Barangan didalam kedai itu dilihat sepintas lalu. Diangkat dan diletak. Kaki berjalan menyelusuri lorong setiap rak disitu. Sudah dua hari selepas kejadian itu, dia tak datang ke butik. Harini ini dia ada angin untuk keluar. Dia hanya singgah di Valley Mall untuk cuci mata dan menghilangkan rasa takut yang masih lagi menjalar di hati.Iris hanya menghembus nafas lega bila tak lagi muncul wajah Fahim dihadapannya. Tapi dalam masa itu dia masih lagi berjaga jaga. Amaran Fahim masih lekat di fikirannya. Takkan sampai bila bila dia perlu bersembunyi. Jadi nak atau tak dia terpaksa keluar dari rumah dan lakukan aktiviti seperti biasa. Hanya itu cara untuk dia tidak berfikiran negatif.
Kaki melangkah keluar dari kedai beg dan masuk pula ke Pandora. Matanya bersinar saat melihat semua koleksi disitu. Dia sangat meminati semua koleksi pandora. Sekarang ini pun dia memakai semua koleksi pandora.
Untuk gelang dia memakai Sparkling Slider Tennis Bracelet sangat simple dikelilingi mutiara kecil tapi membuatkan Iris rasa seperti sangat mewah. Cincin pula dia hanya memilih design Daisy Flower Ring mempunyai bentuk yang sangat cantik dimatanya. Dikelilingi bunga daisy dan sangat sesuai apabila si pemakai ingin bersantai.
Iris hanya mempunyai subang Polished & Pave Bead Dangle Earrings dan ini adalah design terbaru dari pandora. Ianya sejenis subang long chains dan manik manik yang bertaburan membuatkan Iris kelihatan sangat elegen. Dan Rantai dikenakan Beaded Chain Necklace plus Lucky Four - Lead Clover Pendant. Ianya gabungan antara rantai dan loket. Dia membeli berasingan tapi cantik bila digabung.
Dari atas sampai bawah semuanya Pandaro. Dia tak kisah bila tak dapat barang lain tapi kalau Pandora memang dia sanggup beli. Emas? Dia ada cuma dia tak berapa suka nak pakai sebab nampak tua. Entah. Bukan citarasa dia.
Pandora mahal? Untuknya tak begitu mahal untuk sesetengah barang. Dia lebih memilih kualiti berbanding harga. Material yang sangat high quality level. Tak mustahil sesetengah produk pandora agak mahal. Tapi ianya berpatutan bila dibanding dengan brand lain.
"Hai selamat datang. Cik berminat? Yang ni semua new arrival ye cik." Seorang perempuan sebayanya menegur. Mungkin sales girl. Iris hanya tersenyum dan mengangguk.
Mata masih lagi melirik semua barangan didalam kaca itu. Iris tersenyum sendiri. Bila lah nak ada orang belikan untuk aku pulak. Asyik aku beli untuk diri sendiri je... gumam dalam hati.
"Cik memang pakai semua jewelleries dari pandora? Subang yang cik pakai tu design terbaru dari pandora. Wah cik memang peminat pandora ye." Matanya memandang Iris dari atas ke bawah. Mungkin baru perasan yang Iris memakai design dari pandora. Dia hanya tersenyum manis dan masih lagi mengawal cara profesionalnya.
"Ha ye. Baru je seminggu saya beli. I'm so in love with this design. Simple but elegant. So can you recommend something to me?" Iris mengangkat muka dan hanya membalas pertanyaan gadis itu. Iris meminta sales girl itu untuk merekomenkan design terbaru kerana dia sudah berpinar mata melihat semua design. Kalau boleh nak borong. Oh gosh ! Iris please jangan boros !
Sales girl itu agak teruja lalu memperkenalkan satu persatu sekali dengan harganya. Untung besar dia jika perempuan didepannya membeli pandora untuk new arrival.
"Saya rasa untuk gelang, cik lagi cantik bila pakai Bead & Pave bracelet sebab ianya sesuai dengan tona kulit cik yang cerah dan nampak berclass. Jika nak matching cik boleh pakai dengan rantai sekali iaitu Bead & Pave Necklace."
Iris meneliti Bead & Pave Bracelet dan Necklace silih berganti . Rantai mempunyai Manik tunggal yang lebih besar pada kalung yang ditetapkan dengan zirkonia kubik yang jelas merupakan keunikan membuatkan ia nampak begitu glam pada si pemakai. Gelang pula Ia mempunyai rantai manik yang penuh dengan satu manik pavé-set besar dan tong kecil. Gelang direka untuk dipakai bersendirian atau disusun dengan gelang lain dalam kemasan logam yang berbeza untuk melihat menarik.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...