KICYN 19

1.3K 56 24
                                    

" Duri paling bisa menusuk jantungku adalah saat aku tidak mampu menghalangnya dari menyentuhmu" - Isaac Brien

Isaac Brien sampai di pintu masuk sekolah Vienna dua puluh minit setelah Delton menyeret Vienna mengikutnya. Itupun kerana pemilik bengkel bermurah hati membenarkan Isaac Brien menggunakan keretanya sementara tayar kereta milik Isaac Brien diganti.

Pintu pagar tertutup rapat ketika Isaac Brien sampai di situ. Dia mengintai ke dalam pagar. Keadaan sudah begitu sunyi. Dari jauh dia melihat pengawal sedang berjalan menuju ke pondok jaga, mungkin baru selesai membuat rondaan. Isaac Brien melambai ke arah pengawal.

" Kenapa, encik?" soal pengawal ketika menghampiri Isaac Brien.

"Cikgu Vienna masih ada di dalam bilik guru?" tanya Isaac Brien. Matanya sesekali meninjau ke arah pintu bilik guru yang sudah tertutup rapat.

"Semua guru sudah pulang, encik. Kenapa?" tanya pengawal dengan dahi dikerutkan sedikit. Isaac Brien menggelengkan kepala.

"Tak apalah, mungkin dia sudah naik kenderaan awam. Terima kasih, encik." Isaac Brien berlari masuk ke dalam keretanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba menghubungi isterinya. Beberapa kali nombor isterinya di dail namun panggilan tersebut tidak dijawab.

Isaac Brien bertambah bingung. Please, sulu. Janganlah merajuk begini, keluhnya." Mungkin dia sudah sampai di rumah," fikirnya. Dia menghidupkan enjin keretanya dan bergerak menuju ke jalan utama. Ketika lalu di hadapan perhentian bas yang tidak jauh dari simpang sekolah, matanya melihat sesuatu tergeletak di atas tanah. Sesuatu yang cukup dikenalnya. Segera Isaac Brien memberhentikan keretanya.

" Sial! Ini mesti kerja Delton! " Dia menjerit kesal. Dia mengutip beg tangan pink isterinya dari atas tanah dan berlari masuk semula ke dalam keretanya.

Baru hendak menekan pedal minyak, telefonnya berdering. "Cousin Eddie calling.." terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Semakin berdegup kencang jantung Isaac Brien menerima panggilan tersebut.

"Hello, Brien," kedengaran suara gugup di hujung sana.

" Lapa, Eddie? ( Kenapa, Eddie?) " Suara Isaac Brien turun bergetar cemas.

"Aku tepansa bini nuan enggau laki bukai. ( Aku ternampak isterimu bersama seorang lelaki ) ," jawapan sepupunya mengejutkan Isaac Brien.

" Amai? Dini? ( Apa? Di mana?) " Isaac Brien mengetapkan bibirnya. Kemarahannya membuak-buak terhadap Delton.

"The Palace Inn."

"Nganti aku din nuan, Eddie. Nuan talipun gai indai aku, diatu! ( Kamu tunggu di sana, Eddie. Hubungi ibuku, sekarang!) " Isaac Brien memecut keretanya selaju yang mungkin. Sampai kelihatan melambung-lambung keretanya.

Sepupuh minit perjalanan menuju The Palace Inn dirasakannya berjam-jam lamanya. Fikirannya terus tertumpu pada Vienna dan bayinya yang sedang berada di dalam rahim Vienna.

"(Dini sida ya, Eddie? ( Mana mereka, Eddie?) " "tanyanya sebaik bertemu sepupunya itu di lobi. Eddie hanya menunjuk ke arah lif dengan jarinya.

" Tolong buka pintu bilik yang didaftar atas nama seorang lelaki bernama Delton, " pinta Isaac Brien pada pertugas wanita di kaunter. Dia begitu yakin semua ini angkara Delton.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now