EL 30

220 4 4
                                    



Aku merenung lantai. Dan-dan pulak Zanth datang tepat pada masa aku tengah mengamuk. Dah tak pasal pasal nampak aku yang gila dalam office ni. Aduhaii. Renungan mata pasangan sengal dihadapan tak aku hiraukan pun. Malas mahu bertekak lagi. Memang sah-sah la si Icha tu bersorak kemenangan bila Zanth datang membela dia. Huh menyampah !

Semua pekerja dimarahi hanya kerana melihat drama percuma aku dengan tunang dia. Memetir la aras tu tadi. Dan-dan pulak masa tu si sengal buat hal kononnya aku tampar tu kuat nak mati. Makin bengang la Zanth dengan aku. Tengok saja mata Zanth tenung aku sekarang. Dah macam nak makan. Masalahnya aku tampar tu tak lah sepenuh tenaga pun. Kalau aku guna semua tenaga aku memang tak bercakap dah Icha sekarang ni. Mungkin dah bengkak pipi dia tu. Aku tampar sekali dengan pakej menumbuk terus !

"Explain now !"

Dan setelah sekian lama aku bagai patung cendana di hadapan mereka berdua. Zanth muka mengeluarkan suara. Garang pulak tu !

Aku pandang Icha. Perempuan tu tayang senyum sinis. Pandangan mata memerli. Pandai nak mati berlakon sakit. Tangan dia masih memegang pipi. Kononnya sakit sangat lah tu. Eh hello ! Tadi kau tampar aku dulu tau. Elok la tu seri satu sama. Nak mengadu pulak dah.

"I think you should ask your girl. I don't have any explanation." Aku pandang muka Zanth dan Icha silih berganti. Ditekankan ayat your girl itu bagi sabdu cukup cukup. Memang aku buat muka tak bersalah la. Siapa yang cari pasal dulu.

Zanth pandang Icha disebelah. Meminta penjelasan dari perempuan itu agaknya. Apa lagi? Kalau dah pandai berlakon tu memang dia akan berlakon lagi lah. Licik betul perempuan sengal ni.

"I cuma suruh dia buatkan air je. Lagipun dia yang ada dekat pantri. Lepastu dia cakap I tak layak pun berdamping dengan you." Adu Icha dengan menokok tambah cerita.

Mata aku membulat. Tak percaya dengan apa yang baru saja di dengar. Kejap ! dia cakap yang aku bagitahu dia, dia tak layak berdamping dengan Zanth? Eh bukan dia ke yang cakap dekat aku macam tu? Wah memang sengaja nak buat aku mengamuk lagi ke apa ni?

Aku cuak dah bila Zanth mula berdiri dan menghadap aku. Icha disebelah juga bangun sama. Aku buat muka bodoh lagi.

"Kau tak ada hak nak larang dengan siapa aku berdamping. Dengan siapa aku nak rapat. Dengan siapa aku nak bercinta sekali pun. Tolong lah Amara. Jangan peningkan kepala aku dengan hal macam ni. Memalukan tahu tak !" Suara Zanth memetir dalam pejabat miliknya. Nasib baik hanya ada pejabat dia di aras ini. Kalau tak memang tambah lagi malu aku.

Aku pejam mata saat suara Zanth menujah ke telinga. Perit mendengar semua kata-kata yang dia lontarkan. Memang dia membela Icha pun saat ini. Seolah hanya aku yang bersalah. Seolah aku yang sememangnya akan menjatuhkan maruah sendiri demi lelaki. Seolah aku rela memalukan muka demi lelaki. Aku kemam bibir kuat-kuat. Jujur aku katakan, saat ini hati aku rapuh dengan semua lontaran itu.

"Kau memang cabar aku kan, Icha? " Aku abaikan apa yang Zanth tuturkan tadi. Malas mahu menjawab. Tapi aku memandang Icha disebelah Zanth. Aku melangkah setapak.

Melihat muka cuak Icha aku tayang senyum sinis. Zanth disebelah pun seolah berjaga dengan tindakan yang bakal aku lakukan. Sekali lagi aku melangkah mendekati Icha. Perempuan itu bergerak ke belakang tubuh Zanth. Menyorok disebalik tubuh gagah lelaki itu.

"Stop Amara. Jangan nak buat kerja gila lagi. Icha tak salah apa pun dengan kau. Kalau kau tak nak buat air sekali pun, tak payah nak cakap benda bodoh macam tu." Sekali lagi Zanth membela Icha. Tangan sasa lelaki itu turut menghalang Icha menjadi mangsa aku semula.

Huh bunyi macam aku jahat sangat kan? Bunyi macam aku ni antagonist dalam cerita- cerita yang kononnya aku nak merampas cinta si heroin. Dan si hero lah yang bakal menyelamatkan si herion yang tak bersalah. Haha kelakar ! Siapa lagi kalau bukan Icha menjadi heroin dan Zanth sebagai hero. Dan aku pula? Dah semestinya watak antagonist yang bakal memusnahkan hubungan mereka. Tapi itu hanya dalam cerita. Bukan dalam dunia ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Endless LoveWhere stories live. Discover now