Pintu kereta ditutup dan kereta di lock. Zanth masuk ke sebuah restoran terkemuka. Dia disambut oleh receiptionist di meja hadapan. Setelah memberitahu atas tempahan Emir. Pelayan menunjukkan jalan kearah meja.Dia perasan mata mata perempuan yang ada di restoran mula memerhati gerak langkahnya. Tak mustahil semua perempuan akan terpegun. Zanth memiliki tubuh tinggi lampai, dengan wajah kacuknya, hidung yang terletak. Sangat sempurna sebagai lelaki.
Zanth berjalan tanpa menghiraukan mata mata yang memerhati. Ada yang sudah berbisik sesama sendiri. Dia agak rimas diperlakukan begitu.'Ingat aku alien ke apa sampai macamtu sekali.' desis hati Zanth.
Tangan diangkat menyapa Emir dan Aryan yang sudah ada di tempat duduk mereka. Pelayan itu sudah menghilangkan diri setelah menunjukkan tempat tadi. Kerusi ditarik lalu dia duduk menghala dua kawannya itu. Makanan diatas meja sudah tersedia.
"I don't think that we came to meeting right?" Makanan diatas meja dipandang lama. Perut manusia ke jin Emir dengan Aryan ni? Zanth menggeleng perlahan.
Emir dan Aryan ketawa serentak. Tahu sangat perangai kawannya yang seorang itu. Bila meeting memang hanya akan ada air kopi saja yang menemani. Bosan betul hidup kau Zanth.
"Chill la kau ni pun. Meeting tetap meeting. No worries harini aku belanja. Aku saja ajak makan makan memandangkan kita dapat projek sama. Bukan senang kita nak bergabung tau." Ujar Emir seraya mengangkat gelas air tinggi.
"Kau letak balik gelas tu. Takpayah nak acah orang putih sangat nak cheers bagai. Minum macam biasa bolehkan?" Zanth bicara tanpa perasaan. Emir yang teruja itu mula tersengih menampakkan giginya. Tangannya laju dijatuhkan ke bawah.
Zanth mengerling kearah Aryan yang diam dari tadi. Pelik betul dengan mamat ni harini. Selalunya dia yang extra happy kalau berkumpul. Kaki Aryan disepak perlahan dari bawah meja membuatkan lelaki itu sedikit tersentak.
"Hah korang borak apa?" Aryan menggosok belakang tengkuknya. Dia agak ralit dalam dunianya sendiri. Zanth dan Emir dipandang silih berganti.
"Kau dah kenapa? Dari tadi diam." Soalan Emir yang sama ingin ditanya pada Aryan sudah dituturkan dahulu oleh Zanth. Zanth memandang pelik minta penjelasan.
"Reyna nampak aku pergi mall dengan perempuan." Tanpa berbasa basi terus Aryan bercerita. Seraya itu Emir menepuk dahi kuat. Zanth sudah menggeleng.
"Memang bala lah jawab dia. Yang kau pun nak keluar dengan perempuan buat apa? Tak cukup lagi ke si Reyna tu?" Tutur Emir. Tak faham betul dengan kawannya itu. Dah berpunya buatlah cara berpunya.
"Aku keluar dengan Marissa . Masalah sekarang ni, dia tak kenal Marissa tu cousin aku. Kebetulan malam tu dia ajak aku pergi mall tapi aku cakap busy sebab aku dah janji dengan Marissa nak bawak dia pergi mall aku tu. Marissa kan baru je balik dari oversea 2 hari lepas. Tak sangka la pulak aku nak jumpa dia dekat situ." Jelas Aryan. Masih buntu cara menerangkan pada Reyna.
"Lagi bertambah bala kau. Dia ajak kau pergi mall kau cakap busy tapi boleh pulak keluar dengan orang lain. Kalau aku jadi dia pun aku mengamuk. Aku rasa kau dah dalam hospital aku langgar." Ucapan Zanth mengundang gelak dari Emir. Air dalam gelas dicapai lalu diteguk oleh Zanth.
Masalah bila bercinta macam ni la. Dia dah malas nak bercinta. Serik !
"Jangan bagi aku stress lagi boleh tak? Cubalah korang bagi cadangan dekat aku nak pujuk perempuan macam mana."
"Itu pun nak suruh aku dengan Zanth ajar ke? Bercinta bukan main lama. Nak pujuk pun tanya orang. Alah kau call dia. Then tell her the truth. Kalau dia taknak dengar jugak. Pandai pandai kau lah pulak. Selalunya perempuan ni susah nak percaya. Goodluck bro !" Emir cuba memberi idea.
"Kalau aku jadi Reyna. Aku takkan dengar apa yang kau cakap. Sebab bila mata dia sendiri yang melihat ni boleh buatkan hati dia sangat terluka. Cuba kau bayangkan kau nampak Reyna dengan lelaki lain. Aku tak rasa boleh slowtalk lagi. Betul tak? Tambah pulak kau kenal Reyna macam mana. Bukan mudah dia nak percaya bulat bulat. Cari cara buat dia percaya kau balik." Zanth hanya berpeluk tubuh memberi cadangan. Dipandang Aryan dan Emir silih berganti. Nak pujuk perempuan kena ada cara bro !
