Perkhabaran dari Emir membuatkan Zanth tak senang duduk. Ini melibatkan syarikatnya juga. Macam mana nak mulakan projek jika bahan binaan dari syarikat Emir tertangguh. Dia naik angin saat tahu ini semua sabotaj dari musuh Emir. Dan yang lagi panas telinganya saat orang orang di syarikatnya juga disogok. Kenapa perlu dikaitkan syarikatnya juga? Zanth bukan seorang yang penyabar."Kau pastikan dia datang office aku harini jugak. Without any objection!" Keras suara Zanth keluar memberi arahan. Telefon dihempas di atas meja.
Kau silap orang nak main kasar. Aku takkan bagi kau terlepas. Seminggu adalah masa yang lama untuk Zanth Roland bersabar. Sudah cukup baik dia bagi muka pada musuh Emir dan sudah menjadi musuh dia. Emir dihadapannya dipandang tajam.
"That's not my fault" Emir mengangkat tangan tanda berserah. Pandangan tajam Zanth boleh membunuh okay. Kalau bab kerja Zanth tak pernah main main. Tambahan pulak ini melibatkan syarikatnya. Lagi lah dia mengamuk.
"That's your fault. Apa ke bodoh sangat Fahim tu? Nak cakap umur macam budak tak logik tapi akal letak dekat kaki !"
"Dia lah yang cerdik. Dia tahu aku akan ada projek besar dan dia juga kalah dalam tender tu . Kau ingat dia nak duduk diam tanpa buat apa-apa? ."
"Tapi bukan dengan sogok budak-budak aku sekali ! Memang cari nahas dengan aku. Aku akan pastikan dia tunduk sampai ke kaki aku ! Lucky on him sebab aku masih bersabar walaupun sabar aku dah nak sampai kemuncak." Zanth sudah berdiri dan berjalan menuju ke tepi cermin kaca.
"Dia takkan biarkan aku dapat projek tu. kalau aku cancel projek ni confirm Dato Azman akan pilih syarikat dia dan automatik aku kalah pada dia. Barang aku yang dia sabotaj bukan sikit. Nak mencecah beratus juta. Kau rasa aku sempat nak cover semua?" Emir masih menyandar badan pada sofa. Lagak masih sama seperti biasa. Walaupun dalam hatinya berserabut dengan masalah. Dia lebih senang menunjukkan riak biasa.
"Kau ingat dia boleh pedajal kita? No ! Aku takkan bagi peluang" .
2 hari lepas...
Zanth berjalan masuk ke sebuah syarikat construction. Dia bukan seorang yang berlawan secara sembunyi. Dia takkan pernah guna taktik kotor untuk dapatkan projek. Siapa yang bermain helah dengan dia bakal berdepan dengan dia sendiri.
Semua mata sudah tertumpu padanya. Tapi tetap dia berjalan tanpa menghiraukan orang lain. Satu tempat yang ingin dituju. Sampai saja di sebuah bilik.
"Maaf Encik. Encik ada buat appointment ke dengan Encik Manaf?" Tanya seorang perempuan selaku PA kepada Encik Manaf. Dia agak takut takut ingin bertanya sebenarnya.
"Tak. Just excuse me ! Don't try to stop me." Dengan itu, Zanth terus menuju ke bilik Encik manaf, tergesa gesa juga PAnya berlari mengikut langkah Zanth.
Pintu dikuak. Terjengul wajah PAnya dan juga Zanth. Encik manaf agak terkejut tapi dikawal riak mukanya.
"It's okay biarkan Encik Zanth masuk." Seraya itu PAnya keluar dan menutup pintu.
Zanth berjalan menuju ke meja Encik Zanth. Encik Manaf terus bangun untuk bersalam "What a suprise? Tiba tiba datang ke office saya. Sila duduk."
Zanth menyambut salam dari Encik Manaf tapi masih dengan riak biasa. "Tak perlu susah-susah. Saya datang hanya nak bagitahu masalah saya dan saya akan pergi."
"Jangan macam tu Encik Zanth. At least kita boleh minum kopi dulu."
"Tak perlu. Saya hanya berbincang pasal ni. Encik Manaf sendiri tahu saya macam mana? Saya takkan pernah kacau business orang lain kalau orang tak sentuh barang saya. Jangan sebab saya diam, orang Encik Manaf boleh buat sesuka hati." Ayat yang keluar masih dengan nada yang biasa.
Encik Manaf tahu itu amaran. Mukanya juga agak berubah. Tapi dia masih taktahu apa yang dimaksudkan oleh anak muda dihadapnnya saat itu. Zanth tak pernah cakap kosong.
