Extra Part

2.5K 90 30
                                    

Dua tahun kemudian

Dennis memegang tangan kiri Isaac Brien manakala Daniel memegang tangan kanan Vienna. Tangan kanan Isaac Brien memeluk pinggang isterinya yang sedang mengandung lima bulan. Mereka berjalan menuju ke tempat persemadian Delton Dies.

"Kenapa kita ke sini, daddy?" tanya Dennis dengan dahi berkerut. Pipinya kelihatan kemerahan di panah terik matahari.

"Kita mahu mengunjungi uncle," jawab  Isaac Brien membetulkan topi yang dipakai anaknya.

"Kenapa uncle tinggal di sini, daddy?" tanya Daniel pula.

"Uncle sudah tinggal di syurga. Di sini cuma rumah yang ditinggalkannya," jelas Isaac Brien.

"Kenapa uncle tinggalkan rumahnya daddy?" tanya Daniel.

"Ya, daddy. Kenapa uncle tinggal di syurga?" tanya Dennis. Kedua anak mereka ternganga tidak faham apa yang dijelaskan oleh ayah mereka. Vienna juga tersenyum memandang suaminya. Dia terfikir bagaimana suaminya akan menjawab pertanyaan Daniel dan Dennis. Tetapi Isaac Brien hanya tersengih.

" Cuaca panas, sayang. Daddy tidak dapat memikirkan jawapannya," jawabnya sambil mengerling isterinya yang tersenyum sinis.

Begitulah rutin mereka setiap tiba Christmas. Setelah pulang dari Church, mereka akan mengunjungi pusara Delton Dies dengan meletakkan jambangan bunga dan menyalakan lilin di atas kuburnya.

Sedangkan untuk Suzie, biasanya hanya Vienna yang sudi menyalakan lilin di atas pusaranya. Isaac Brien sama sekali enggan walaupun Vienna memujuknya. Alasannya, hatinya belum dapat memaafkan Suzie.

Sekembalinya dari situ, mereka akan menjemput ibu dan ayah Delton untuk makan tengah hari bersama di rumah Darius dan Dara.

"Nenek..." si kembar berlari masuk ke dalam rumah Darius sebaik kereta yang dipandu Isaac Brien berhenti di halaman rumah.

"Cucu-cucu nenek," Darius membuka tangan untuk menyambut cucu kembarnya. Tetapi kedua cucunya malah berlari ke arah christmas tree yang terletak di sudut ruang tamu. Keduanya mencari stoking santa yang sengaja Viannie sembunyikan dicelah dahan christmas tree.

" Ye...! " Dennis dan Daniel bersorak riang sebaik stoking santa ditemukan.

"Mereka sangat comel dan lucu," kata ibu Delton. Hatinya terkilan kerana yang dianggap cucunya itu bukan darah daging Vienna dan Delton, sebagaimana yang pernah diharapkannya dulu.

"Mereka cucu-cucu kita," kata Jessica.

"Empat bulan lagi, akan jadi empat," Isaac Brien mengelus perut isterinya.

"Kembar lagi?" tanya Franky Jon yang baru muncul di muka pintu. Semua mata tertumpu padanya. Tiada siapa yang menduga kehadiran Franky Jon di rumah itu di pagi Natal, lebih-lebih lagi kehadirannya bersama Viannie.

"Ayah, ibu.." lelaki itu menyalami Darius dan Dara. Dari bahasanya, mereka tahu lelaki itu sudah punya hubungan spesial dengan Viannie.

"Kak Vi..," panggilnya dengan malu-malu ketika melabuhkan punggung di sofa kosong di sebelah Vienna. Di tangannya terselit kertas biru berlipat yang sudah agak renyuk.

"Boleh aku menyerahkannya, bro?" tanyanya ragu-ragu. Isaac Brien mengangguk.

"Surat daripada Delton, Kak Vi. Dah lama saya ingin menyerahkannya, tetapi takut situasinya tidak sesuai," katanya.

"Buka saja, sayang," kata Isaac Brien apabila melihat Vienna ragu-ragu untuk membukanya. Vienna dan Isaac Brien membaca baris demi baris ayat yang ditulis Delton. Hingga pada baris yang terakhir, air mata Vienna jatuh. Isaac Brien berbisik perlahan.

"Jangan menangis lagi. Dia sudah tenang di sana," pujuknya.

Semua yang ada di ruang tamu itu tertanya-tanya tentang isi surat yang dibaca oleh Vienna dan Isaac Brien. Tetapi isinya hanya menjadi rahsia di antara Delton, Vienna dan Isaac Brien.

💠💠💠💠💠

" Aku rasa letih, Brien, " keluh Vienna yang baru selesai menidurkan si kembar. Vienna membaringkan tubuh di atas tilam di rumah mereka yang baru dua tahun didiami.

"Aku juga," Isac Brien turut berbaring di sebelah isterinya. Tetapi hanya beberapa minit kemudian, dia bangun dan menuju ke ruang kerjanya.

"Brien.."

"Sekejap, sayang. Aku perlu mengira keuntungan kedai untuk minggu ini," katanya.

"Bagaimana?" tanya Vienna setelah suaminya selesai.

"Boleh tahan. Anak bertambah, rezeki kita pun bertambah," dia mengucup perut isterinya.

"Tambah satu menu, Brien. Udang masak kari nanas kapitan," cadang Vienna.

"Boleh. Dan tambah satu masakan ala Bidayuh dan satu masakan ala Iban," tokok Isaac Brien.

" Untuk masakan ala Bidayuh, aku cadangkan kauk ikan," hanya itu yang terlintas dalam kepala Vienna.

"Masakan ala Iban mungkin ikan salai masak terung dayak," kata Isaac Brien.

"Brien.."

"Hmmm..."

"Thank you."

"Untuk?"

"Kerana tidak lagi pergi ke tasik ribai. Kerana selalu ada di samping kami," Vienna melingkarkan tangan pada tubuh suaminya.

"Because I love you. Aku sayau ke nuan, sulu ati. Cinta, percaya dan setia menjadikan cinta kita sesuatu yang nyata, " katanya membalas pelukan isterinya.

-THE END-

Vote and comment, ok.
Thank you for reading from the first chapter till the end.

Saya berterima kasih atas sokongan readers semua.

Promote: Jemput baca cerita pendek JUST THREE WORDS by Aneez203

SL/19/11/03/00:32/SUNDAY

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now