Pov Amara TahliaAku menyandar belakang badan ke kabinet pantri. Itulah tempat untuk lepaskan lelah setelah bergelut dengan kerja kerja yang bertimbun kalah perdana menteri. Boleh tak nak mintak masa rehat lebih dari boss. Oh tolong lah aku rasa macam nak tercabut tangan aku harini. Semua benda nak kena betulkan balik. Itu salah ini salah. Kau memang nak dera aku kan Zanth. Aku mengetap bibir geram.
Aku melihat disekeliling. Hanya aku yang berada di pantri maklumlah orang lain semua tengah kusyuk bekerja. Aku bukan makan gaji buta okay ! Aku hanya melepaskan lelah setelah berkhidmat. Dah betul ke belum ayat aku? Tolong betulkan kalau salah ye.
Peti dibuka dan tersergam indah didepan mata air yang sudah siap dibancuh. Ya allah rezeki aku ! Tak perlu susah susah nak bancuh baru. Biasalah kalau kita ikhlas , Allah akan balas balik. Hehe !
Segera aku mencapai gelas yang ada didalam bekas sejatan. Nasib baik dah kering. Aish mana tea lady ni. Kenapa tak letak dekat bahagian gelas. Apa lah. Amara marah ni ! Air sirap selasih dituang hanya separuh gelas. Aku menutup semula peti dan berjalan ke meja. Tudung saji dibuka. Yes ! Ada kek lapis. Orang cakap langkah kanan. Wah sukanya.
Setelah duduk di kerusi, aku segera mencapai kek lapis coklat chip dan terus suap ke dalam mulut. Nikmatnya ! Inilah yang dia suka kalau pantri tak kosong. Ada je yang bawak makanan. Oh sorry , makanan dalam pantri sudah diberi keizinan oleh tuannya okay. Jangan cakap aku makan tanpa izin. Aku murka korang !
Air diteguk saat tekak terasa perit kerana kek lapis itu terlalu manis. Fuh lega. Tak makan benda mahal pun takpe lah kalau dapat makan kek lapis sarawak pure. Kenyang !
Baru saja aku bangun menuju ke arah sinki. Aku ternampak sesuatu merayap perlahan. Mataku terus statik pada binatang berwarna coklat itu. Saat itu juga bulu roma naik meremang seperti nampak hantu. Lipas !
"Maaa ... Tolong !" Jerit aku kuat.
Wah lipas ni memang bergurau ke apa? Siap boleh bergerak tergedek gedek depan mata aku. Kau memang nak mampus kan lipas ! Kau tahu aku anti kau kan . Kenapa kau perlu muncul depan aku. Tanpa lihat kiri kanan aku segera melompat keatas kerusi. Dah tak kesah semua benda disekeliling .
Ewah kau lipas siap main pusing pusing lagi dekat bawah kerusi aku. Dengan selamba tanpa fikir panjang aku segera menuang sisa air sirap selasih tadi kononnya biar lipas itu pergi dari sini. Malah aku ternampak seperti lipas itu mula memanjat naik ke kerusi. Mula lah aku makin kalut. Kau memang jahanam !
Aku melompat lompat menghalau lipas dengan mulut kecoh menyumpah makhluk itu.
"Kau berambus lah. Jangan datang sini. Pergi pergi !" Aku menghalau dengan tangan . Dihayun berjuta kali supaya lipas itu pergi.
Tapi nampaknya lipas itu memang sengaja nak cari pasal dengan aku. Lipas itu membuka sayapnya dan mula terbang kearah aku. Apa lagi ! Aku memang menjerit lah.
Kaki terus meloncat turun dari kerusi tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku apabila aku tergelincir akibat air sirap yang aku tuang tadi. Dan ...
Aku memejam mata. Tahu yang aku bakal jatuh menghempap lantai yang cantik dibawah sana.
Bum !
"Aduh !" Aku menyerengai sakit tapi mata aku masih lagi statik pada lipas itu.
Dia masih lagi berterbangan di udara. Nampak tak aku takut lipas melebihi sakit aku?. Tahap apa dah ni .
Dengan tenaga yang aku kumpul semasa makan tadi. Aku bangun lalu berlari keluar dari pantri. Tak sampai di pintu aku terlanggar seseorang yang menyebabkan aku ingin jatuh semula. Kaki aku yang agak sakit tadi membuatkan aku tak boleh berdiri gagah.
YOU ARE READING
Endless Love
عاطفيةBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...