kasih kerana kau sudah berkorban cuba menyelamatkannya, meski...." Isaac Brien terisak kecil.
"Meski...." Dia mengesat air matanya.
"Aku tahu kau masih mencintainya, tetapi aku merayu, Delton. Biarkan Vannesa bersamaku. Aku memerlukannya. Anak-anak kami memerlukannya," katanya. Suasana begitu hening. Hanya yang kedengaran adalah bunyi mesin bantuan hayat yang dipasang pada tubuh Delton.
Keadaan Delton tidak jauh bezanya dengan keadaan Vienna. Hanya seperti mayat hidup dengan tubuh terkujur kaku tanpa mampu bergerak sedikitpun. Nafas kelihatan turun naik dengan perlahan dan tidak menentu.
"Jika kau melepaskan Vannesa, aku akan sangat berterima kasih, Delton," suaranya kedengaran serak. Tangannya bergetar. Bahunya tehinjut-hinjut menahan sebak di dadanya. Dia sanggup merendahkan maruah dan harga dirinya di hadapan Delton, merayu agar lelaki itu melepaskan jiwa isterinya.
Part ini sukar.
Apapun, terima kasih kerana sudi membacanya.
Tekan ⭐ dan tinggalkan komen.
Happy reading.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...