EL 25

50 7 0
                                    



Kalau bukan kerana rengekan Icha. Tak akan dia berada diatas jalan saat ini. Malas mahu mendengar perempuan itu membuat hal. Dia hanya mengikut. Cermin mata Rayban membuatkan penampilan Zanth makin menyerlah.

Tak sampai 20 minit perjalanan. Dia segera membelokkan kereta ke kiri masuk ke perkarangan rumah Icha. Malas mahu turun, dia hanya menghantar whatsapp mengatakan yang di sudah ada diluar rumah. Lagipun family Icha tak ada disini. Dia tak mahu nanti berlaku benda-benda yang tak elok. Bukan dia tak kenal Icha macam mana. Jadi lebih baik dia menghindar.

Beberapa ketika barulah muncul Icha dengan pakaian mengalahkan orang nak pergi party. Huh sakit matanya tengok. Boleh kira berapa banyak tak tak tutup dari tertutup. Dengan bau minyak wangi semerbak. Dah macam mandi minyak wangi ! Ni kalau aku ada asma memang dah jalan dulu.

"Sorry.. lama tunggu?" Sapa Icha manja. Lengan Zanth sempat dipegang.

"Tak pun. Jom. Nak pergi mana?" Zanth mengalih tangannya. Seolah membetulkan seatbelt. Padahal seatbelt tu tak ada masalah pun. Yang masalahnya perempuan disebalah.

"Shopping. Makan-makan. Spend our time together." Suara teruja ditunjukkan.

Zanth hanya mengiyakan saja. Terus dia meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju.

Memang dah jangka kalau hari minggu pasti mall akan sesak dengan ramai orang. Zanth jadi rimas. Dia tak suka tempat sesak macam ni. Tapi bila teringatkan Icha yang mahu ke situ. Terpaksalah dia turuti.

Tadi beria berjanji sekejap je. Dah lebih sejam dia berputar dalam Suria KLCC ni. Dah naik lenguh kakinya. Hantu shopping betul ! Dari tadi dia tak mahu membantah. Ikutkan saja apa yang mahu dibeli. Lihat saja di tangannya sekarang. Penuh dengan paperbag. Allah ! Tak faham betul aku apa yang di shoppingkan nya. Itu nak ! Ini nak !

"Sayang. Jomlah temankan I shopping lagi. I nak beli kasut baru, dah lama I tak beli kasut. I ingat I nak beli kasut dari Datuk Jimmy Choo." Adu Icha. Dengan tangan yang melingkar dilengan Zanth.

"It's up to you. Beli je kalau nak." Jawab Zanth bersahaja.

"Sayang. Baju ni okay tak dengan I? You tak rasa terlalu besar ke? Or you prefer this one?" Icha menunjuk baju blouse berwarna hitam dan sebelah lagi dress paras paha yang berwarna biru muda.

Zanth hanya memandang dan seyuman diberikan. Pilih jela boleh tak. Tak payah nak tanya-tanya. Bukan aku pun yang nak pakai ! Gumam hati Zanth.

"Both. Semua cantik."

Setelah membuat pembayaran. Laju tangan Icha menarik Zanth ke butik Louis Viutton. Sekali lagi Zanth menggeleng perlahan. Bukan masalah wang. Dia tak kesah tentang itu. Cuma dalam fikirannya saat ini, bila Icha mahu menariknya balik.

Dari tadi ajak balik alasannya sekejap. Sudah naik rimas dengan alasan itu. Ini dah masuk kedai lain. Nak tunggu dia pilih barang lagi. Tak tunggu dia berborak dengan seller lagi. Aduh ! Sesak otaknya.

Dia mengambil tempat di salah satu kerusi yang tersedia. Mungkin ada baiknya mereka membuat kerusi untuk pelanggan menunggu. Em lebih kepada pasangan yang mana terpaksa menghadap perempuan yang kaki shopping seperti Icha. Contohnya dia sekarang. Penuh dengan paper bag Icha di tangannya.

Endless LoveWhere stories live. Discover now