Emir memberi signal ke kiri. Terus dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Matanya tertancap pada sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah hitam dihadapan. Dia amati kereta itu. Setahunya itu kereta Iris. Tapi macam tak ada orang pun disekitar kereta.Tanpa berlengah, Emir memboloskan diri keluar dari Porche dan menuju ke kereta Iris. Sekali lagi dia sempat melirik ke arah nombor plat kereta. Mana lah tahu takut tersilap kereta. Tapi memang itu nombor plat Iris. Jadi sah la itu memang kereta Iris.
Sampai saja dipintu pemandu, Emir mengetuk cermin kereta. Tak sampai beberapa saat. Bukan cermin kereta yang terbuka. Tapi pintu kereta. Emir berundur ke belakang sedikit. Iris segera keluar dari kereta mendekati Emir.
"What are you doing here?" Tanya Iris kaget. Masakan tidak kalau tiba-tiba saja wajah Emir terjengul di cermin keretanya.
"Sepatutnya Saya yang tanya awak. Awak buat apa dekat sini?" Emir meliarkan mata ke sekeliling.
"Oh, saya hantar baju pelanggan tadi. Lepastu singgah sini kejap."
Em boleh la singgah pun Iris. Bedal aja apa yang ada dalam kepala otak tu !
"Are you kidding me? Singgah? Tepi jalan ni?" Riak wajahnya seolah tak percaya.
"Yang awak tu buat apa dekat sini? Are you stalking?" Iris pincingkan mata. Sengaja menukar topik.
Tak boleh jadi ni. Kalau betul lelaki ni nak tukar profession jadi stalker memang aku bagi tapak tangan la. Sekarang ni ramai je yang jenis macam tu. Manalah tahu kalau-kalau Emir ni ada kerja kedua. Memikirkn itu, Serta merta bulu roma jadi tegak sendiri. Otaknya cuma berlegar dengan perkataan....
Permerdagangan manusia.
Allah. Mintak jauh dari kemungkinan tu. Dia tahu Emir baik. Cuma itu lah, setiap kebaikan pasti ada kehendak. Em Lagipun dia tak ada lah rapat mana dengan Emir walaupun pernah ada ucapan "stuck with me !" dulu. Alah Iris pun bukannya kisah sangat dengan semua tu. Dia cuma mahu lepas dari Fahim.
Emir ketawa. "Tak lah. Saya nak ke airport tapi saya nampak kereta awak dekat sini. So saya berhenti lah. Ingatkan ada apa-apa jadi tadi."
Iris diam. Dia hanya mengangguk faham. Iris terasa lucu bila alasannya hanya singgah di tepi jalan ini. Sah-sah la menipu. Singgah apa tepi jalan. Bukannya boleh beli makanan pun. Sengal punya alasan.
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah." Iris segera meminta diri. Dia senyum pada Emir. Emir hanya mengangguk.
Saat dia berpaling mahu ke kereta. Kepalanya tiba-tiba pening. Kaki Iris berhenti melangkah. Dia kaku di pintu kereta. Kepalanya dipegang. Cepat-cepat dia memegang pintu keretanya bila dia terasa mahu rebah.
"Iris. Kenapa?" Laju tangan Emir memegang bahu Iris.
Saat itu juga dia menjengil mata. "For god's sake Iris. Kenapa tak cakap yang you sakit!" Suara Emir berubah nada.
Panas. Memang panas sangat. Bukan kerana dia dan Iris berada dibawah cahaya matahari. Tapi haba dari tubuh Iris. Dia demam? Tanpa banyak soal Emir segera memapah Iris ke keretanya.
"Emir. Saya okay lah. Pening sikit je ni." Iris kaget sebenarnya. Tiba-tiba saja lelaki itu membawanya ke kereta milik lelaki itu.
"Shut your mouth."
Iris tergamam. Aduh ! Kenapa pulak dia ni.
Iris mengeraskan badan. Mereka sama-sama memberhentikan langkah. Dia segera mengangkat wajah memandang Emir.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...