Seperti hari-hari biasa. Iris dan Amara sudah bertekak pagi-pagi buta. Bunyi bising saling bersahutan. Sorang didapur, sorang dimeja makan. Memang rutin seorang Iris setelah subuh dia tidak akan tidur. Lagipula, menyediakan sarapan pagi untuk dua anak monyet itu sudah menjadi kerja tetapnya. Melainkan kalau dia sakit ataupun ketika Amara yang tersampuk jin baik. Untung dapat makan makanan si Amara. Amara bukannya tak pandai memasak tapi pemalas punya pasal.Betul lah orang tua-tua cakap. Kalau dah malas tu, suruh la banyak kali pun tak akan bergerak. Orang yang jarang masak ni sebenarnya masakan mereka lagi sedap dari orang yang selalu masak. Betul ! Tengok saja Reyna. Sekali dia masuk dapur. Masakan seolah makan di restoran taraf-taraf lima bintang. Tapi itulah. Setahun mungkin dua atau tiga kali dia mencemar duli masuk ke dapur.
Dan ! Yang paling mereka menyampah kalau Reyna memasak. Semua barang-barang yang dia gunakan. Bersepah satu dapur. Kalau ada tiga pisau didapur. Tiga-tiga pisau tu dia guna. Potong ayam pisau lain, potong sayur pisau lain, potong buah pisau lain. Ya allah pening betul kalau dia masuk dapur. Apa salahnya kalau dia gunakan satu pisau je? Lepas potong ayam. Boleh je pergi basuh lepastu potong bawang dan lain-lain. Tapi sebab pemalas punya hal ! Semua barang dia guna.
Kalaulah mereka bukan kenal dari zaman sekolah menengah lagi. Rasanya memang dah lama masing-masing akan bercakap belakang. Bayangkan kalau hanya housemate sekadar hausemate. Bukan seperti mereka. Mungkin akan ada perang yang bakal berlaku. Masing-masing ada perangai sendiri. Itu perkara biasa untuk manusia biasa. Tipu jika mereka tidak mempunyai perangai buruk. Tapi mereka hanya tunjuk bila mereka bersama.
Umur mereka sebaya membuatkan mereka mudah bergaul. Sejak disekolah menengah mereka jadi rapat. Hanya kerana Iris pernah dibuli. Iris pernah disimbah dengan air sirap. Dia pernah ditolak ketika turun dari tangga. Ya. Hanya kerana Iris seorang yang pendiam.
Pada mulanya, Reyna tak mahu ambik kisah. Disekolah itu, memang sudah biasa dengan kes buli kerana sekolah swasta yang menempatkan anak-anak dari orang kaya. Jadi sesiapa yang lebih berkuasa akan menindas yang kurang berkuasa. Memang Iris pun datang dari orang berada tapi dia seorang yang tak bergaul dengan orang lain dan dia menjadi perhatian guru-guru disekolah kerana kebijakkannya.
Saat itu, Tiada siapa yang berani melawan sekumpulan pelajar yang membuli itu, walaupun ada guru yang memberi hukuman pada mereka tapi ada saja ulah yang bakal dilakukan. Tak akan makan saman pun kalau diberi hukuman. Mereka akan mengadu pada ibubapa pula. Akhirnya guru yang dipersalahkan.
Huh ! Inilah pelajar yang taktahu diuntung. Mak bapak hantar ke sekolah untuk belajar tapi mereka? Datang sekolah untuk tunjuk lagak. Bangga dengan perilaku tak beradab itu. Guru mahu membimbing pula menjadi mangsa. Ibu bapa? Masih membela anak. Sepatutnya mereka mencari tahu kebenaran. Bukan bulat-bulat percayakan mereka. Tak habis fikir dengan perangai ibubapa yang mahu membela anak. Tak salah membela tapi jika anaknya yang melakukan kesalahan. Mereka patut menasihati bukan sama-sama menunding jari pada orang lain.
Nak menjadi nasib malang untuk Iris dan Amara mungkin. Saat Iris yang mahu turun ke kantin sekolah. Sekumpulan pelajar lelaki yang selalu membulinya melepas ditangga. Iris sudah kelam kabut mahu mengelak. Tapi disebabkan salah seorang dari mereka perasan tentang kehadiran Iris. Mereka mula mengusik. Pelajar lain sudah turun dari tangga satu lagi. Kalau boleh masing-masing mahu mengelak.
Baru saja Iris mahu mengelak dari lalu didepan mereka, lengan Iris direngkuh dari belakang membuatkan dia hilang keseimbangan. Dan pada saat itu, tak sempat Iris mahu memegang pemegang tangga menyebabkan dia terseliuh dan jatuh dari tangga. Yang paling menyakitkan bila saat itu Amara juga baru saja ingin naik ke tingkat atas.
Malang tidak berbau, Iris yang ketika itu sudah mahu menyebah lantai menghempap Amara yang juga terkejut dari penolakan tubuh Iris dan kedua-duanya sudah menyembah bumi. Kaki kiri Iris juga terseliuh dan bahagian siku Amara retak akibat hentakan semasa jatuh. Reyna yang kebetulan lalu disitu kaget dan terus merapati mereka.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...