"Jadi Emir lah yang tolong kau malam tu? Tak sangka dunia ni kecik kan?" Amara yang sedang duduk berlunjur di sofa panjang mula bertanya.Iris hanya mengangguk mengiyakan. Dia sendiri tak sangka yang Emir rupanya kawan kepada Aryan. Dan lagi tak sangka bila dia terserempak dengan Reyna di Seoul garden. Mahu terbeliak mata dia tengok Reyna dengan Aryan yang duduk menghala dia dan Emir.
Setelah itu mula lah Reyna dan Aryan mengusiknya. Dia agak malu tapi dia buat tak tahu. Emir disebelahnya juga tidak dipandang. Kenapa lah dalam ramai ramai orang. Dia perlu jumpa dengan kawan Aryan itu.
"Emir louist ? Seorang Ceo di Louist Construction. Masa umur dia 24 tahun dia dah capai apa yang dia nak. Dia terajui syarikat keluarga sehingga sekarang. Dan umur dia sekarang 29. Ayahnya serahkan semua urusan atas bahu dia setelah 2 tahun ayah dia pantau dan tak pernah ada satu masalah yang muncul tentang dia." Reyna membuka bicara. Tangannya mengambil anggur didalam pinggan dan disuap ke mulut.
"Wow hebat gila." Amara sudah ternganga. Hello ! Dia taktahu pasal Emir ! Cuma sebab dia tak pernah nak ambik kesah pasal orang lain selain Zanth Roland dia saja. Dulu rasanya lelaki itu biasa biasa saja. Yang nampak work hard hanya Zanth.
Dalam diam dia bangga dengan Emir dan juga Aryan. Mampu terajui syarikat sendiri dengan hasil usaha mereka. Walaupun dia agak tak kesah tentang hal orang lain tapi dia tahu juga walau sikit. Siapa yang cerita? Siapa lagi kalau bukan Reyna. Ahahahahhaa !
Iris termenung. Amara dan Reyna memandang sesama sendiri. Mereka tersenyum penuh makna. Bantal empat segi bercorak bunga diambil satu seorang.
Satu
Dua
Tiga...Dua bantal dibaling kearah Iris dan tepat mengenai kepala gadis itu. Iris sudah menjerit nyaring.
"Amara ! Reyna !"
Gelak ketawa mereka bersabung. Hanya Iris dengan muka bengang. Iris takkan duduk diam tanpa membalas. Satu bantal dibaling kearah Reyna. Reyna hanya ketawa. Dan satu lagi bantal dibaling kearah Amara. Amara yang mahu mengelak membuatkan kakinya tergerak terkena pada bahu kerusi. Dia terjerit kuat .
"Sakitlah !" Bantal yang mengenai tubuhnya diambil dan didakap erat. Reyna dan Iris sudah bangun mendekat. Amara segera memegang kakinya.
Bila Reyna ingin menyentuh, laju tangannya menampar tangan Reyna. " Haip haip jangan sentuh !"
Reyna dan Iris dah pelik. Bengong ke apa perempuan ni.
"Kau kenapa? Takkan jatuh pun boleh jadi gila?" Reyna menolak kepala Amara.
Iris sudah tergelak. Amara jangan cakap lah muka macam asam keping.
"Korang jangan cuba cuba nak sentuh bandage ni okay. Hanya aku je yang boleh. Kau cuba lah kalau nak mati." Amara memberi amaran tapi bibir mengukir senyum.
Oh lupa ! Zanth yang menghantarnya ke rumah memandangkan Amara buat hal lagi. Dan Zanth tak sempat untuk menelefon Aryan untuk memberitahu Reyna supaya mengambilnya di pejabat.
Hey dia takkan sia sia kan peluang yang ada. Dah alang alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan orang cakap. ! Tapi aku nak ubah sikit peribahasa ni. Pekasam tak best. So aku buat peribahasa baru. Alang alang dah nampak peluang biarlah buat sampai dapat. Eh eh ! Yeke?
Amara is the best ! Siapa team Amara ? Vote ye !
Bukan selalu dapat peluang idola nak hantar sampai rumah. Selagi kita boleh menikmati nikmat ni , baik kita hargainya. Betul ke idok guys?
Sekali lagi kepala Amara dihempuk. Tapi bukan Reyna yang menghempuk. Iris pula mengambil alih.
"Hello aku bayar zakat okay ! Jangan suka suka nak main kepala aku. Mahal tau." Digosok gosok kepala sambil mencebik bibir.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...