EL 17

62 11 0
                                    



Iris memberhentikan kereta di Lake town. Dia kenal kereta yang agak jauh di bawah pokok itu. Kereta Myvi merah itu didekati. Hatinya agak risau. Dia sempat menghantar whatsapp pada Reyna yang dia dah jumpa Amara. Reyna mungkin akan sampai nanti.

Dia berlari laju kearah kereta Amara. Dan dalam masa yang sama matanya melilau melihat sekeliling. Mana tahu takut Amara ada di luar. Sampai saja di kereta Amara. Dia mendengar enjin kereta Amara berbunyi. Maksudnya Amara ada dalam kereta. Iris cuba membuka tapi malangnya kereta itu dilock.

Dada berdebar tak usah cakap. Kalau meletup nanti pun mungkin. Dia takut jadi apa apa pada Amara. Cermin kereta Amara juga agak gelap. Dengan suasana malam dan juga dikawasan itu memang tak tersedia lampu membuatkan dia susah untuk nampak Amara didalam.

Diketuk cermin kereta beberapa kali. Tapi masih tiada tanda tanda Amara akan membuka pintu.

"Iris !" Laungan seseorang membuatkn tubuh Iris berpusing mencari suara itu dan matanya membulat saat wajah Emir sedang berlari kearahnya.

Zanth juga berlari kearah kereta Amara. Hatinya juga agak berdegup kencang.

"Mana Amara?" Pertanyaan dari Emir membuatkan Iris makin panik.

"Taktahu. Saya rasa dia ada dalam kereta. Tapi saya tak nampak."

Mulut menutur kata. Tangan masih cuba membuka pintu kereta Amara. Emir mengangguk. Zanth laju meneliti cermin. Ditekup muka kerah cermin. Dia memincingkan mata. Cara untuk melihat ada seseorang atau tak didalam kereta. Emir juga sibuk meneliti di kereta.

Iris segera menelefon Reyna.

"Aku jumpa Mara. Tapi kereta dia terkunci. Emir dengan Zanth pun ada sekali."

"Terkunci? Biar betul? Habis tu Amara ada dalam kereta ke?"

"Haah ada. Tadi Zanth nampak. Aku rasa Amara pengsan. Kau jauh lagi ke? Aku risau. Cepat la datang." Suara Iris sudah cemas bercampur mahu menangis.

Tak sangka yang Amara akan pengsan dalam kereta. Kalau mereka cepat mesti takkan jadi macam ni. Zanth meraup wajah. Emir menepuk bahu Zanth. Iris disebelah juga dipandang. Muka Iris agak risau.

"Korang ada simpan kunci pendua tak?" Laju Zanth menutur kata saat Reyna dan Aryan sudah tiba.

"Dengan saya memang takde. Oh ! Rey . Kau simpan tak kunci pendua?" Tanya Iris pada Reyna yang berdiri di sebelah kereta.

Reyna segera mengambik beg dilengan Aryan dan dibuka. "Kejap aku tengok. Tak sure ada ke tak." Satu persatu barang didalam beg di keluarkan.

Semua membeliak mata saat beberapa gugus anak kunci yang berada dalam simpanan Reyna.

Aryan tepuk dahi.
Reyna hanya tayang sengih.
Iris menjeling.
Emir pandang Reyna dengan muka tak percaya.
Zanth hanya tayang muka kosong.

"Cepat lah cari. kalau takde jugak terpaksa pecahkan cermin kereta." Ujar Zanth.

Zanth ambik satu kunci
Iris ambik satu kunci
Reyna ambik satu kunci.
Masing masing memandang sesama sendiri.

"Dalam bilangan Satu... Dua.... Tiga...." Aryan berkata dan serentak itu mereka bertiga menekan kunci.

Bip bip.

Masing masing bermuka lega. Zanth segera membuka pintu kereta belah pemandu. Susuk tubuh Amara yang terbaring di seat digoncang perlahan. Ditepuk pipi berkali kali tapi tiada pergerakan. Yang lain hanya memerhati dari luar.

Reyna dan Aryan saling berpandangan. Lirikan mata pada Zanth. Masing masing risau tentang Amara tapi dalam masa yang sama mereka tersenyum. Cara Zanth risau melebihi dari yang lain.

Endless LoveWhere stories live. Discover now