"Ku tahu dia cuma sebuah diary usangmu. Tetapi mengapa ku cemburu melihatmu bersama dia" - Isaac Brien
Majlis resepsi berlangsung di rumah pengantin perempuan. Ramai tetamu yang hadir. Saudara mara dari pihak Delton juga banyak yang hadir memandangkan sebelumnya sudah diberikan kad undangan. Sudah pasti mereka terkejut kerana pengantin lelakinya bukan seperti yang tertera pada kad undangan.
Sementara itu, Isaac Brien sudah menunggu agak lama di pelamin. Tetapi sang isteri yang tadinya dia tinggalkan di bilik pengantin belum juga muncul menyusulnya. Isaac Brien yang mula risau bangun meninggalkan pelamin dan berjalan menuju ke bilik pengantin. Dia sendiri yang akan menjemput gadis yang siang tadi sudah melafazkan marriage vows bersamanya. Ketika ingin memutar tombol pintu, dia terdengar isakan kecil dari dalam bilik.
" Semuanya sudah berlalu antara kita, Delton. Tiada apa lagi yang tinggal," dia terdengar sayup suara isterinya.
"Aku mahu kita kembali bersama, Vi. Perpisahan kita menyedarkan aku, bahawa bukan Suzie yang aku cintai, tetapi kamu, Vi."
"Lepaskan aku, Delton."
"Tidak, Vi. Biarkan aku memelukmu. Aku yang lebih berhak berbanding suamimu itu. Aku yang mencintaimu, bukan dia."
"Aku mohon, minta cerai dari lelaki itu. Aku berjanji aku akan menikahimu, Vi."
"Kamu sudah ada Suzie."
" Aku tidak mencintai Suzie. Aku mencintaimu, Vienna. Aku tahu, kamu pun masih mencintai aku. Please, Vi. Jangan tipu perasaanmu. Jangan musnahkan peluang kita untuk kembali bersama."
"Pentingkah perasaanku bagimu, Del? Mengapa kamu tidak memikirkannya saat kamu memutuskan untuk menghamili Suzie?"
"Aku terlanjur, Vi. Aku sudah memutuskan akan menikahinya dan menceraikannya setelah anak kami lahir. Jadi.. tunggu aku."
"Sial kau, Delton. Setelah kau merampas bakal isteriku, kini kau mahu mengambil isteriku," Isaac Brien menahan amarahnya.
"Kamu tahu bagaimana aku tulus mencintaimu, Delton. Tapi kamu mendustainya, kamu telah membunuh rasa cinta itu."
"Bohong, Vi. Kamu bohong. Dari tatapanmu, air mata itu, semuanya menjelaskan kamu masih mencintai aku. Please, Vi. Be my wife."
"Lepaskan aku, Delton. Aku sudah jadi isteri orang." Isaac Brien dapat mendengar suara isterinya serak menahan tangis.
"Kau milikku, Vi. See, tempatmu adalah di dalam pelukanku."
Mendengar itu, Isaac Brien tidak mahu menunggu lagi. Pantas tangannya memutar tombol pintu. Di situ dia melihat isterinya sedang menangis sambil cuba meleraikan pelukan Delton yang erat pada tubuhnya.
" Lepaskan isteri saya. Anda tidak berhak masuk ke bilik ini. Bilik ini hanya untuk saya dan isteri saya." Tangan kekar Isaac Brien menarik Vienna hingga gadis itu kini sudah berada dalam dakapannya.
"Awak tahu, saudara.. saya sudah beratus kali masuk ke bilik ini. Malah di atas katil ini, saya sudah berpuluh kali bercinta dengan dia," tangannya menunjuk ke arah Vienna.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...