EL 8

77 10 0
                                    



Emir menghempas tubuh ke katil. Huh penatnya ! Semua beban terasa hilang bila dapat berbaring seperti ini. Macam macam hal yang perlu dia hadap di office. Kepalanya seperti mahu pecah.

Dipicit kuat kepala sambil mata terpejam rapat. Denyutan di kepala makin hilang. Emir kembali membuka mata dan dia bingkas bangun dari tidur. Dia bergerak menuju ke dalam toilet. Pintu almari sebelah kiri dibuka dan satu tuala diambil dan disangkut dibahu.

Dia berhenti dicermin besar yang memantulkan seluruh toilet transparentnya. Dia memerhati diri sendiri dalam cermin itu. Dia tersenyum sedikit. Butang kemejanya dibuka satu persatu. Terserlah dada bidang lelaki itu.

Ubat gigi dan berus gigi dicapai di dalam bekas. Dia membubuh ubat gigi di berus dan terus menggosok gigi. Setelah siap dia berkumur beberapa kali sehingga bersih. Gigi ditayang dicermin. Melihat takut ada lagi sisa sisa yang melekat. Yakin yang sudah bersih. Emir membuka seluar dan terus melilit tuala dipinggang. Semua baju kotor dilempar kedalam bakul yang tersedia ditepi almari. Dia segera membuka pintu ke dalam kamar mandi.

Air pancut dibuka. Dan terus mengenai kepala Emir. Terasa segar tubuhnya. Hilang semua peningnya tadi. Dia sengaja berlama lama sambil menikmati basahan air yang menyentuh tubuhnya.

Selesai mandi. Emir menuju ke wardrobe dan memilih baju. Diambil baju berwarna biru muda dan seluar pendek.

Sesudah itu. Dia mancapai telefon diatas katil dan menuju ke ruang tamu. Dihempas tubuh diatas kerusi. Fuh segarnya !

Tiba tiba terlayar di ruangan mata wajah Iris. Satu persatu dari malam itu hingga lah siang tadi.

Bagaimana begitu cepat dia rasa selesa dengan gadis itu? Gelagat Iris petang tadi bermain diminda. Berlegar legar seolah tak mahu keluar dari minda.

Bukan mudah untuk dia rapat dengan perempuan. Tapi kenapa bila bersama Iris dia rasa mesra?

Emir mengangkat tangannya. Dipandang lama. Tangan ini yang tadinya begitu berani menyentuh tangan Iris. Tangan yang mengheret gadis itu naik ke kereta pada malam itu. Tangan yang sempat mengusap ketika gadis itu menangis. Tangan yang berani melawan tuannya melalukan perkara yang dilarang.

Senyuman terukir dibibir. Tangan dijatuhkan disisi. Dia memejam mata rapat. Mimpi yang pernah dia alami dulu muncul kembali. Kelibat seorang perempuan yang dia peluk menyapa dalam tidur.

Siapakah dia? Betulkah ia mainan tidur? Atau ia cuma ilusi? Atau bayangan semata?

Tapi kenapa perasaannya begitu aneh.

Deringan telefon mengejutkan Emir dari lelap. Dia bingkas bangun dan mencapai telefon. Butang hijau dislide ketepi.

"Ye?"
"Siapa yang handle untuk projek tu?"
"Kenapa boleh cuai?!" Nada Emir naik seoktaf

Panggilan dari seseorang membuatkan Emir kembali panas.

"Maaf Encik Emir. Nampaknya seperti semua ni dah dirancang. Security bahagian pengawalan bahan bahan konkrit juga telah dipukul hingga cedera. Malah empat buah treler yang hilang tanpa dapat dikesan." Penjelasan dari pihak sana membuatkan Emir memejam mata lama.

Satu satu masalah yang timbul ! Dia hanya diam seketika.

"Cctv?"

"Semua telah dipadam Encik."

"Bawak semua yang cedera ke hospital. Pastikan kejadian ni takkan ada yang tahu dan jangan sampai bocor hingga ke telinga media !" Tegas Emir berbicara dan seraya itu telefon dihempas ke kerusi.

                             

Telefon yang bergegar diatas meja diangkat. Loudspeaker ditekan. Seorang lelaki yang masih berada di pejabat pada tengah malam. Lampu telefon menyala dan kedengaran suara seseorang dibalik corong.

Endless LoveWhere stories live. Discover now