"Jangan buat saya guna cara saya sendiri untuk selesaikan hal ni. Encik Manaf takkan dapat agak apa yang boleh saya buat. Lagipula, dalam company ni sendiri saya tak yakin yang saya dapat minum kopi atau saya diracun."
Encik Manaf sudah berdiri dari duduknya dan menghadap Zanth. Dia rasa agak keterlaluan pertuduhan tu. "What a kind of statement is this Encik Zanth?"
"Setakat ni saya masih lagi bersabar dengan cara bekerja anak Encik Manaf. Tapi kesabaran saya akan habis dan akan hilang." Suara Zanth sudah berubah keras. Sabarnya bukan boleh bawak bincang.
"Okay saya faham. Ini melibatkan anak saya betul? Kalau macam tu saya akan cuba untuk selesaikan masalah ni secepat mungkin setelah saya tahu apa yang dia buat." Encik Manaf cuba berunding. Fahim ! Kau tak pernah fikir guna akal.
"I don't think so . Sebab Fahim dah sabotaj company Emir Louist. Saya takkan masuk campur kalau dia tak kacau orang saya. Tapi dia dah sogok orang orang saya sekali."
"Jangan nak menipu Encik Zanth. Nonsense." Wajah Encik Manaf juga sudah berubah riak. Suasana dalam bilik itu agak tegang antara kedua kedua lelaki.
"I am saying it straight forward ! Sekarang anak Encik Manaf main api dengan saya. Jadi saya kena gunakan pili bomba atau saya perlu curahkan minyak?" Zanth sudah menepuk meja kuat.
"Saya harap yang Encik Zanth tak tersilap orang. Saya yakin Fahim takkan buat perkara macam ni." Encik Manaf masih lagi membela anaknya. Dia juga bingung. Dari cara percakapan Zanth. Dia tahu lelaki itu tak main main dan dia tahu Zanth bukan mudah mencari masalah dengan orang lain.
"Anak awak gunakan kuasa dia untuk jatuhkan kami? Tapi jangan ingat saya akan berdiam diri. Trust my word Encik Manaf." Zanth menutur kata dengan pandangan yang tajam.
"Okay . At the first thing..." tak sempat Encik Manaf habiskan kata katanya. Zanth sudah menepis pasu yang berada diatas meja milik Encik Manaf sehingga jatuh berkecai.
Encik Manaf hanya mampu diam dan meneguk liurnya. Dipandang Zanth dengan sehabis baik. Tapi lelaki itu tetap dengan reaksi wajah yang serius.
"At the first thing is Encik Manaf suruh Fahim serahkan semua pada asal. Serahkan barang yang dia ambil pada Emir atau saya akan panggil press. Sebab ini bukan perkara yang boleh dibawak main. Ini melibatkan syarikat besar dan kami yang kena tanggung akibatnya."
Pap ! Tersentak lagi sekali. Encik Manaf cuba menenangkan hati. Jika Zanth akan bertindak dengan apa yang dia bagitahu. Ini akan membuatkan syarikatnya jatuh.
"Kalau benda yang sama masih berulang. Saya tak rasa yang saya akan bekerjasama dengan syarikat Encik Manaf lagi."
Amaran demi amaran yang Zanth luncurkan dari kata katanya. Sedikit pun wajahnya tak berubah. Dia paling pantang kalau nak buat business tapi guna cara kotor macam ni. Percaya pada rezeki. Itu yang penting
Selepas bicara terakhir. Zanth pergi meninggalkan Encik Manaf yang masih terkejut. Hanya susuk tubuh Zanth yang hilang dibalik pintu dapat dilihat oleh lelaki tua itu.
Wajahnya sudah merah menahan amarah. Anak tak guna ! Dia mendengus kuat dan bangun menuju ke bilik anaknya .
Pintu dibuka kasar dan susuk tubuh anaknya sedang bermain catur seorang diri diperhati tajam. Dia jalan mendekat dan ditolak semua catur yang ada diatas meja hingga bertaburan dilantai. Fahim tercengang dan terus bangun dari duduknya.
"Aku tak pernah sokong strategi bodoh kau ni. Kau dah makin melampau sekarang ni. Dengan kuasa yang aku bagi kau akan jatuhkan syarikat ni Fahim !."
Kolar baju Fahim dicengkam kuat oleh si ayah. Fahim hanya membalas pandangan tapi mulutnya masih terkunci untuk memulakan bicara.
"It's over Fahim. Aku dah muak dengan perangai kau. Cuba jadi dewasa !." Fahim memejam mata rapat saat ayahnya menempik agak keras.
Dia tahu ini pasti ada kaitan dengan apa yang dia lakukan. Ayahnya takkan mengamuk sebegini jika tiada perkara yang melibatkan syarikat.
Pengecut betul Fahim ni 🙄
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...