Penampilan diri dicermin diperhatikan. Lagi sejam setengah majlis untuk dana terbesar dari Dato Akbar akan berlangsung. Reyna memusingkan tubuh dua tiga kali untuk memastikan pakaian yang bakal menjadi lelongan itu terlihat sempurna. Bilik itu, hanya menempatkan dia sahaja dan beberapa orang krew yang mempersiapkan dirinya.Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Ada yang sedang meletakkan segala barang lain yang perlu di lelong.
Dia kembali duduk dihadapan cermin meja solek. Seorang perempuan datang mendekat. Reyna hanya tersenyum manis tapi senyuman itu hanya sebentar terlayar dibibir. Perempuan tadi hanya membuat tak tahu. Malah menjeling. Kalau tak salahnya perempuan ini seorang makeup artist. Malas mahu mengambil hati. Reyna hanya diam.
Tak lama setelah itu, mukanya dioleskan dengan pelbagai jenis foundation dan segalanya diconteng agar sesuai dengan tema malam ini. Kalau nak diikutkan hatinya yang kurang sabar ni, dah lama si makeup artist sorang ni bakal menerima laungan maut dia. Buat kerja memang nak menjahanamkan muka aku agaknya.
Bayangkan guna berus blusher tu kalau boleh bulu brush tu masuk terus dalam mata aku. Ini makeup artist ke apa? Nasib baik kesabaran aku ni masih tinggi. Malas nak spoil mood malam ini. Ya memang tak dinafikan walaupun muka aku ni dah seksa yang amat tapi hasil contengan dia agak bagus.
Iphone yang berada diatas meja solek berdering minta diangkat. Reyna segera mengambil telefon. Tertera nama Amara di screen. Tanpa menunggu lama dia terus mengangkat. Sempat dia memberi lirikan mata agar perempuan itu memberhentikan kerjanya sekejap. Dan masih jelingan yang dia dapat. Tengok ! Aku colek biji mata tu kang !
"Datang ke tak ni?"
"Dah ada dekat lobby. Kau dekat mana? Iris pun ikut sekali tau." Sempat Amara memberi tahu yang Iris juga datang ke majlis itu. Kalau diikutkan, Iris tak mahu ikut. Tapi memandangkan salah satu model yang akan melelong baju nanti memakai baju dari hasil tangan Iris membuatkan Iris terpaksa datang.
"Aku dekat belakang stage. Kalau susah nak datang. Kau tunggu dekat depan jela. Nanti aku datang." Ujar Reyna semula. Dibetulkan juga rambutnya sekali sekala saat jatuh ke pipi.
Lirik matanya sempat memandang perempuan tadi membuat air didalam gelas. Mungkin haus. Walaupun dalam bilik ini ada aircond tapi tetap panas. Mungkin disebabkan sesak dengan orang keluar masuk.
"Duduk tempat yang aku dah bagi nombor tu tau. Senang aku nak cari. Kalau kau jumpa Aryan. Suruh dia datang jumpa aku kejap." Pesan Reyna sebelum menutup telefon.
Dia mencari-cari kemana perempuan itu tadi. Mana tahu kalau-kalau masih nak menjahanamkan muka aku ke. Saat itu, seorang lagi perempuan masuk dengan memakai baju hitam yang tertulis 'Crew' di belakang. Reyna segera menegur.
"Dik. Ada nampak tak makeup artist perempuan yang duduk dalam bilik ni?"
"Hah. Ohh Rina. Ada. Tadi dia keluar ke depan." Jawab crew itu sambil tersenyum.
Oh jadi nama perempuan sengal tu Rina. Sambil terangguk-angguk dia mengucap terima kasih.
Pintu yang terkuak dari luar membuat Reyna yang tadinya ingin ke bilik persalinan untuk melihat baju yang lain terbantut. Nampaknya si Rina dah munculkan diri. Seperti tadi. Satu ayat pun tak keluar dari mulut perempuan itu. Hanya memandang kosong wajah Reyna.
"Ada nak touch up lagi tak? Kalau tak saya nak tengok baju." Reyna memulakan bicara. Dipandang saja Rina yang berjalan menuju kearahnya.
Dan seperti tadi. Rina hanya diam tapi dalam matanya menunjukkan sesuatu yang Reyna kurang pasti tentang itu. Reyna melihat Rina dengan pandangan meminta kepastian.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...