KICYN 24

1.4K 60 3
                                    

"Cerita cinta sejati tiada titik noktahnya. Selagi aku tidak menghulur permit, jangan pernah kamu menjauh dari hatiku" - Isaac Brien

3 rd June, di bawah naungan langit yang dilitupi awan biru, Isaac Brien memandu keretanya menuju ke sebuah klinik. Hari ini dia menemani isterinya menjalani pemeriksaan kandungan. Mengikut perkiraan, Vienna akan melahirkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Di sebelahnya Vienna duduk bersandar dengan keadaan sedikit gelisah. Tangannya tidak putus-putus mengusap perutnya yang tegang dan begitu besar.

"Kenapa sayang?" tanya Isaac Brien. Wajah berkerut isterinya ditatap dengan rasa risau.

" Ada rasa menekan dan sesak di sini, Brien," jawabnya menyentuh bahagian bawah ari-arinya.

"Di sini, sayang?" Tangan Isaac Brien kini menyentuh bahagian yang tadi disentuh isterinya. Vienna mengangguk perlahan.

"Mungkin kerana masa kamu melahirkan sudah semakin dekat, sayang," kata suaminya cuba menenangkan.

"Benar-benar tak selesa, Brien," keluhnya sambil mengerutkan dahi.

"Mungkin kalau sayang bersandar akan lebih selesa ," kata Isaac Brien memberhentikan keretanya di tepi jalan. Ditumbangkannya kerusi Vienna. Bantal yang ada di seat belakang ditarik dan diletakkan di atas penyandar.

"Okey, sayang. Bersandar di sini hingga kita sampai di klinik," katanya. Vienna hanya menurut dengan perasaan yang berbunga-bunga. Suaminya itu memberi perhatian yang berlebihan kepadanya.

"Thank you, hubby," sebuah senyuman dihadiahkan buat suami tercinta.

Isaac Brien mengangguk, membalas senyuman isterinya dengan senyuman yang tak kalah lebarnya. Semakin dekat masa Vienna melahirkan, perasaan Isaac Brien semakin tidak keruan. Rasa tidak sabar melihat bayinya terkadang dikalahkan oleh rasa takut. Isaac Brien takut dengan sebarang kemungkinan ketika melahirkan, lebih-lebih lagi Vienna akan melahirkan anak kembar.

Vienna menyandarkan tubuhnya dan mula memejamkan matanya. Rasa tidak selesa pada perut dan pinggangnya sedikit berkurang. Keheningan dan rasa yang tidak terungkap mendesak Isaac Brien memainkan lagu yang khas ditujukan buat isterinya.

"I love you, honey. I dedicated this song to you, love," dia mencium pipi isterinya sebelum melajukan keretanya menuju ke klinik.

"Kamu seperti nyanyian dalam hatiku, Nessa. Yang selalu memanggilku agar merinduimu," bisiknya tepat di telinga isterinya.
💠💠💠💠💠

"Si kembar nampak sihat," ucap doktor kandungan yang memeriksa Vienna.

"Kandungan puan sudah mencecah sembilan bulan. Bila-bila masa saja puan boleh melahirkan," tambahnya. Isaac Brien kelihatan pucat mendengar penjelasan doktor.

"Encik jangan risau tentang proses melahirkan. Jika isteri encik mengalami kesukaran untuk melahirkan secara normal, kita akan melakukan ceaserian," jelas doktor membuat Isaac Brien sedikit lega meski kerisauan tetap ada. Ditatapnya sejenak wajah isterinya. Wajah itu kelihatan tenang dan bahagia.

" Jika ada tanda-tanda hendak melahirkan, segera datang ke hospital. Jangan tunggu, " itu pesanan terakhir doktor sebelum mereka keluar meninggalkan bilik pemeriksaan.

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now