Subang ditelinga dicabut satu persatu. Dalam bilik itu hanya ada dia. Reyna merenung cermin memandang seluruh tubuhnya yang tersarung pakaian yang baru saja dia cuba sebentar tadi. Katanya akan di shoot minggu hadapan. Pengurus untuk agensi ini sudah buat pengumuman yang mereka akan memperagakan baju dari fashion designer yang terkenal iaitu Ray Haikal.Walaupun agak penat dengan jadual yang padat, dia tetap gembira sebab itu memang minatnya dari dulu. Bukan senang dia ingin sampai ke tahap ini, 4 tahun bukan masa yang singkat untuk dia terus mengekal prestasinya. Tambahan pula setiap hari akan ada kemasukan model lain. Dengan persaingan yang bersih atau kotor, tanpa persediaan dia akan tersungkur juga akhirnya. Jadi dari hari ke hari Reyna akan lebih memberi commitment pada kerjanya.
Lagipula bukan hanya model yang menjadi kerja Reyna, kadang kala dia akan ke office daddynya untuk menolong. Tapi memang dia akan lebih kepada modelling. Dan tak semua orang dalam industri tahu yang dia anak kepada Dato Akbar. Dia lebih memilih untuk diam tentang statusnya. Biarkan mereka tahu sendiri dan bukan keluar dari bibirnya.
Memang dalam industri ini, hanya beberapa orang yang tahu seperti Ceo untuk agensi iaitu Firhad. Itu pun kerana tak sengaja terserempak saat dia makan bersama keluarganya di sebuah restoran dan Firhad bersama isterinya sedang menyambut anniversary mereka. Di situ jugalah papa memperkenalkan dia sebagai anak papa walhal sudah dipujuk agar mendiamkan saja statusnya. Lagi pula Firhad bossnya. Dia jadi kekok bila Firhad tahu tentang ini.
Nasib baik dia sempat berkata yang dia tak mahu ada orang tahu statusnya sebagai anak Dato Akhbar. Dan itu dipersetujui oleh Firhad. Tapi itu tak bermakna semua yang Firhad lakukan ada kaitan dengannya. Macam-macam yang dia dengar bila dia ke set. Kalau Firhad batalkan program atau apa-apa pasti ia berkait dengan Reyna. Sedangkan dia sendiri taktahu apa-apa. Dia bukan jenis yang mengada-ngada.
Reyna menoleh ke arah pintu saat seseorang masuk ke dalam bilik itu. Suraya mengunci pintu dari dalam. Reyna hanya membiarkan. Dia nampak Suraya menghampirinya.
"Kau sengaja datang lewat haritu kan? lepastu senang lah kau nak curi tempat aku." Sembur Suraya sambil berjalan mendekati Reyna.
Dia geram bila tahu yang Reyna tetap jadi model utama untuk charity Dato Akbar. Dan dia terpaksa menjadi model yang hanya memperagakan rantai. Dia benci bila semua yang dia lakukan sia-sia. Dia sengaja membuat onar dengan Reyna. Di set hari itu pun dia telah mengupah seseorang untuk menukar baju lain saat Reyna shoot baju. Tak sangka yang Reyna tak jadi untuk tukar baju dan shoot sekali lagi. Kalau ikut perkiraannya Reyna takkan ke event itu kerana terlambat. Jadi dia akan ambik tempat itu.
Mendengar apa yang Suraya bicarakan. Reyna senyum sinis. "Aku datang lambat sebab ada orang yang backstabbing. Kononnya hantar minions untuk sabotaj aku dekat set." Dia mendekatkan mukanya pada Suraya dan menyambung kata. "There's a lot of cowardly dogs these days. People who don't dare fight to your face and only use the dirty methods." Sindiran itu sengaja dipakukan atas muka Suraya.
Bukan dia taktahu yang Suraya sengaja menukar pakaiannya. Hanya Suraya seorang yang berani cari pasal dengan hanya menggunakan pelbagai rancangan bodoh untuk sungkurkan dia. Yang lain hanya mampu membuat cerita saja. Tapi bukan Suraya. Perempuan itu terlalu licik. Sejak dulu macam-macam hal yang terjadi di set semua gara-gara dia. Sama juga dengan insiden tumpahan air di dress pada malam itu. Itu semua kerja Suraya.
Selesai bicara Reyna ingin berlalu tapi lengannya direntap oleh Reyna. Reyna buat muka biasa. Dipandang Suraya dengan selamba.
"Kau ingat kau model kesayangan Firhad. Aku tak berani nak buat apa-apa pada kau? Kau tu hanya famous disebabkan scandal news kau je. Oh lupa.. kau memang sejenis perempuan yang sanggup goda orang atasan untuk dapatkan job. Aku rasa sejak kau famous ni, berapa banyak jantan yang dah sentuh kau kan? Agaknya dah boleh buat pasukan bola sepak?" Suraya mula menyindir. Dengan mimik muka yang menggambarkan dia benci pada Reyna. Mata meratah seluruh tubuh Reyna dari bawah keatas.
![](https://img.wattpad.com/cover/198029904-288-k656980.jpg)
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceBook One ⭐️ • High Rank #1 in Rejected (15-9-2019) • • High Rank #1 in Mate (1-10-2019) • "Everything in this world has a limit, except my love for you" Persahabatan diantara Amara Tahlia, Reyna Davika dan juga Iris Naratisya dari bangku sekolah se...