Amara menahan air mata dari jatuh. Tangannya memegang kuat stereng kereta. Ayat yang keluar dari bibir Zanth masih tak boleh dia terima. Semua bagai mimpi. Jadi semua ni salah dia ke? Mencintai orang yang tak mencintai dia. Atau lebih tepat mencintai tunang orang.Terlalu bodoh ke dia selama ni menunggu selama 5 tahun dan berharap agar Zanth akan nampak usaha dia? Terlalu bodoh ke dia yang mengharap semua perhatian dari Zanth? Kenapa dia tak nampak sebelum ni? Kenapa perlu dia malukan diri sendiri? Kembali terlintas di otak ayat yang ditutur oleh Zanth.
"Aku takkan terima kau"
"Aku takkan terima kau"
"Aku takkan terima kau"
"Aku takkan terima kau"
"Aku takkan terima kau"
Amara menghambur tangis. Ayat ayat yang dikatakan oleh Zanth membuat hatinya hancur. Tapi dia harus terima semua ni. Dia takkan bodohkan diri dia lagi pada lelaki tu.
Dia boleh hidup tanpa lelaki tu. Kenapa dia putus asa? Ya. Dia perlu putus asa saat ini. Dia taknak hancurkan hubungan Zanth dan tunangnya. Dia tak sejahat itu.
Amara cuba bertenang. Ditarik nafas panjang. Dihembus perlahan. Dia mengesat segala air mata yang tersisa. Tapi makin dikesat makin membuak buak air mata yang turun seperti air terjun.
"Kenapa ni Amara? Jangan la nangis. Kau kan kuat." Ditepuk tepuk dadanya sendiri
"Dia taknak kau kan. Jangan nak bodoh pergi dekat dia lagi." Dia mengesat hidung
"You deserve better Amara Tahlia." Tekadnya
Semua ayat itu ditutur untuk diri sendiri. Itu je yang mampu dia ucapkan untuk kuatkan hati yang rapuh. Wah perit jugak hati bila kena tolak ni ya.
Telefon dicapai. Amara buat video call pada Iris Dan Reyna. Sambil menunggu mereka terima. Amara melihat sekeliling. Dia sendiri taktahu kenapa boleh datang ke tepi tasik macam ni. Malam yang agak sesak dengan orang. Ramai penjual yang mencari rezeki. Ramai orang yang datang melepaskan lelah. Banyak aktiviti yang dapat dia tengok dari dalam kereta.
"What's up beb?" Terlihat muka Reyna di skrin Iphone milik Amara.
Seminit kemudian, wajah Iris pula kelihatan sedang menyangkut baju di butiknya.
"Any problem?" Tanya Iris.
"Kenapa dia buat aku macam ni ek? Aku bodoh sangat ke kejar orang yang terang terang taknak aku?" Ujar Amara.
Iris dan Reyna saling mengerut dahi. Mungkin masih tak faham dengan apa yang Amara cuba sampaikan.
"Kau okay tak ni?" Iris syak ada sesuatu yang terjadi.
"Ni sebab Zanth ke?" Reyna tebak.
"Dia dah ada tunang. Dia sendiri bagitahu aku supaya berhenti ganggu dia. Bodoh ke aku selama ni?."
Reyna membetul duduknya. Dia mengambil bantal empat segi lalu dipeluk. Dan skrin telefon ditenung.
"Aku taktahu pun yang dia bertunang. Takkan Zanth tak cakap dekat Aryan. Mustahil."
"Kau menangis ke? Hei sweety. Why should you waste your tears? Calm down okay." Iris pula cuba memujuk. Air mata Amara dapat dia lihat dengan jelas.
"Semua dah tahu yang Zanth dah ada tunang. Kenapa aku orang terakhir yang tahu? Aku kena lupakan dia. Tapi aku tak boleh.... " Amara memejam mata rapat. Cuba mengusir perasaan sedihnya.
"Shhh. Babe. Betul ke apa kau cakap ni? Siapa yang bagitahu?"
"Officemate aku. Takkan diorang nak reka cerita kalau takde sebab. Diorang sendiri bagitahu yang perempuan tu asyik datang je office Zanth."
YOU ARE READING
Endless Love
RomansaBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...