Fahim berjalan masuk ke Roland Holding. Sudah berasap telinganya dimarahi ayahnya. Huh tapi bukan bererti dia akan mudah mengalah. Dia datang kesini hanya kerana ayahnya. Kononnya untuk selamatkan syarikat. Panggilan dari Ayahnya tadi masih terngiang. Dia harus berurusan dengan Zanth Roland sendiri. Dia tak kesah. Asalkan dendamnya tercapai. Orang yang berkaitan dengan Emir louist akan terima nasib yang sama.Setelah sampai didalam bangunan itu. Dia dibawa oleh seorang lelaki menuju ke tingkat 7. Dia mengikut langkah tanpa riak. Sampai saja didepan pintu kaca. Lelaki tadi berhenti dan menguak dari luar.
"Encik Zanth. Encik Fahim dah sampai." Ucap lelaki tadi.
"Jemput dia masuk." Suara Zanth bergema di ruangan itu.
Segera pintu dibuka luas dan Fahim masuk ke dalam dengan muka yang kawal riaknya. Di pandangan matanya hanya ada Emir Louist dan juga Zanth Roland yang duduk di kerusi. Mungkin ini bilik meeting. Memandangkan meja yang panjang dan kerusi yang lebih 20 buah terhidang didepan mata..
"Welcome Mr.Fahim Ikhwan. Proud of yourself sebab dah cuba hancurkan business aku." Bergema pula suara Emir yang sudah bertepuk tangan seolah memerli.
Fahim hanya memandang dengan pandangan meluat. Dia melangkah mendekati dua orang lelaki itu. Wajah Zanth hanya tersenyum sinis.
"Kenapa nak kena takut kalau kau rasa kau berkuasa? Tak ada guna kalau kau suruh aku datang hanya untuk memerli. Buang masa." Tutur Fahim membalas kata kata Emir. Dia takkan mengalah.
"Nope. Siapa cakap aku takut? Aku dah cakap yang aku akan ajar kau jadi lelaki. Be a man ! Dah lupa?" Emir memulangkan paku keeas mengenai Fahim.
Zanth hanya memerhati. Bukan masa dia untuk berbicara lagi. Hanya memerhati permainan apa yang bakal Fahim keluarkan.
"Kalau kau rasa dengan jumpa ayah aku, kau boleh buat aku tunduk dekat korang. Kau silap." Fahim mula memandang ke arah Zanth. Zanth hanya memandang kosong.
"Kenapa muka kau merah? Marah? Mesti kau tengah sakit hati kan?" Soalan yang keluar dari bibir Zanth membuatkan Fahim makin membahang.
Sampul surat yang berada ditangan Zanth sedari tadi dihempas kasar ke atas meja. Zanth mula bangun dari duduk. Pandangan tepat ke arah Fahim.
"Ni. Semua ni. Sebab ni. Kau rasa kau boleh buat Emir menderita sebab kau kacau semua benda yang berkaitan dengan dia? Kau mimpi Fahim. Aku takkan pernah diam kalau kau kacau hak aku !" Suaranya berubah kasar. Dihentak-hentak tangannya pada sampul tadi.
Fahim mencapai sampul dan membuka untuk melihat isi sampul itu. Wajahnya sedikit berubah apabila mengetahui isi sampul itu. Duit dan juga surat. Ya dia tahu. Itu duit yang dia sogok untuk syarikat Zanth. Dia memberikan duit dan surat untuk pekerja yang membuat bangunan itu.
"Hanya sebab ni je?" Fahim menutup sampul dan menghempas semula diatas meja.
"Pardon? Aku tak salah dengar? Hanya sebab ni je kau cakap? Kau bercakap guna otak ke tak bro?" Emir yang tadinya diam mula bersuara kembali. Dipegang bahu Fahim kemas. Kalau ikutkan hati nak je bagi penumbuk sulungnya. Tapi itu bukan cara dia.
"Jujurnya. Aku takkan masuk campur hal kau dengan Emir. That's not my problem. Tapi bila kau sentuh hak aku. Kau ingat aku nak berdiam diri. Sorry bro. You're totally wrong. Yang menjadi masalah sekarang. Bila kau guna cara kotor macam ni. Syarikat aku sendiri tak boleh nak jalankan pembangunan tu. So i don't have any choices selain buat press. Kalau kau still berkeras taknak serahkan semua pada Emir." Zanth sudah mengendurkan suaranya tapi masih dalam nada tegas.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...