Akhirnya ! Setelah seminggu dia berkurung macam orang tengah berpantang. Dapat jugak dia menghirup udara segar di office. Haa ! Jangan tanya pasal kaki. Kalau dia tak sembuh lagi. Takkan dapatnya dia datang office ni. Amara berjalan memasuki perkarangan pejabat dengan berhati hati. Hello ! Walaupun kaki dah okay. Ingat dia akan cederakan kaki dia lagi ke? No way. Mestilah kena catwalk ala ala diva gituww.Alah tapi tu bukan personaliti Amara Tahlia okay. Nampak gayanya memang tak jalan catwalk lah dia. Mahu tersadung dekat tengah tengah lobby ni. Memang tayang muka free lah kau.
Kad akses dikeluarkan dari beg. Lif ditekan. Sambil menunggu lif terbuka Amara bernyanyi kecil. Gembirakan hati sendiri tak salah kan? Hati berbunga bunga. Kalau rezeki dia dapatkan bertemu mata dengan jejaka idaman. Haih.
Ting.
Amara mengangkat muka dan bersedia untuk masuk ke dalam lif. Saat itu dia bertembung dengan sepasang mata yang cukup dikenalinya. Biar betul? Dia buat apa dekat sini? Sumpah Amara terkejut. Tangan sudah naik menunjukkan pada lelaki itu.
"Lee?" Amara menyebut nama lelaki itu. Dia juga takut tersilap orang sebenarnya tapi dia macam yakin je lelaki itu adalah orang yang dia kenal.
Lelaki itu sudah melangkah keluar dari lif dan menuju ke arah Amara. Senyuman terukir dibibir Lee. Fail ditangan diangkat tinggi. Bersedia nak ketuk kepala Amara. "Kenapa? Terkejut tengok aku? Dah lupa aku la tu kan? Mentang mentang dah kerja dekat office crush kau." Lengan Amara sudah menjadi mangsa tamparan fail dari Lee. Tersasar jauh ! Takkan lah Lee nak ketuk kepala anak orang. Tak gentle la nanti.
"Jadi betullah kau? Aku ingat dah salah orang tadi... ish kau ni pun. Aku tak lupa okay. Kau yang lupa aku." Amara sudah menjuih bibir. Ditunjuk penumbuk depan muka Lee. Dan Lee hanya tayang sengih macam selalu.
Lee dah tahu yang Amara kerja disini. Dia sengaja apply job dekat sini. Dan tak sangka yang dia diterima. Dan dia tahu Amara kerja di tempat Zanth kerana dia nampak organisers chart di atas tadi. Dia agak kaget tapi dia tahu Amara macam mana. Amara akan dapatkan apa yang dia nak. Tengok macam sekarang lah. Amara tercongok depan mata dia dan bekerja dengan crush sendiri.
"What a suprise? Kau bahagian apa ni? Aku baru lapor diri tadi. So selamat berkenalan wahai cik Amara. Saya Lee Haikal dari bahagian kewangan. Nice to meet you." Lee sudah mengacah ngacah baru berkenalan dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Senyuman masih tak lekang.
Amara hanya mengikut perangai gila Lee. Padahal berkawan dah lama. Konon nice to meet you bagai. Hempuk kejap lagi. Sia sia je hidup. Amara menyambut salam dari Lee. " Hello I'm Amara Tahlia as a Architect in this company. So nice to meet you too Encik Lee Haikal. Ada apa apa boleh lah tanya saya walaupun saya taktahu pasal kewangan. Nak belanja makan pun jangan segan segan nak ajak saya. Saya sentiasa free kalau bab makan." Amara sudah bercakap gaya kerja. Walaupun dalam hati dia nak tergelak tapi masih ditawan.
Tak sampai seminit. Dua dua hambur ketawa depan lif tu. Itulah mereka. Tak pernah serius. Orang lalu lalang depan lif tu tak dia hirau. Alah orang nak tengok pun pigi mati la. Tak guna suara diorang pun kan? Haa apa kesah. Chill chill.
"Kau stay mana sekarang ni? Kejap. Kau sambung study lagi ke lepas kita grad dulu?" Tanya Amara setelah tawanya reda.
"Stay dekat bangi. Haah lepas habis master aku sambung lagi. And yah aku baru je habis then aku try je apply job dekat sini. Alhamdulillah dapat"
Amara agak teruja. Lepasni ada kawan nak ajak makan. Lagi suka bila dia tahu Lee kerja satu pejabat dengan dia. Boleh paw makanan. Eh silap. Boleh suruh dia belanja makan selalu. Jimat duit aku ! Eh seronok seronok jugak. Taknak masuk office ke? Kata hati mula berbisik. Amara terus mengerling jam ditangan. Hah terbeliak biji mata.
YOU ARE READING
Endless Love
RomantizmBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...