Kemeja disarung ditubuh. Satu persatu butang dimasukkan kedalam lubang. Emir mengemaskan lagi dengan membetulkan kolar kemeja dan hujung baju kemeja dimasukkan ke dalam seluar. Berdiri dihadapan cermin dengan pantulan diri sendiri membuatkan dia lebih berkeyakinan. Sempat dia memuji diri sendiri. Tak sangka rupanya makin tampan sejak akhir-akhir ini. Dia menyeget bibir.Kaki bergerak ke salah sebuah meja lebar. Laci meja ditarik. Terpampang penuh jam tangan dari pelbagai jenama. Tersusun cantik disetiap petak-petak yang direka khas. Dia memang suka menyimpan pelbagai koleksi jam tangan. Daripada antik sehingga moden. Sepasang jam tangan disebelah kanan diambil. Seingat Emir. Ini adalah jam tangan dari adiknya sempena ulang tahun yang ke 27 tahun. Dengan rekaan eksklusif matte white ceramic bezel and snow-white dial with contrasting black makers and hands. Ukiran nombor yang timbul membuatkan setiap kali terkena pencahayaan, warna akan bertukar dari silver ke biru. Tanpa lengah, dia menyarung jam ke pergelangan tangan.
Wangian perfume Paco Rabanne disembur dibahagian nadi dan leher. Setelah itu, Emir segera mengambil kot dan dipakai. Sempat dia membetulkan rambutnya sebelum keluar dari bilik.
Pagi-pagi lagi dia dikejutkan dengan kepulangan adiknya dari UK. Jadi petang nanti, mamanya menyuruh dia menjemput adiknya di lapangan terbang. Sekian lama budak itu menetap di UK, hari ini baru reti nak balik. Untung ingat lagi tanah air. Dia hanya seorang adik. Dan dia begitu sayangkan Elina. Walaupun dia dan Elina sudah terpisah sejak Elina dihantar oleh ayahnya belajar ke luar negara. Tapi dia tetap akan melawat gadis itu. Kerisauannya sebagai abang tak dapat dia bendung.
Kehidupan disana bukan seperti di Malaysia. Terlalu bebas. Dan dia tak mahu Elina terikut dengan cara kehidupan disana. Elina pula seorang yang mudah bergaul dengan orang, sudah berapa kali ditegur. Bukan dia mahu mengontrol hidup Elina. Tapi dia tak mahu Elina terlalu bebas dalam hal begitu. Sekali terjerumus dalam kehidupan sebegitu, pasti akan ada akibatnya.
Tapi dia tahu yang Elina pandai menjaga dirinya. Malah adiknya pernah berjanji yang dia tak akan melakukan perkara yang dilarang olehnya. Sebelum berangkat kesana, dia sudah berbuih mulut memesan pelbagai nasihat. Dah macam dia pulak ayah.
Emir menarik hujung lengan agar kelihatan lebih rapi, kunci kereta dipenyangkut yang tersedia dicapai. Kasut didalam almari dipakai. Hitam berkilat. Perfect ! Dia paling tak suka kalau kasutnya kotor. Terasa cacat penampilannya.
Emir memboloskan diri kedalam Porche Cayenne berwarna hitam berkilat. Jika sesiapa lalu di sebelah kereta itu pasti terpantul wajah mereka seolah cermin. Selalunya dia menggunakan kereta Bmw 3 Series ketika berkaitan dengan kerja. Tapi disebabkan mahu mengambil Elina. Dia lebih selesa membawa Porche.
Saat kereta sudah membelah jalan, deringan telefon kedengaran. Segera dia menekan butang yang ada di peranti electronic nya.
"Morning mama." Tegur Emir ceria.
"Morning too. Mama nak pesan. Jangan lupa ambik Lina di airport. Lambat nanti merajuk pulak budak tu nanti."
"Emir ingat. Petang nanti Emir dah kosongkan schedule dah pun. Khas untuk Tuan Puteri mama tu. Jangan risau lah."
Kedengaran suara ketawa. Emir hanya senyum. Bukan taktahu mamanya memang sayangkan anak perempuannya yang sorang tu.
"Yela kalau kamu dah cakap macam tu. Kamu dah makan ke?"
"Tak. Tak sempat. Emir breakfast dekat office jela. Lagipun harini Mak Nab cuti. Anak dia sakit."
"Kenapa tak bagitahu mama awal-awal? Kalau tak, mama suruh Yanti pergi tolong apa yang patut dekat sana. Kamu ni pun satu, breakfast selalu skip. Dah tahu awak tu ada gastrik. Jangan nak skip makan !"
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...