Mata dijulingkan keatas. Panggilan dari minah sengal dibelakang Amara endahkan. Dia hanya menonong berjalan ke meja kerja. Ingat aku nak sangat ke jumpa dia? Semak otak aku je. Masalahnya minah tu buat apa dekat aras ni? Kalau nak jumpa Zanth, kenapa sampai aras ni pulak? Oh nak pergi pantri lah tu kut. Amara ligat berfikir. Panggilan nama Amara di belakang masih lagi kedengaran. Malah dengan bentakan. Hei dia ni memang mencabar kesabaran aku betul lah ! Amara menghenti langkah. Dia mengeluh kasar sebelum berpaling menghadap si sengal !"Nak apa?" Tanpa basa basi Amara bertanya. Dah nampak beria panggil aku sangat.
"Kau pekak ke? Dari tadi aku panggil tak reti nak berhenti?" Bentak Icha kuat. Dengan lenggoknya berjalan. Dia berhenti di hadapan Amara. Rambutnya yang berkarat itu dibetulkan supaya tidak serabai.
"Nak apa?" Masih soalan sama. Amara buat muka menyampah.
Budak-budak pejabat dah mula angkat muka melihat Icha dan Amara bertelingkah. Menyesal pulak dia berhenti di sini. Kalau tahu dia terus je ke meja dia. Tapi macam sama je ! Meja dia lagi lagi lah. Di tengah-tengah ruang itu. Mahu semua mata melekat pada sketsa percuma ini. Sempat mata Amara mengerling pada mata-mata yang melihat.
"Buatkan aku air. Lepastu hantar ke bilik Zanth." Arah Icha . Dengan muka minta penamparnya.
Rahang Amara jatuh. Biar betul perempuan ni? Saja nak buat aku naik angin. Saja tumpahkan minyak dalam api. Saja buat aku nak penampar muka dia ke apa? Dia ingat dia siapa nak mengarah aku? Dia ingat dia tunang Zanth aku nak kena ikut semua yang dia cakap? Huh memang tak lah aku nak ikut. Silap orang kalau nak cari pasal.
Amara senyum sinis. Terasa lucu dengan tingkah Icha . Tolong lah jangan jadi bodoh wahai Icha.
"Saya bukan PA Encik Zanth. Maaf ye. Awak silap orang." Suara masih dilembutkan. Walaupun hati tengah membara. Sumpah dia memang tahan sabar sekarang ni.
"Hei ! Aku tak kisah lah kau PA ke, kau tea lady ke, kau cleaner ke. Bila aku bagitahu aku nak air, jangan nak banyak songeh sangat !" Icha memandang Amara dengan sinis sambil berpeluk tubuh. Mata itu masih meratah setiap tubuh Amara.
Apa bengap sangat perempuan ni? Dia ingat dia siapa? Siapa bagi dia pangkat nak arah arah aku?
"Sekarang ni apa masalah Cik Icha sebenarnya? Kalau nak jumpa Encik Zanth, suruh la Aliya PA Encik Zanth yang buatkan air. Saya kerja dekat sini bukannya makan gaji buta. Banyak lagi kerja saya nak buat lah dari nak melayan benda remeh ni." Amara merengus kuat. Menyampah dengan perangai tak semenggah Icha. Sengaja dia memasukkan soal makan gaji buta. Dia ingat aku jenis macam tu ke? Senang mak nenek dia je main bedal cakap aku macam tu.
"Sedar lah diri tu kuli je. Semua benda kau boleh buat kan? Takkan setakat nak buat air aku pun kau dah mengalah. Untung-untung kau dapat cuci mata nanti hantar air aku." Icha bersuara dengan senyuman jahat. Ayat terakhir sengaja diperlahankan supaya Amara saja yang dapat mendengar.
"Saya rasa seeloknya Cik Icha jangan nak buat saya menyampah. Apa masalah Cik Icha? Saya tak kacau Cik Icha pun kan sebelum ni? Kenal apatah lagi? Apa masalah nak kacau saya?" Sembur Amara tegas. Makin ditahan, makin mendidih dengan kelakuan Icha.
"Baguslah kau tanya aku. Hei ! Semua orang dalam office ni tahu lah kau tergila-gilakan Zanth. Jadi aku nak pesan yang kau tak layak pun untuk dia. Kau tu sekadar orang bahawan yang tak ada apa-apa. Sedar lah diri kau tu sikit ! Zanth takkan pandang perempuan macam kau. Setakat perempuan macam kau ni berlambak lah tepi jalan."
Tengkingan Icha buatkan semua mata-mata muka berbisik sesama sendiri. Tangan Icha sempat menolak bahu Amara. Dengan tangan yang naik menunjukkan amarahnya pada Amara. Seolah menghambur segala amarah yang terpendam selama ini.
YOU ARE READING
Endless Love
RomansaBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...