"Kerana kamu bukan lagi milikku, maka aku melepaskanmu. Pergilah kepada dia yang menunggumu" - Delton Dies
Di satu ruang, Delton mengamati wajah sedih Vienna, gadis yang dicintainya dari dulu hingga kini. Jemari gadis itu mengetis kelopak ros putih yang dipegangnya hingga kelopak-kelopak bunga itu bertaburan di atas gaun putih yang dipakainya. Matanya merenung ke satu arah dengan tatapan kosong.
"Vienna.." Delton memanggilnya. Vienna mendengarnya tetapi dia langsung tidak menoleh ke arah Delton.
"Kamu benar-benar sudah jatuh cinta padanya, Vi?" tanya Delton lembut, sengaja ingin menduga Vienna. Vienna masih tidak mengalihkan perhatiannya.
"Bagaimana jika aku tidak mengizinkanmu kembali kepadanya, Vi?" Delton menduga sekali lagi. Pertanyaannya kali ini membuat Vienna menoleh. Tatapan matanya tetap kelihatan sendu. Air mata meleleh di pipi Vienna.
"Aku cuma ingin mendengar pengakuanmu, Vi."
"Aku mencintainya, Delton. Aku mencintai Isaac Brien," jawapan Vienna membuat kaki Delton terasa melemah. Cinta Vienna terhadapnya benar-benar telah hilang.
"Begitu cepat, Vi? Kamu benar-benar sudah melupakanku? Benar-benar sudah melupakan kisah cinta kita?" soal Delton lagi.
"Aku masih ingat semuanya, Delton. Semuanya masih ada di sini," dia menunjuk ke arah dadanya.
"Tetapi semuanya sudah jauh terbenam di dasar, tertindih di bawah kisah cintaku bersama Isaac Brien,"kata Vienna. Perasaannya sedikit takut apalagi bila melihat Delton bergerak menghampirinya.
" Aku minta maaf, Delton, " katanya memeluk erat tubuhnya sendiri. Delton bergerak kian hampir. Ditariknya kedua tangan Vienna.
" Gadis dungu! Mengaku mencintai bukan satu kesalahan," katanya cuba tersenyum meski senyuman yang hanya dipaksakan.
"Dia menemuiku, Vi. Meminta aku melepaskanmu," dia memandang wajah resah Vienna.
"Aku sudah membuat keputusan, Vi. Aku mencintaimu," dia berhenti. Dadanya terasa sesak. Ada rasa begitu berat untuk melepaskan cintanya. Tetapi dia sedar hati Vienna bukan miliknya lagi.
"Aku nencintaimu, Vi. Tetapi kamu bukan milikku lagi. Kembalilah kepadanya, Vi. Aku melepaskanmu," dia memeluk Vienna dan mengucup dahinya.
" Pergi, Vi. Selamat tinggal," dia menarik Vienna menghampiri pintu.
"Pergi, Vi. Tempatmu bukan di sini," kata-kata terakhirnya sebelum menutup pintu di belakang Vienna.
Di luar bilik itu, Vienna melihat keadaan yang begitu gelap, tetapi telinganya menangkap satu alunan lagu yang begitu merdu dan terasa menusuk ke dasar hatinya.
'How I love you! How I love you! " Itu kata-kata dalam lagu itu yang diikuti oleh suara suaminya. Kata-kata itu membuatnya menitiskan air mata. Dia menggerakkan tangan, cuba menggapai arah suara itu.
" Brien.. " dia memanggil nama suaminya.
" Brien! " Dia terus memanggil nama suaminya walaupun suaranya seakan tersekat di kerongkongnya.
"Brien.." dua kali suara itu keluar dari mulut isterinya yang sudah terlantar koma selama lima belas hari. Tangan Vienna bergerak-gerak seolah-olah ingin menggapai sesuatu. Isaac Brien mematikan lagu yang berkumandang perlahan dari telefon bimbitnya. Tangan Vienna pantas digenggamnya.
"Nurse!" Suara Isaac Brien bergetar.
💠💠💠💠💠
Doktor yang memeriksa keadaan Vienna tersenyum lebar. Begitu juga jururawat yang selama ini mengawasi perkembangan kesihatan wanita itu.
"Syukur, dia sudah sedar. Kami sudah menanggalkan alat bantuan hayat yang dipasang pada tubuhnya," jelas doktor tersebut.
"Boleh saya bertemu dengannya, doktor?" tanyanya dengan mata berkaca-kaca.
"Boleh. Cuma jangan biarkan dia terlalu banyak bergerak dan bercakap kerana keadaannya masih lemah."
"Terima kasih, doktor," katanya sambil mengesat air mata gembiranya.
Isaac Brien mendekat pada katil isterinya. Mata isterinya masih terpejam. Isaac Brien tidak dapat menahan diri. Pipi isterinya dicium bertubi-tubi.
"My sweetheart, my love, my dealova, my mohhabatein, my sulu ati, my angel..."
"Your wife. Jangan lupa itu, Igat," tambah Vienna yang kini sudah membuka matanya.
"Lima belas hari aku menunggumu membuka mata, sayang," air matanya menitis begitu banyak. Jemari Vienna menyentuh wajah suaminya.
"Lihat keadaanmu, Brien. Misaimu sudah panjang. Rambutmu kusut," komen Vienna.
" Aku hampir mati melihat keadaanmu, sayang. Jangan pernah begitu lagi," katanya.
" Brien, anak-anak kita?" Vienna meraba perutnya yang sudah rata kembali. Seketika mukanya pucat mengingat anak-anaknya.
"Mereka sihat, sayang. Dennis Vyner dan Daniel Rush.. anak kita lelaki," Isaac Brien mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar anak kembar mereka.
"Mereka tampan," puji Vienna dengan mata berbinar. Isaac Brien mengangguk.
"Lihat siapa ayah mereka, Bujang sigat Sekuyat," katanya dengan bangga. Vienna tertawa lucu mendengar pengakuan suaminya. Suaminya sentiasa memuji dirinya tampan padahal....
"Bukan kerana ibunya yang cantik?" Vienna tidak mahu mengalah.
"Mereka tampan kerana gabungan kita berdua, si tampan dan si cantik," katanya akhirnya kerana tidak mahu berdebat lama dengan isterinya. Dia teringat pesan doktor agar saat ini isterinya tidak diajak banyak bercakap.
Di satu ruangan, Delton menghembuskan nafas buat kali yang terakhir. Degupan jantung lelaki itu terhenti buat selamanya pada saat Vienna membuka mata buat pertama kalinya setelah koma selama lima belas hari.
"Selamat tinggal, sahabatku. Semoga tempatmu di syurga, " Franky Jon memeluk tubuh kaku sahabatnya itu buat kali yang terakhir.
"Maafkan ayah dan ibu, sayang. Pilihlah jalan yang menuju ke syurga," kata ayah Delton sambil mencium dahi anak tunggalnya itu. Ibunya hanya menangis di dalam pelukan suaminya.
Jangan lupa tekan ⭐ dan komen.
Selamat membaca.
YOU ARE READING
Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️
RomanceAlangkah bagus kalau ada sinopsis untuk sebuah kehidupan. Sayangnya apa yang berlaku dalam kehidupan bukankah sesuatu yang boleh dirancang melalui sebuah sinopsis. Kehidupan adalah sesuatu yang sudah direncanakan Tuhan. Kita tidak akan tahu apa alur...