KICYN 3

2K 103 12
                                    

" Aku percaya, takdir yang telah memisahkan aku dan dia...  takdir juga yang telah menyatukan kita berdua" - Vienna Vennesa

"Puan Jessica?" Vienna memandang wanita yang sebentar tadi memeluknya.

"Terkejut, Vienna?" Wanita itu senyum. Matanya menjeling Isaac Brien yang berdiri di sebelah Vienna.

"Mulut saya benar-benar masin ya, Vienna," dia tertawa kecil.

"Maksud mama? Mama sudah kenal Vennesa?"

"Vienna staf mama, Igat. Gadis yang selalu mama ceritakan pada Igat."

"Mama selalu mengusiknya agar berjodoh dengan Igat." (Igat ni nama panggilan ibunya untuk Isaac Brien)

"Jadi.. Puan Jessica ni..." Mata Vienna bulat memandang Isaac Brien. Sungguh dia tidak percaya. Puan Jessica, Guru Besar di sekolah tempatnya mengajar.. mungkinkah wanita itu ibu kepada lelaki yang akan mengahwininya? Andai ya, maknanya sebentar lagi majikannya itu akan menjadi ibu mertuanya.

"Dia ibu saya, Nessa. Sebentar lagi akan menjadi ibu mertua awak."

"Oh, my God. I'm sorry, Brien. I can't go on with this marriage."

"Why? Sebab awak masih mengharapkan bekas tunang awak tu kembali kepada awak?"

"No!"

"Saya..."

"Vienna tak mahu menjadi menantu saya?" Vienna serba salah mendengar pertanyaan majikannya itu.

"Bukan macam tu, puan. Saya malu, saya tak layak pun jadi menantu puan. Dan nanti pasti saya rasa tak selesa untuk bekerja di bawah puan."

"Sudah.. sudah. Jangan difikirkan semua itu. Mulai saat ini Vienna harus mula memanggil saya mama."

Sungguh dia pun tidak menduga gadis yang selama ini diangankan menjadi menantunya akan benar-benar menjadi menantunya. Ketika anaknya memintanya menemuinya di butik pengantin itu, dia tidak pernah membayangkan bahawa Cikgu Vienna Vanessa ialah gadis yang akan diseret anak lelakinya untuk dinikahi.

"Mari, Nessa. Selepas ini, kita perlu mencari cincin kahwin lagi." Isaac Brien menarik tangan gadis itu memasuki butik. Biarpun perkahwinan ini bukan perkahwinan yang dirancang, Isaac Brien tetap mahukan semuanya sempurna.

"Pilih gaun yang awak betul-betul suka, Nessa."

Vienna tidak menjawab tetapi matanya tidak lepas dari memandang sepasang gaun pengantin rekaan terkini yang memang sangat ingin dimilikinya. Malah keinginan itu pernah disuarakannya kepada Delton. Hanya saja menurut lelaki itu, tiada gunanya membazir wang untuk sepasang gaun pengantin yang hanya akan dipakai beberapa jam sahaja.

"Gaun ini pasti sangat padan dengan awak, Nessa."

"Tapi harganya cukup mahal. Dan semua gaun yang ada di sini hanya untuk dijual, bukan untuk disewa." Sedangkan hatinya berkata, " Aku sudah pernah mencubanya,Brien. Memang aku kelihatan cantik memakainya. Ini gaun yang paling ingin kupakai di hari bahagiaku. "

"Jangan difikirkan harganya, Nessa. Esok hari bahagia kita. Saya mahu isteri saya kelihatan cantik."

Hari bahagia? Dia tersalah cakapkah? Batin Vienna berkata. Bolehkah hari itu nanti dianggap hari bahagia? Hari di mana dua orang manusia disatukan tanpa ada rasa cinta sedikitpun?

" Bantu bakal isteri saya untuk mencuba gaun pengantin ini, " arah Isaac Brien pada petugas butik.

Beberapa minit kemudian, Vienna sudah berada di hadapan Isaac Brien semula. Beberapa detik Isaac Brien terpana. She look so beautiful, bisik hatinya. Dia menghampiri gadis itu dan tanpa permit dia menarik gadis itu je dalam pelukannya.

"I want you to be my wife, Vienna Vennesa," dia berbisik di telinga gadis itu.

Jessica hanya tersenyum mendengarnya. Dia benar-benar gembira kerana akhirnya anaknya tidak akan menikah dengan Suzy, perempuan yang dianggap materialistik.

"Apa yang boleh awak janjikan pada saya jika saya menerima awak, Brien?"

"Saya akan menjadi suami awak, Nessa. Saya tidak dapat menjanjikan kehidupan yang indah-indah. Tetapi saya berjanji akan menjaga awak dan memberikan hak awak sebagai seorang isteri. "

💠💠💠💠💠

Ketika memilih cincin kahwin, sekali lagi Vienna merasa tidak selesa. Lelaki itu bersama ibunya, Jessica memilih cincin kahwin yang terlalu mahal untuknya .

" Siapa aku untuk memakai cincin yang terlalu mahal ini. Aku bukan sesiapa dalam hatimu, Brien. Mungkin perkahwinan kita pun tidak akan bertahan lama," suara hatinya mendorong Vienna untuk perlahan cuba menjauh tetapi tangan kekar Isaac Brien pantas mencapai tangan kecilnya.

Cincin emas putih bertatah berlian  disarungkan ke jari manisnya.

"Padan di jari awak, Nessa."

"Tapi cincin ini terlalu mahal."

" Kita kahwin hanya sekali, Nessa. Sudah saya katakan pada awak. Awak bakal  pengantin wanita saya. Saya mahu memberikan hanya yang terbaik untuk awak."

"Awak terlalu baik, Brien. Awak sudah menebus maruah keluarga saya. Awak telah menjadikan saya seperti permata setelah saya dibuang seperti sampah. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana harus membalas budi baik awak."

" Awak sudah membalasnya, Nessa. Hanya dengan sanggup menikah dengan saya, awak sudah membalas semuanya. "

Pernikahannya dengan Vienna Vannesa bukan hanya untuk menutup aib keluarganya dan aib keluarga gadis itu. Tujuan sebenar adalah untuk membuktikan kepada bekas tunangnya bahawa gadis itu salah besar kerana telah berlaku curang dan meninggalkannya demi seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja.

Read next part.
Please press ⭐.
Happy reading.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now