EL 4

106 12 0
                                    



Amara berjalan masuk ke dalam pantri. Tekaknya terasa kering kerana baru membuat presentation untuk projek baru. Mug di atas rak diambil. Dia menuang air panas dan serbuk kopi dicampurkan ke dalam air. Dikacau hingga sebati. Bekas gula diambil dan dibuka. Satu sudu gula ditambah. Okay nice !

Amara sudah dapat menghidu aroma kopi yang sangat menyelerakan. Baru hendak menghirup kopi panasnya. Satu suara menegur dari belakang.

"Haa ! Buat apa tu Cik Amara." Tegur Aliya selaku PA kepada abang handsomenya itu. Wah bila teringatkan Zanth, Amara mula tersengih sengih.

"Tengah fikirkan Encik Boss kita la. Tak nampak pun dia harini? Dia datang office ke tak?" Sudah  dua hari Amara hilang jejak idola kesayangannya itu. Murung hidup aku tau !

Aliya mula melangkah ke rak. Cawan diambil dan diisi dengan air panas."Eh kau ni pun ! Dengar dekat Encik Zanth nanti mahu pecah kepala kau dia ketuk. Kau pun satu hal. Tak habis habis nak goda dia. Dia ada je dalam office. Entah harini semua meeting dia cancel". Aliya mengeluh perlahan. Entah kenapa benda kecik pun bossnya nak mengamuk. Bukan tak kenal barannya macam mana tapi harini makin bertambah pulak baran dia.

"Kau nak buat air dekat boss ke? Bak sini aku buat. Kau goyang kaki je dekat situ." Bibir dijuih kearah kerusi di pantri. Cawan sudah beralih tangan. Aliya hanya mengikut rentak. Dah lali sangat dengan perangai gila Amara.

Amara mula membancuh kopi untuk kesayangannya yang seorang tu. Nak jampi lah sikit. Bagi jatuh cintan dengan aku. Bagi sayang sampai mati. Fuh ! Hahaha jampi aku ni hanya buat air dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah. Okay guys petua bagi orang sayang !

Aliya yang duduk di kerusi hanya menggeleng kepala. Buat air pun senyum. Tak faham betul dia. "Kau tak rasa kau terlampau obses ke dengan boss? 5 tahun bukan masa yang singkat tau. Kalau aku jadi kau, dah lama aku cari orang lain." Aliya mula bersuara. Hanya memberi pendapat.

"Ini bukan obses okay. Ini setia !." Amara mengeyit mata kearah Aliya. Air yang siap dibancuh sudah berada di hadapan Aliya. "Kalau 5 tahun aku boleh tunggu, kau tak rasa ke aku boleh tunggu lagi lama? Of course aku boleh." Dia yang tanya, dia yang jawab. Amara Amara !

"Suka hati kau lah Cik Amara. Semoga berjaya jelah aku ucapkan. Bak sini air tu, mengamuk nanti si boss tu kalau lambat hantar kopi dia ni." Aliya sudah bangun dari duduk dan membetulkan skirtnya. Air diambil dan dia berjalan keluar dari pantri.

Sempat terdengar jeritan Amara dari arah pantri. "Suruh dia minum sampai habis tau. Aku dah bagi kasih sayang dekat situ." Tersengih sengih Amara bila teringat tentang Zanth. Air didalam mug dicicip perlahan. Fuh nikmat ! Bertambah nikmat bila teringat Zanth bakal minum air yang dia buat ! Awwwwww !!!!!. Nak menjerit boleh tak?

                             

"Sayang please ! Can you hear me for a moment?" Tangan Reyna ditarik lembut. Nasib baik Reyna tak buat hal harini. Malam tadi dia cuba memujuk tapi Reyna masih marah. Akhirnya dia mengajak Reyna untuk berjumpa. Nasib menyebelahinya bila Reyna setuju.

Reyna hanya diam tak terkutik. Dia masih berpeluk tubuh. Bangunan bangunan tinggi di depan mata menjadi pandangan Reyna saat itu. Dia masih lagi dalam sesi merajuk. Sebenarnya lebih kepada marah.

"Awak tahu kan yang saya takkan duakan awak. Please sayang. Can you trust me this time?" Tangan Reyna cuba diraih. Dia taknak kehilangan gadis itu. Dia takkan sia sia 2 tahun dia bersama gadis itu.

"Huh. Saya penatlah Aryan. Awak tahu yang saya paling benci orang menipu. Kalau betul awak tak duakan saya sekalipun. Why do you lie to me? Sebelum ni ada ke saya halang awak buat sesuatu? Ada?" Reyna mula bersuara. Dia berkalih memandang Aryan di tempat duduk pemandu. Mata Aryan menjadi sasaran.