"Susah apa? Kau ajak Reyna jumpa dengan Marissa terus. Kau bukannya ada hubungan apa apa dengan Marissa kan? Sekadar sepupu. Nak takut apa lagi." Tambah Zanth lagi.
"Zanth ke ni? Seriously pandai berkata kata dah sekarang? Wow dah nampak improvement." Emir menepuk tangan tanda berbangga dengan Zanth.
Zanth hanya menjeling melihat Emir. Bodoh ke apa dia ni? Semua orang boleh fikir kut benda tu. Aku yang tak bercinta pun tahu lah. Detik hati Zanth.
"Kan. Kenapa aku tak terfikir nak bawak Marissa jumpa Reyna eh. Thanks bro." Bahu Zanth ditepuk oleh Aryan tanda terima kasih.
"Memang harini masalah perempuan ke apa?" Ujar Zanth saat terfikir tentang pekerjanya yang seorang itu.
"Kenapa?" Tanya Emir dan Aryan serentak. Kening bertaut. Masalah apa pulak si Zanth ni? Fikir Emir.
"Amara tu la. Dengan buat hal datang lambat meeting harini. Lepastu sempat lagi kirim bunga dekat PA aku. Gila ke apa perempuan tu." Pelipis dipicit perlahan. Pening la dengan kerenah entah apa apa.
Dari kolej lagi dia dikejar oleh gadis itu. Dimaki pun masih tetap sama. Pelbagai cara dia menolak tapi gadis itu terlalu gigih. Bukan dia tak pernah cakap baik baik tapi boleh pulak Amara cakap 'Takpe saya tak kesah. Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya nanti. Walau apa cara sekali pun'. Akhirnya dia hanya membiarkan gadis itu.
"Kau tak rasa beruntung ke ada orang yang sanggup tergila gila kan kau? Walaupun kau dah reject berjuta kali." Tanya Emir sambil tergelak bersama Aryan.
"Betul. Amara ada usaha untuk ambil hati kau dengan apa cara sekali pun. Kena reject tapi tetap usaha. Macam takde apa yang berlaku. Aku tabik dengan semangat dia." Ujar Aryan telus. Amara sangat setia pada cinta. Baginya Amara bukan jenis perempuan yang senang senang untuk dimiliki oleh lelaki.
"Beruntung? Haha ! Aku tak salah dengar kan? Tolong lah. Kalau boleh aku tak hadap ada perempuan terhegeh macam tu dekat aku lah. Tu lagi buat aku menyampah tengok muka dia." Sinis Zanth menutur kata. Dia maksudkan apa yang dia cakap. Dia tak suka diperlakukan begitu.
Mungkin untuk lelaki lain akan rasa bangga bila dikejar oleh perempuan. Tapi bukan dia. Dia sangat benci bila dikejar begitu.
"Sepatutnya kau cuba hargai apa yang dia buat. Sejak dari zaman kolej bro dia tunggu kau. Semua orang tahu pasal dia memang obses dengan kau." Emir menepuk bahu Zanth berkali kali.
"Kau tak rasa kelakar ke dengan Amara. Dia bukannya takde rupa. Muka boleh tahan cantik. Kalau nak cari orang lain pun boleh dengan pakej cukup lengkap. Tapi nak jugak dengan kau !" Aryan berdecit perlahan. Tak faham betul perempuan sekarang. Makanan dihadapan disuap kedalam mulut.
"Sebab dia bodoh. Terang terang aku dah cakap berapa kali jangan nak buat hal. Dia bukan malukan diri dia je. Sampaikan aku sendiri malu. Huh menyusahkan." Zanth sudah mendengus kasar.
Kembali terlayar di fikiran saat Amara memberikan sejambak bunga ketika dia sedang memberi ucapan perasmian pembukaan cawangan baru. Semua mata memandang kearahnya. Camera tertumpu hanya pada dia. Mukanya sudah terlihat merah. Malu tak terkata ! Saat itu nak je dia humban Amara kedalam longkang.
"Cubalah kau hargai usaha dia setia dengan kau dari berzaman dulu tu sampai sekarang. Jadi lelaki sikit bro. Dah lama sangat kau membujang. Cari calon bini la pulak." Ujar Emir sambil gelak.
"Huh ! Cermin diri sikit. Nak aku belikan cermin yang besar gedabak letak depan muka kau ke? Tak sedar diri tuan punya badan pun single. Ada hati suruh aku cari calon bini." Kain sapu tangan sudah dilempar kearah Emir. Dia merengus kecil.
Zanth tidak menghiraukan kata kata kawannya itu. Malah dia tak masukkan ke dalam kepala. Calon bini? Takkan ada !
Masing masing mula menikmati makanan yang tersedia di depan mata. Sesekali gelak ketawa kedengaran jika hal yang mencuit hati dibangkitkan.
Done for this part ❤️
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...