KICYN 23

1.4K 66 27
                                    

" Mencintai tidak selalu memiliki. Hanya setapak aku silap melangkah, aku telah kehilangan cinta"

Delton Dies's POV

Lima bulan lamanya aku berada di Hospital Kota Sentosa. Aku seharusnya dipenjara kerana perbuatanku mencabul kehormatan Vienna, gadis yang pernah aku cintai, malah masih aku cintai hingga kini. Tetapi kerana aku disahkan mengalami tekanan perasaan, maka aku dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Cintaku pada Vienna melebihi cinta Isaac Brien terhadapnya. Cuma, Vienna tidak lagi menyedari betapa cintaku masih menghangat terhadapnya. Setiap saat, rasa itu tidak pernah hilang.

Salahkanlah aku, kutuklah aku diatas semua yang telah kulakukan terhadap gadis yang seutuhnya bertakhta di hatiku. Jika tidak kerana tekanan perasaan yang kualami, mati hidup semula pun aku tidak akan pernah mahu menyakitinya.

Aku memandu keretaku menuju ke sekolah menengah yang mempertemukan aku dengan Vienna buat pertama kalinya. Dia gadis yang cantik. Entah mengapa aku baru menyedari kehadirannya setelah kami sama-sama berada di Tingkatan Lima.

Vienna tidak punya ramai kawan kerana sikapnya yang pendiam dan pemalu. Tetapi ramai pelajar lelaki menaruh hati padanya termasuk aku.

Kuingat, suatu hari bas sekolah yang kami tumpangi begitu sesak. Aku yang sudah menerobos lebih awal ke dalam bas berjaya mendapat tempat duduk tetapi tidak Vienna. Dia berdiri diapit beberapa orang pelajar lelaki yang sengaja ingin bersentuhan dengannya.

"Vienna.." suara lantangku memanggil namanya. Dia menoleh dan aku melambai agar dia mendekat ke arahku. Dengan pipi yang kemerahan, dia mendekat.

"Duduk di sini, Vi," kataku bangun dan menyerahkan tempat dudukku kepadanya.

"Terima kasih, Del," suaranya merdu dan dia menghadiahkan senyuman kepadaku. Senyuman yang begitu manis dan kekal dalam memoriku hingga kini.

Sejak itu, setiap petang aku melakukan hal yang sama. Berebut masuk ke dalam bas agar aku mendapat tempat duduk untuknya.

Ramai pelajar lelaki berebut memenangi hatinya, tetapi akhirnya dia memilih aku.

Hari terakhir kami berada di sekolah setelah selesai menduduki SPM, aku mengutus nota cinta untuknya.

Vienna,

Maaf kerana aku mengutus nota ini. Aku tidak mampu menunggu lagi untuk mengungkapkannya.

Vi, aku ingin mengetuk pintu hatimu. Bukakan pintu agar aku boleh masuk dan menginap di dalamnya.

Aku yang menunggu jawapan cinta,

Delton Dies

Nota seringkas itu aku serahkan kepadanya ketika kami menikmati ABC di Medan Selera. Sesaat setelah membacanya, Vienna menarik secebis kertas dari beg kecil yang digalasnya. Aku melihat dia mencoret di atas kertas itu tetapi aku tidak tahu apa yang ditulisnya. Kerana setiap kali aku memanjangkan leher untuk mengintai, Vienna akan menolak kepalaku dengan jemarinya agar aku menjauh.

Hanya lima minit Vienna mencoret di atas kertas itu sebelum dia menyerahkannya kepadaku dengan senyuman malu-malunya.

Delton,

Ku Ingin Cinta Yang Nyata ✔️Where stories live. Discover now