"Yah i know that's I'm wrong. Saya tak berniat nak tipu awak. Cuma saya taknak awak fikir yang saya lebihkan orang lain dari awak. I've no choice." Aryan membalas pandangan. Selalunya Aryan kalah dengan pandangan mata Reyna.

Reyna mengalih pandangan. Dia agak terpukau. Ceh ! Dia kalah kali ni. Hatinya sedikit terubat dengan kata kata Aryan. "Cakap bolehlah. Kalau saya curang pun still I'll assure you that I'm not cheating." Tapi bukan Reyna kalau nak mengalah semudah itu. Dia menjongket kening.

"Sayang please. Tolong la jangan macam ni. Awak tahu saya macam mana kan?" Aryan cuba meyakinkan Reyna. Di masih lagi memandang tepat ke wajah mulus Reyna. Tangan Reyna digengam kuat. Cuba meyakinkan gadis itu.

"Awak nak tahu kenapa sesebuah hubungan boleh putus sekelip mata walaupun dah kenal bertahun tahun?." Reyna mula memandang Aryan. Aryan hanya diam."Sebab kepercayaan tu dah hilang. Hilang kerana salah seorang yang taktahu nak hargai." Sambung Reyna. Ayatnya itu sedikit menyentak Aryan.

"Okay okay saya salah ! Sekarang kita turun dulu. Saya nak kenalkan awak dengan seseorang." Aryan mula membuka pintu kereta.

"Kejap. Nak jumpa sape? Saya taknak jumpa orang eh. Saya takde mood. Kalau awak nak lepak ke apa ke. Hantar saya balik." Reyna mengeluh. Reyna masih tak ada tanda tanda mahu berganjak keluar dari kereta.

Aryan hanya menggeleng perlahan sebelum keluar. Dia berjalan menuju ke pintu penumpang. Pintu kereta dibuka. Reyna hanya memandang Aryan tanpa riak. Aryan mula menunduk kearah Reyna dan membuka seatbelt yang dipakai Reyna. "Ish saya cakap saya taknak keluar kan? Takpayah la bukak". Reyna merengus dan menarik seatbelt nya. Sebaik saja mahu memakai seatbelt semula. Tangannya ditarik Aryan.

"Turun sekarang. Jangan nak ikut kepala sendiri je." Aryan mula bersuara tegas. Tangan Reyna ditarik dan gadis itu keluar dari kereta. Muka Reyna sudah masam macam cuka dah. Aryan disebelah dijeling.

Begnya diambil dari dalam kereta dan pintu dihempas kuat. Saja nak tunjuk dekat Aryan yang dia tengah geram. Sukahati nak arah arah orang. Dia berjalan mendahului Aryan memasuki Platinum mall.

Aryan dibelakang hanya menggeleng dengan perangai Reyna. Kunci kereta disimpan didalam kotnya. Masuk saja dalam Shopping mall itu. Semua mata tertumpu padanya. Pengawal yang berjaga disitu juga menunduk hormat. Dia hanya tersenyum kecil. Kakinya laju mengejar langkah Reyna yang sudah jauh meninggalkannya.

                                🍁🍁🍁🍁

"Aliya kejap. Siapa yang buatkan air kopi tadi?" Aliya yang baru saja mengatur langkah ingin beredar mula berpaling kearah bossnya.

"Hah? Air kopi? Errr tealady yang buatkan air kopi tu. Kenapa Encik Zanth? Tak sedap ke?" Aliya sudah menipu. Mati lah aku kalini! Ni kau punya pasal Amara. Siap kau kalau aku kena bebel.

"Tealady? Ohh not bad. Lain kali suruh dia yang buatkan air untuk saya." Zanth memesan lalu tangannya lincah membelek fail dihadapan mata.

Air itu sungguh kena dengan tekaknya. Sebelum ini air kopi yang selalu Aliya bawak tak sesedap ini. Tapi harini sungguh lain.

"Maksud Encik Zanth. Air yang tealady buat tu sedap lah?" Aliya bertanya ingin kepastian. Tangannya sudah menggaru kepala yang tak gatal.

"Yah not bad la air dia. Just remind pada dia yang letak satu sudu gula je. Jangan lebih dan jangan kurang."

Aliya mula menarik nafas lega. Untung kau Amara. Satu step dah berjaya. Dia tumpang gembira untuk kawan sekerjanya.

"Baik boss. Saya keluar dulu ye." Dihadiahkan sebuah senyuman sebelum pintu pejabat ditutup rapat.

Short part ❤️
Enjoy 💕

Endless LoveWhere stories live. Discover now