Amara yang sedang tidur ditenung. Entah kenapa dia yang nak jadi volunteer jaga Amara. Sedangkan kawan kawannya Amara ada dibawah. Mungkin kerana rasa bersalah? Ye la tu kut. Amara tak jadi macam ni kalau dia tak bagitahu tentang itu tadi.Dia tahu yang Amara gilakan dia tapi dia masih tak boleh terima Amara. Lebih baik dia berterus terang dari meletakkan harapan pada gadis itu. Dia taknak nanti Amara lebih sakit hati. Jadi dia buat keputusan untuk bagitahu Amara. Dan tak sangka ini yang bakal terjadi.
Zanth berdiri sambil bercekak pinggang di sebelah katil. Mata masih melihat Amara. Dia kena pastikan Amara sedar dulu baru dia akan lega. Tadi pun Reyna dan Iris naik untuk melihat Amara. Tapi Amara masih tak sedar.
Gebar ditarik menutupi separuh tubuh Amara. Zanth berjalan keluar dan pintu ditutup. Biar lah Amara rehat dulu. Nanti dia akan jenguk semula. Tangga dipijak satu persatu. Tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Bunyi bising gelak tawa mula diam bila Zanth pijak tangga terakhir. Empat mata memandangnya. Zanth angkat kening.
"Kenapa?" Tanya Zanth. Lalu dia berjalan menuju ke sofa. Dia duduk. Dipandang semua mata yang terarah padanya. Dah kenapa pandang pandang?
"Nak mintak tolong boleh?" Iris membuka mulut.
Zanth hanya angguk. Yang lain diam.
"Let her stay at your place tonight. Lagipun Amara masih tak bangun. Kitorang ada kerja esok. Boleh tak?"
Oh please boleh ! Jangan cakap tak boleh. Reyna menempik dalam hati. Dia taknak cakap sebab tadi kan dah marah Zanth. Tiba tiba malu pulak sebab nak mintak tolong Zanth jugak. Haha tulaa berlagak lagi. Kan dah malu.
"Are you sure? Berani tinggal kawan korang dengan aku?" Zanth sudah menggosok belakang tengkuk. Takkan lah kut? Muka tak percaya ditayang.
"Biar lah dia stay sini. Lagipun takkan nak angkat Amara kut." Aryan menyampuk.
Yang lain mengganguk setuju.
"100 percent sure. Aku ada job esok. Pagi pagi lagi dah nak kena ada dekat set." Reyna pula mengeluarkan suara.
Zanth pandang Iris." Aku ada appointment dengan client butik esok. Jadi memang tak sempat nak jaga Amara." Iris angkat tangan paras bahu.
Zanth keluh kecil. Dipicit dahi kejap. Takkan nak biar Amara stay sini. Dia pun risau jugak. Jadi apa apa nanti.
"Tak payah risau lah. Penthouse kau bukan sebarangan orang boleh masuk. Takkan ada yang tahu. Lagipun nanti Reyna dengan Iris datang jugak." Ayat yang ditutur Emir seolah menjawab apa yang bermain difikiran Zanth.
"Boleh lah. Alang alang kau tebus salah kau balik dengan jaga dia. Deal?" Reyna sempat memerli.
Zanth pandang Aryan.
"Baik kau suruh dia diam sebelum aku yang diamkan dia." Zanth pesan pada Aryan. Aryan menggeleng perlahan.
Reyna ni kan. Memang. Buat hal betul. Sempat main perli perli masa nak mintak tolong. Aryan menjentik dahi Reyna sekali. Berdecit perlahan Reyna sambil menggosok dahi yang perit dijentik.
Iris dan Emir hanya tergelak melihat gelagat mereka. Macam macam la diorang ni. " Dah dah. Kira kau jaga Amara kan? Aku dah nak gerak. Esok awal pagi lagi aku dah nak kena pergi butik." Ujar Iris lalu mengambil beg dan dia mula berdiri untuk beredar.
"Aku pun chaw dulu. Apa apa nanti update okay." Emir menyaingi langkah Iris. Sempat berjabat tangan dengan Zanth dan Aryan.
"Wei aku tumpang kau balik !" Laung Reyna pada Iris. Dia terus bangun dan terkocoh kocoh keluar. Tanpa pamitan pada Zanth. Reyna kesah apa. Aryan kan ada boleh backup. Hohoho.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...