KICYN 11

1.6K 81 3
                                    

"Aku tidak sempurna untukmu. Bila ku merayumu untuk melepasku, maka kurunglah aku hingga aku tidak berdaya untuk melangkah pergi meninggalkanmu."
- Vienna Vannesa

Vienna bergegas  ke rumah ibu mertuanya sebaik membaca pesanan daripada suaminya dan kerana kegagalannya menghubungi telefon bimbit suaminya.

" Mama! " bercucuran air matanya tika dia melontarkan dirinya ke dalam pelukan ibu mertuanya. Jessica menepuk-nepuk belakang menantu kesayangannya itu. Dengan tangisan tersebut dia semakin yakin telah terjadi sesuatu di antara anak dan menantunya itu.

"Jelaskan pada mama, sayang. Apa yang sebenarnya terjadi antara Vi dan Igat," tutur Jessica lembut.

"Mana Brien, ma?" tanya Vienna. Isakannya makin menjadi-jadi kerana hatinya semakin yakin suaminya kini sudah berada jauh beribu batu darinya.

"Igat sudah kembali ke tengah laut, sayang. Igat tak bagi tahu Vi?"  ibu mertuanya bertanya lembut. Vienna menggelengkan kepalanya.

"Vi mahu bercerita pada mama?" Vienna mengangguk. Wajahnya kelihatan lesu. Jessica memimpin tangan menantunya menuju sofa di ruang tamu. Vienna duduk bersandar di bahu mertuanya. Tangannya mengesat air mata yang masih mengalir deras menuruni pipinya.

" Sebelum ke majlis resepsi Suzie dan suaminya, mama nampak Vi dan Igat mesra saja. Tetapi pagi tadi Igat tergesa-gesa ingin kembali ke tempat kerjanya," katanya sengaja memancing menantunya itu agar mahu menceritakan perkara yang membuat rajuk anaknya begitu besar.

" Maafkan Vi, ma. Malam tadi Vi minta Brien melepaskan Vi. " Jessica membeliakkan matanya. Patutlah anaknya kelihatan hancur berkecai-kecai. Rupanya hati anak lelakinya itu telah dilukai untuk kedua kalinya. Luka hati yang lalu belum sembuh sepenuhnya, kini luka itu telah ditoreh kembali. Pastilah lukanya menjadi lebih dalam dan rasanya pasti lebih perih.

"Apa alasan Vi? Jelaskan pada mama," desak Jessica. Wajah menantunya yang mula pucat ditatapnya lekat.

"Malam tadi, Vi tahu hati Brien masih pada Suzie. Dia belum mengikhlaskan Suzie, ma."

"Vi pasti?" Jessica sengaja menarik muka walaupun dalam hati dia ingin tergelak mendengar penjelasan Vienna. Pagi tadi anaknya menuduh Vienna masih ada hati pada Delton. Sekarang, Vienna pula mengatakan Igatnya masih ada hati pada Suzie.

"Malam tadi, Brien tidak peduli pada Vi, ma. Caranya memandang Suzie... Vi yakin Brien.. dia masih sayangkan Suzie," jelasnya takut-takut. Walaubagaimanapun wanita di hadapannya ini ialah ibu kepada Brien. Apapun penjelasannya, sudah pasti wanita ini akan berpihak kepada Brien, fikirnya.

" Mahu tahu apa kata Igat sebelum dia pergi? " tanya Jessica.

" Igat memberitahu mama Vi masih menunggu bekas tunang Vi untuk membahagiakan Vi. Jadi Igat pergi agar Vi boleh bahagia dengan Delton," jelasnya cuba memandang ke mata menantunya. "Oh, my god! Cuba kamu lihat mata isterimu, Igat. Mama melihat berjuta kerlipan cinta dalam mata itu. Dan mama cukup yakin, semua kerlipan cinta itu untuk Igat," Jessica akhirnya tersenyum.

"Mama,?" Vieenna tidak tahu apa yang menggeletek hati ibu mertuanya itu.

"Anak dan menantu mama ini rupanya sedang dilanda cemburu. Cemburu tandanya kalian sudah saling cinta. Masing-masing kononnya ingin berkorban untuk membahagiakan pasangan. Vi minta dilepaskan agar Igat dapat kembali bersama Suzie. Igat pergi agar Vi dapat kembali bersama dengan mantan tunang Vi. Padahal hati kalian sudah saling cinta, sudah saling rindu.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now