"Pernah ku bermimpi duduk di pelaminan. Tetapi tak pernah kuimpikan bersanding denganmu, yang bukan sesiapa bagiku. Andai bagi Tuhan kamu jodohku, maka aku rela" -Vienna Vannesa 💕
Vienna memerhati lelaki itu yang melangkah mendekatinya. Lelaki itu berpakaian ringkas sahaja. Hanya mengenakan jeans biru dan baju T berwarna kelabu. Vienna tidak begitu kenal lelaki itu, tetapi dia pernah bersua dengannya. Hanya sekali.
"Saya akan menikah dengan awak," ucapnya tanpa berbasa-basi lagi. Matanya mengamati gadis yang ada di hadapannya.
"Siapa anda? Sewenang-wenangnya anda ingin menikahi anak saya," tegur ayah Vienna yang sedari tadi terkejut dengan kedatangan tetamu tidak diundang itu.
"Maaf, pak cik. Saya Isaac Brien," lelaki itu bangun dari duduknya dan menyalami ayah Vienna. Semakin berkerut wajah orang tua itu. Seingatnya dia tidak pernah mendengar nama itu. Mengapa saat ini lelaki itu tiba-tiba muncul dan mengatakan akan menikahi anak gadisnya.
" Vannesa tahu siapa saya dan apa kaitan saya dengan hal yang menimpa keluarga pak cik." Kini Darius dan Dara serentak memandang wajah anak gadis sulung mereka. Keduanya kelihatan bingung. Mana tidaknya, baru sebentar tadi bakal menantunya datang dan memutuskan perkahwinan dengan anaknya. Sekarang pula, muncul lelaki ini yang menawarkan diri untuk menjadi suami anaknya.
"Siapa dia, Vi?" tanya ibunya dengan ekspresi ingin tahu.
"Dia tunang Suzy, ma. Suzy.. perempuan yang bakal dinikahi Delton."
"Pembetulan, Nessa. Saya bukan lagi tunang Suzy."
" Saya akan menikah dengan anak pak cik. Please! Ini bukan sahaja demi maruah keluarga pak cik tetapi juga demi maruah keluarga saya," katanya.
"Bagaimana dengan kamu, Vi?" Darius memandang wajah anak gadisnya. Apapun keputusan terletak di tangan anaknya itu. Apapun keputusan Vienna, Darius akan menyokongnya. Malah kalau perkahwinan anaknya itu dibatalkan, Darius juga boleh menerimanya asalkan anak gadisnya itu baik-baik saja.
"Saya sanggup menerimanya, ayah. Demi ayah, demi ibu. Demi keluarga kita," Vienna kelihatan lebih tenang dari sebelumnya. Menangis? Bila difikirkannya tidak ada faedahnya dia menangis kerana bekas tunangnya itu. Lelaki seperti Delton tidak layak ditangisi.
" Saya minta izin ayah untuk mengajak Vannesa keluar, " kata lelaki itu tanpa segan silu memanggil ayahnya dengan panggilan'ayah'.
"Kita perlu membeli cincin kahwin, Nessa. Juga mencari gaun pengantin."
"Saya harap kita masih punya masa yang cukup untuk mengurusnya," lelaki itu bangun terlebih dahulu hingga mendesak Vienna untuk ikut berdiri.
"Cincin dan baju pengantin sudah tersedia di dalam bilik kak Vi," celah Viannie tiba-tiba. Isaac Brien menoleh ke arah Viannie sebelum tatapan tajamnya beralih ke wajah gadis yang sebentar lagi akan menjadi isterinya.
"Saya tidak mahu menyarungkan cincin yang dibeli oleh lelaki tak guna itu. Dan saya juga tidak mahu melihat awak memakai gaun pengantin yang dipilihnya untuk awak. Buang apa-apa sahaja yang boleh mengingatkan awak pada dia," ucapnya.
💠💠💠💠💠
Vienna duduk di sebelah lelaki itu dengan perasaan yang sukar diertikan. Tidak pernah dia membayangkan akan menikah dengan lelaki selain Delton. Hubungannya dengan Delton sudah terjalin sekian lama. Tiba-tiba sahaja Delton memutuskan hubungan mereka, tepat sehari sebelum hari pernikahan mereka.
"Maafkan saya Vannesa. Saya tahu ini sukar buat awak. Tetapi saya mahu menunjukkan kepada mereka, bekas tunang saya dan bekas tunang awak tu bahawa kita mampu bahagia walaupun mereka sudah menyakiti kita," kata lelaki itu dengan mata terus tertumpu kepada jalan di hadapan mereka.
Vienna mendengar, sesekali berusaha menahan titis air mata yang tetap ingin jatuh.
" Saya tidak mahu melihat awak menangis lagi, Nessa. Esok kita akan rasmi menjadi suami isteri. Saya mahu awak melupakan semua kenangan bersama bekas tunang awak tu. Semuanya, Nessa."
"Awak juga akan melupakan kenangan awak bersama Suzy?"
"Hmm. My answer is yes. Sesuatu yang pahit bukan sesuatu yang harus dijadikan kenangan. Jadi sesuatu yang pahit itu harus di tenggelamkan jauh-jauh agar tidak terus menghantui kita untuk membina kenangan yang manis," saat dia mengucapkan kata-kata itu, tangan kirinya dilepaskan dari stering dan dihulurkan ke bawah mencari tangan Vienna. Tanpa permit, jemari gadis itu digenggamnya.
" Trust me, Nessa. Everything will be fine. "
" Saya mahu tahu.. adakah perkahwinan kita hanya di atas kertas sahaja?" Dia melihat Isaac Brien senyum kecil seraya menggelengkan kepalanya.
"Saya bukan jenis lelaki yang mahukan sesuatu yang olok-olok, Nessa. Perkahwinan kita nyata, sah di sisi sivil dan agama. Jadi kita akan menjalaninya selayaknya suami isteri. Kita akan membina keluarga, termasuk punya anak-anak." Vienna menelan liur untuk menghilangkan rasa berdebar di dadanya. Punya anak dengan lelaki bernama Isaac Brien? Bagaimana? Mampukah dia menyerahkan tubuhnya kepada lelaki yang yang baru dikenalinya itu?
Kerana terlalu banyak persoalan di kepalanya, Vienna tidak sedar mereka kini sudah berada di sebuah butik pengantin yang besar. Di situ, kelihatan seorang wanita yang Vienna kenal sedang berdiri menyambut kedatangan mereka. Wanita itu senyum memandang Vienna sebelum menarik Vienna ke dalam pelukannya.
Read next part.
Press ⭐ and comment.
Happy reading.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...