Aku memang manusia biasa
Yang tak sempurna
Dan kadang salahNamun dihatiku hanya satu
Cinta untukmu
Luar biasa.Suara Amara nyaring menyanyikan lagu Luar biasa dari Yovie and Nuno. Wah tu lagu favourite kut. Macam kena je kalau dia nyanyi untuk Zanth. Auch ! Cinta dia untuk Zanth memang luar biasa okay. Gedik nau kau eh Amara. Aku pijak kaki tu kang sia sia.
Iris mencapai remote tv dan punat merah ditekan. Dengan serta merta tv tertutup. Amara yang sedang menyanyi tadi turut terhenti. Rumah yang dihuni oleh mereka tiba tiba senyap. Apa ingat dia sorang je ke duduk dalam rumah ni? Suka hati memekak macam orang gila. Iris sudah mencekak pinggang dan mata Amara ditenung.
Reyna menapak turun dari tingkat atas. Kepala diteleng pada Iris dan Amara. Ek ! Diorang main acara mata bersabung ke apa? Amara memandang Iris dengan perasaan yang tak puas hati. Dan Iris seolah membalas pandangan seperti memerli. Aduh macam macam lah dua orang ni.
"Dah kenapa korang ni? Aduhai. Ada je benda nak buat hal kan." Reyna mengambil tempat di salah satu sofa yang bersebelahan dengan Amara. Tangan mencapai satu botol kerepek pisang dan dibuka lalu disuap ke mulut.
"Apa pandang pandang ! Ada hutang?" Iris menjeling Amara. Dijelir lidah untuk menyakiti hati Amara. Tangannya juga sempat menepuk bahu Amara. Saja dia nak mengusik. Masa masa macam ni lah boleh nak kacau.
Kalau masa dia sihat. Mahu dia kejar aku 40 kali. Huh ! Tahu lah pernah juara acara lari masa sekolah menengah dulu. Hek elee. Tapi aku pun juara jugak tau ! Ingat hang je ke nak jadi juara.
"Memang kau hutang aku ! Kau memang takde kerja eh? Asyik nak kacau aku? Siap kau kalau aku dah boleh jalan. Aku siat kau hidup hidup." Amara sudah menunjuk ke arah Iris. Amarannya seolah angin lalu untuk Iris. Malah kawannya sempat berjalan dengan goyang goyang badan. Ewah perangai kau eh perempuan ! Siap kau.
Bukan main kau kacau aku sebab aku sakit kan. Haa kau tunggu aku dah okay nanti. Memang aku kerjakan kau cukup cukup ! Gumam Amara
"Rey ! Tengok kawan kau tu. Harini dah cukup menderita aku duduk dengan dia. Kesian aku tau." Adu Amara pada Reyna. Sudah dicebik bibir seolah ingin menangis.
Drama queen dimenangi oleh Amara Tahlia ! Kalau ada Anugerah Pelakon Paling Popular Sedunia. Patut dah si Amara ni tercalon.
"Bila jauh cari. Ada dekat gaduh. Macam budak budak tahu tak korang ni. Iris pun sama. Yang kau kacau dia kenapa? Amara pun? Nak mengada sangat kenapa?" Reyna sudah dengan nada yang agak keras. Haa padan muka ! Kan dah kena. Dua dua sekali diam tanpa bicara.
Seminit diam. Selepas itu mereka semua meletuskan ketawa. Ewww geli sangat Reyna nak jadi mak mak. Tak kena langsung dengan muka macam tu. Ceit !
Bip bip !
Iris mencapai telefonnya diatas meja. Notification diperiksa. Dahinya sedikit berkerut. Whatsapp dari seseorang membuatkan dia berasa pelik. Kenapa tiba tiba?
Can we meet ? - Emir
Iris berkira kira ingin membalas tapi macam kurang ajar jika dia tinggalkan bluetick. Lagipun Emir pernah menolongnya.
Bila?- Iris
Iris duduk dibawah sambil bersila. Remote tv sudah berada ditangan Reyna. Apa lagi kalau dengan perempuan tu. Movie memanjang. Terpampang logo Netflix di tv. Saat itu juga whatsapp dari Emir masuk.
YOU ARE READING
Endless Love
Любовные романыBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...